Ini adalah satu penawar
Wujudnya pelbagai nama
Mama,bunda,ummi,
Tapi aku masih memilih ibu,
Ibu,
Kelahiranku berlainan.
Berbeza daripada adik adik,
Susahnya untuk di didik,
Aku membenci diriku,
Menyakiti ratuku
Terlalu banyak yang aku sorokkan,
Supaya tidak engkau risaukan,
Ibu,
pandang terus ke mata mu
Tersimpan derita sangat deras,
Tak lain tak bukan itu semua daripada anak derhaka mu ini,
Jangan pergi ibu.
Budi Rebah separuh nyawa,
Budi Putus sebelah sayap.
Kasih abadi ,
Cinta tiada ganti,
Izinkan aku membalas jasa-jasamu,
Ingin aku pergi dulu sebelum mu
Ini semua demi mu
Terima kasih ibu!
Aku mati engkau hidupkan.