Nayraish | 12

36.9K 2.6K 190
                                    

"Tolong kahwin dengan saya. Saya nak awak jaga saya. Please, saya takut."

Keluhan dilepaskan tatkala teringat akan permintaan Nayra. Aish rasa terbebani apatah lagi melihat raut wajah Nayra yang seakan dalam bahaya. Kenapa perasaan simpati itu harus hadir?

"Saya takut, Aish."

Aish tahu ada sebab mengapa Nayra tiba-tiba mengajaknya untuk berkahwin tapi dia tetap tak setuju. Mana mungkin dia menikahi perempuan yang tak dicintainya sedangkan hatinya masih ada orang lain.

"Reen, maafkan aku. Aku hampir khianati janji kita." Skrin telefon pintarnya yang terpapar gambar seorang perempuan cantik direnung.

Lalu Aish menekan gambarnya bersama Nayra yang memakai baju sedondon itu. Gambar yang ditangkap oleh Naura. Tatapan kosong diberikan pada gambar itu.

"Maafkan aku tapi aku tak boleh tunaikan permintaan kau, Nayra."

Tiba-tiba Aish teringat saat awal pertemuan mereka. Masih jelas betapa gugupnya dia jika dia gagal menyelamatkan wanita itu. Itu juga kali pertama dia berjaya menyelamatkan hidup seseorang.

Rambut diraup kasar. Perasaan bersalah dan tersepit menyelubungi dirinya. Bagaimana Aish mahu membuka buku baru sedangkan dia masih terpenjara bayangan cinta pertamanya?

"Kenapa aku perlu ingat tentang dia? Stop it, Aish Rayhan! Ingat Reen."

𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷

SUDAH seminggu sejak Dian meluahkan perasaannya terhadap Harith. Dalam tempoh masa itu jugalah, dia cuba menarik perhatian lelaki itu namun Harith hanya mengabaikannya.

"Encik, nah minum ni." Dian menghulurkan setin air minuman kepada Harith.

"Thanks," ucap Harith sepatah.

"Err awak free kan malam ni? Jom tengok wayang sama-sama!" ajak Dian dengan berianya. Dia tak mahu hubungan mereka jadi renggang disebabkan perasaan bodohnya.

"Aku tak ada masa," tolak Harith tanpa memandang Dian. Dia sengaja menjauh agar tak melukai hati sesiapa.

"Awak tak perlu nak tipu. Jomlah kita spend time sama-sama. Bukan selalu, kan. Lagipun ni dah minggu terakhir saya kerja kat sini," pujuk Dian dengan raut wajah sedih. Nanti mesti rindu.

"Aku tak nak."

"Alaa Encik Harith, jomlah."

"Kau tahu tak aku rimas dengan kau? Aku tak suka! Tak faham lagi ke?" Meski ucapan Harith agak kasar, hatinya malah mengatakan sebaliknya. Dia takut dirinya goyah.

"Sorry. Saya cuma nak rapatkan hubungan dengan awak." Dian masih lagi merenung wajah sisi Harith tanpa terasa hati.

"Aku rasa aku dah jelas-jelas suruh kau lupakan tentang perasaan kau, kan? So stop buat macam ni sebab aku langsung takda perasaan dekat kau." Tanpa menatap wajah Dian, Harith lontarkan ayat yang tak dimaksudkannya.

"Awak tipu. Kalau awak tak suka saya, kenapa awak layan saya dengan baik selama saya bekerja dekat sini?" Dian tayang muka tidak berpuas hati. Lelaki itu seakan bagi harapan palsu.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now