PINTU utama rumah dibuka secara berhati-hati. Nayra pulang agak lewat malam akibat anak abangnya itu tidak membenarkannya untuk pulang. Terpaksalah dia menunggu Fattah tidur terlebih dahulu sebelum dia pulang tadi.
"Baru reti nak balik ke?" teguran suara halus itu membuatkan Nayra sedikit terkejut.
Aish yang sedang berbaring di atas sofa ruang tamu itu merenungnya dengan tajam. Dia tunggu Nayra balik ke tu?
"Aw... awak belum tidur?" agak gugup Nayra ketika itu. Lain macam pula aura suaminya kali ini.
"Kau pergi mana,dah tak reti nak bagi tahu aku ke?" soal Aish dengan tegas.
"Erm awak sendiri kan cakap tak perlu bagi tahu lagi," jawab Nayra, mempertahankan dirinya.
"Oh. So kau jadi lurus bendul lah?" perli Aish dengan senyuman sinisnya.
"Yelah buat apa saya beria bagi tahu kalau awak tak nak tahu pun." Nayra menjawab dengan malasnya. Sungguh dia tiada mood pada hari itu.
"Ok. Walaupun aku dah bagi kau kebebasan keluar rumah tanpa izin, tak bermaksud kau boleh keluar masuk rumah aku sesuka hati! Ni rumah aku, bukan hotel untuk kau check in and check out!" ujar Aish dengan suara yang tegas. Dia bangun dari perbaringannya lalu berdiri tepat di depan isterinya itu.
Nayra dongakkan sedikit kepalanya akibat ketinggian mereka yang sedikit berbeza. Maklumlah, tinggi Nayra hanya berada di paras bahu Aish.
"Kenapa diam?!" bentak Aish apabila Nayra tidak memberikan apa-apa reaksi.
"Saya malas nak bertekak. Saya tak ada mood lah," balas Nayra dengan keluhan kecil.
"Oh nak bercakap dengan aku pun kena ada mood ke?" Aish membuat wajah bengangnya.
"Please Aish, saya minta maaf kalau awak marah sebab saya balik lewat. Saya nak rehat dulu," tutur Nayra dengan lembutnya lalu dia berjalan untuk naik ke atas namun Aish lebih pantas menarik kuat lengannya sehinggakan kepalanya mendarat pada dada bidang suaminya itu.
Nayra berundur beberapa langkah sebelum membalas tatapan mata Aish. Dia tiada mood sebab dia masih lagi terasa hati akibat pergaduhan kecilnya dengan papanya pagi tadi. Nanti kalau berlawan mulut dengan Aish, sudah pasti dia yang akan kalah.
"Aku belum habis cakap dengan kau lah!" ujar Aish dingin.
"Apa lagi?" soal Nayra sedikit geram.
"Kau pergi mana? Siapa pula yang hantar kau balik ni?" soal Aish mendatar.
"Saya pergi rumah Abang Afiy lah, dia yang hantar saya balik," jawab Nayra jujur.
"Yang kau sibuk nak menyemak dekat rumah orang lain tu dah kenapa?Dah tak ada rumah sendiri ke hah?!" bentak Aish agak kuat.
"Saya cuma nak melawat kakak ipar dan anak abang saya. Salah ke?" soal Nayra dengan wajah penatnya.
"Perlu ke sampai lewat malam?"
"Saya memang nak balik awal tadi tapi Attah merengek tak benarkan saya balik."
"Lelaki mana pula ni?" soal Aish sedikit panas.
"Boyfriend baru saya." sengaja Nayra ingin melihat reaksi suaminya.
YOU ARE READING
C | Love, Aish Rayhan
Romance1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan...