Mr.Doctor/Mrs.Perfect <2>

108 17 2
                                    

Maaf jika ada sebarang typo atau apa!! Happy Reading ♡

~~~~~~~~~~~~~~

Firaz hanya termenung melihat wajah seorang gadis didepannya , nak kata pernah jumpa tidak. Kerana ini kali pertama dia melihat gadis tu tapi dia macam pernah jumpa. Rimas dengan keadaan , Firaz terus berdiri mahu keluar. Nasibnya sedikit tidak baik kerana gadis yang dia tolong sudahpun bangun.

"dekat mana ni asal warna baju tu tak tersusun buta warna ke apa? Dengan fail berselerak sana sini ish ish bilik siapa la ni" gadis tu terus bebel tidak berhenti

"awak dekat hospital dan ini pejabat saya yang awak tengah duduk tu sofa saya, baju tak tersusun? Saya rasa awak patut check mata sebab saya tengok ok je warna tu. Fail tak berselerak pun memang tersusun macam tu jadi awak tak perlu risau seb-" Firaz menjelaskan panjang lebar tapi gadis tu satu apa pun tidak layan, dia mula bangun dari kedudukannya dan pergi ke arah fail yang terletak di atas meja

"ish sakitnya mata aku!! Kenapa aku mesti kena duduk kat tempat berselerak ni? . Haih apa la nasib aku..sungguh malang" gumam gadis tu sambil membetulkan fail fail yang berada dimeja, tangannya kini mencapai kertas dan menyusunnya di tepi akhirnya meja yang berselerak seperti sarang tikus sudah bersih, tiada satu habuk yang terdapat disitu

TOK TOK TOK

pintu dibuka oleh seorang gadis dengan kasar

"Elyssa!! Sedar pun kau! ni aku ada bawak makanan. Kau makan la" katanya sambil menghulur makanan dekat Elyssa

"letak la kat meja nanti aku makan. Kau tak payah susah susah beli makanan kat Cyra, aku bukan budak budak"

gadis yang bernama Cyra tu terus memukul kepala Elyssa bunyi pukulan tu agak kuat

"ehem!"

mereka berdua menoleh melihat Firaz yang sedang berdiri cantik

"habis dah sesi rindu?" mata Firaz mula tertuju pada makanan yang dibeli oleh Cyra, "makanan berminyak? Kenapa tak beli bubur? Bila nak sihatnya kalau makan makanan berminyak dan tak sihat macam ni?" tangan Firaz terus mengambil plastik makanan di atas meja

"sibuk pahal? Biarlah saya nak makan apa! Awak tu bilik dah macam sarang tikus! Tak kemas selama setahun ke apa?" Elyssa merampas plastik ditangan Firaz

"ingat awak duduk kat bilik siapa" Firaz merenung Elyssa tajam

"kira beruntung saya kemas bilik awak tahu tak"

Firaz mengeluh sambil tangannya menepuk kepala Elyssa

"Ada saya suruh awak kemas?" kata Firaz dan terus keluar dengan plastik makanan yang sempat dia rampas kembali

"NASIB HANDSOME KALAU TAK MEMANG AKU SEMBELIH JADI DUA PULUH BAHAGIAN!" Elyssa terus ambil beg dan keluar dari ruangan tu dengan asap keluar dari kepalanya.

***
POV ELYSSA

Kepala terasa berdenyut-denyut. Dah seminggu aku demam. Malapetaka apakah ini? Hingus di hidung aku lapkan dengan lengan baju sweater hitamku. dari minggu lalu demam aku tak sembuh sembuh, sudah berbuih buih mulut ibu menyuruh aku pergi klinik. Tapi nak buat macam mana aku malas nak bangun

pada petang tersebut.

"Hei,dude! Dah okay sikit?" Ayah berkunjung ke bilik aku,melabuhkan punggungnya di birai katil. Aku menggelengkan kepala. Rasa bertambah sakit adalah. Ayah mengusap-usap dengan lembut,rambut panjangku yang dibiarkan lepas daripada sanggul.

"A-ayah..esok Lyssa nak pergi uni,bolehkan?" Aku mengeluarkan suara yang sangat garau berserta batuk-batuk kecil.

"Universiti ? Demam lagi tu. Tak payah la..ada apa sangat kat uni tu?" Ayah membalas dengan selamba badaknya. Ada apa kat uni dia cakap? Dia ingat anak dia ni bijak macam Einstein ke Dah seminggu aku terlepas pembelajaran kat uni dan jangan cakap la berapa banyak aku ketinggalan.

"Ayah!!!" Dan mula lah sesi-bagitau 10 sebab munasabah baru ayah izinkan- antara kami berdua. Akhirnya pemenangnya adalah Elyssa Farhana bt Ahmad Kamal. Aku tersenyum puas. Ayah memandang tak puas hati.

"Ayah keluar dulu la,takut berjangkit pulak. Nak apa-apa call ayah. Sleep well." Ayah bingkas bangun untuk beredar. Tiba-tiba lagu Maroon 5- This Love kedengaran di atas meja lampu bersebelahan katil aku.

"Ayaaaaahhh--tolong ambilkan."

"Nak air ke?"

"Nak tu." Aku menjuihkan bibir ke arah telefon Samsung milikku. Ayah memberikan aku pandangan -are youkidding me now?- tetapi tetap menuruti keinginanku. Telefon aku dicapai oleh ayah. Aku tersengih. Sebenarnya jarak aku dan telefonku hanyalah seinci
tetapi aku malas menggerakkan otot-otot aku.

"Pemalas." Ayah komen sebelum beransur-ansur keluar dari bilik.

"Demam la!" Aku membalas. Aku melihat telefon dan tentera nama'My Dude' di skrin telefon. Daniel rupanya. Aku cepat-cepat mengangkat telefon, " Hello? Waalaikumsalam. Nak apa? Risau? Kau? Blah la. Apa? Nak datang sekarang? Gila ke apa? Kau tengok jam sekarang, pukul 12 malam sengal aku nak tido. Ishhh rindu apa kejadahnya? Baru seminggu tak jumpa,dah mula ayat kasanova kau dekat aku pula. What? Eyyy,tak kuasa aku nak jadi stok simpanan kau! Mohon meninggal weyh. Hahahaahhaa. Woi,aku gurau je tadi,macam sissy la merajuk. Btw jumpa aku esok jelah. Ya ya,aku sekolah esok. Demam sikit je,siapa kesah? Yelah yelah. See you tomorrow! Night."

Tut.tut.tut.

Tanpa sedar aku tersenyum sorang-sorang. Dasar angau la kau ni, Elyssa

Aku melepaskan keluhan. Lampu meja aku padamkan. Aku cuba melelapkan mata.

END POV

POV FIRAZ

Seorang gadis menghampiri ku dengan terburu buru

"Doctor!"

"ye saya ada apa?" aku memandangnya

"ada pesakit mengamuk!"

aku terus berlari menuju ke bilik pesakit meninggalkan orang itu sendiri. Sampai sahaja di pintu boleh aku nampak khairil menendang pesakit tersebut

"cik..bertendang bawak bertendang"

"jangan buat lawak bodoh kat sini la khai! Kau pergi lempang pesakit tu dah kenapa!!"

"aku nak dia sedar apa yang dia tengah buat! Kau duduk dekat situ buat apa! Help me!!" Khairil menarik tangan aku menuju ke pesakit

"PERGI!!! Jangan..jangan dekat!!! Hana...MANA HANA!!!" dengan tangan getar getar pesakit tu menunjukkan pisau ditangannya

"kalau ye pun tak payahlah guna pisau mainan..tu kalau siang ikan sampai esok tak habis" gumam Khairil

"cik..bersabar ok..saya tak tahu siapa Hana yang cik cakap tu tapi saya nak cik tenangkan diri dulu" ucapku lembut sehabis lembut

"AKU NAK HANA!!! Mana dia!!! HANA!!! HANA! Ibu ada kat sini Hana!! Maafkan ibu sayang!" meronta ronta dia dibuatnya

aku memandang jururawat didekatku berapa saat kemudian aku mengangguk kepala. Jururawat tu terus mengambil jarum dan cucuk pada pesakit tersebut. Sebelum pesakit tu pengsan dapat aku dengar nama yang dia sebut

"El-Elyssa Fa-Far-Farhana"

"Aduii makcikk sapa pulak tuuu..saya penat ni cikk..jangan bagi saya derita pada pagi hari yang indah"

Mula dah si Faiq membuat peragai bodohnya

Mata aku terus membulat otak aku mula memproses nama tu

"Elyssa..jangan cakap perempuan petang tadi?" tanyaku sendiri

TBC

Mr.Doctor & Mrs.Perfect ( Slow Update)Where stories live. Discover now