WAJAH Nayra yang terbaring lemah itu ditatap dengan perasaan bercampur baur. Entah kenapa Aish tidak rela melihat isterinya itu sakit. Badan dibongkokkan sedikit lalu tangannya naik mengusap lembut pipi isterinya itu.
"Jangan selalu sakit tau, aku tak suka," bisiknya sebelum dia pergi menuju ke almari baju.
Nayra buka matanya untuk memandang suaminya yang sedang bersiap untuk pergi ke tempat kerja itu. Semalaman Aish tak tidur kerana menjaganya hingga pagi ini.
"Sorry tau sebab tak sediakan breakfast." Lemah Nayra bersuara. Sungguh dia tak larat nak bangun sekarang.
"It's okay, aku boleh masak sendiri," balas Aish lembut saja. Dia faham.
Nayra mengurut perlahan dahinya yang berdenyut itu. Dahlah sakit perut, sakit kepala pula. Haih...
"Why? Sakit ke hm?" Aish duduk di birai katil berhampiran Nayra.
"Hm sakit sikit."
Mendengar itu, Aish tuang sedikit minyak angin ke tapak tangannya lalu diusap lembut ke dahi Nayra. Senyuman terukir di bibir Nayra memandang wajah Aish. Nampak berganda lebih kacak kalau lelaki itu tidak bersuara.
"Dah kurang?"
"Dah. Thanks, Abang Ais."
"Perut kau dah okey ke?" soal Aish lagi agak prihatin. Dia terlalu risau.
"Masih sakit tapi tak sesakit semalam."
"Oklah. Kalau ada apa-apa, call ja aku."
"Okay Aish. Take care." Nayra menyalami tangan Aish sebelum suaminya itu berdiri.
"You too." Aish berlalu keluar dari bilik tidur itu. Berat hatinya ingin meninggalkan Nayra namun dia harus bekerja.
Nayra pegang dadanya, entah kenapa dia merasa tidak sedap hati pada hari itu. Kalau boleh, dia tak nak Aish tinggalkan dia sendirian tapi dia tak nak menyusahkan Aish.
𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷
KELUHAN dilepaskan sepanjang melakukan pekerjaan. Aish terfikirkan isterinya yang sedang sendirian di rumah itu. Ditambah pula dengan sakit senggugutnya. Risau pula dia jika terjadi apa-apa kepada Nayra.
"Ahan!" panggilnya kepada Ariq yang baru tiba di dapur restoran itu.
"Kenapa?"
"Boleh tak kalau aku nak ambil off lagi hari ni?" pinta Aish separuh merayu.
"Seriuslah? Dah berapa banyak kali kau off." Serius saja nada suara Ariq ketika itu. Dia tak kisah tapi hari ini pekerjaan mereka terlebih banyak.
"Aku tahu tapi aku tak sedap hatilah hari ni."
"Tapi kita ada tempahan katering hari ni. Takkanlah aku nak masak sorang-sorang? Aku takut tak sempat siap je hm," kata Ariq turut terbahagi dua ingin membiarkan abangnya itu pergi atau tidak.
"Erm banyak ke?"
"Mestilah banyak. Untuk jamuan besar."
Aish menghela nafas beratnya. Jam di dinding dikerlingnya sekilas. Baru jam 10 pagi. Dia risau akan keadaan isterinya itu namun apakan dayanya, kerja tetap kerja. Dia tidak sampai hati ingin membiarkan Ariq membuat kerja sendirian.
𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷
Setelah memastikan Aish berada di restorannya ketika itu, Khairul tersenyum kemenangan. Dia terus menuju ke rumah milik Aish. Rumah itu direnung dari dalam keretanya. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa ragu untuk meneruskan rancangannya.
YOU ARE READING
C | Love, Aish Rayhan
Romansa1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan...