Patah!
Terhinjut bahunya apabila mata pensil itu terpelanting ke dahi. Adelisa mengemam bibir, sudah berapa lama dia tersengguk-sengguk? Bahunya dipicit. Aduh lenguh!
Semalam dia hanya sempat melelapkan mata selama 2 jam. Semuanya angkara adik dan kakaknya yang bertekak macam penyanyi soprano terkemuka.
"Adelisa!"
Tak sempat dia sedarkan diri sepenuhnya, bilik pejabatnya itu tiba-tiba diterjah oleh seseorang. Gadis bertudung selendang berwarna biru cair itu berjalan pantas ke arahnya tanpa menutup pintu itu semula.
Adelisa berdecit perlahan. Dia ni lagi! Terbazir angin pendingin hawa aku, desisnya.
"Kenapa?" Malas nadanya bertanya.
Fail-fail di atas meja dikemas rapi. Pensil yang patah itu disimpan di dalam laci. Setelah segalanya nampak kemas di matanya, barulah wajah kakaknya itu diperhatikan.
Tersengih-sengih macam kerang baru lahir.
"Kau tahu tak?" Amelia mendekati meja adiknya lalu bahu itu dicengkam kuat dan digoncang.
Adelisa tidak cukup penyabar untuk biarkan dirinya diperlakukan sebegitu. Terpusing otaknya nanti, makan pun pakai kaki. Ha kan naya?
"Eh ehh engkau ni." Badan Amelia ditepis kasar.
Tetapi akibat ada lampu meja yang berada di tepi kakaknya itu apabila Amelia jatuh ke bawah, terus dunianya terasa kelam tatkala tangannya menghentak objek langsing tersebut.
Jari telunjuk pada tangan kirinya digenggam erat sebelum dibawa ke dada. Wajahnya berkerut menahan sakit. Ya Allah, inikah padah menyakiti orang tua?
"Itulah, derhaka lagi." Amelia menggeleng kepala dengan wajah mengejek namun tangan adiknya tetap ditarik dan dihembus lembut.
"Memang hilang rasa sakit tu pun kalau kena angin kau." Kejadahnya kakak aku ni? Adelisa menggumam sebal sebelum mulutnya terus ditindih oleh jari runcing Amelia.
"Nak cuba angin bawah?"
"Astagfirullahalazim." Sabar ajelah ada kakak sewel macam ni.
"Kak Adel!" Sekali lagi, pintu bilik itu ditolak kasar oleh seorang... ah sudah, ni siapa pulak ni?
"Kenapa penuh tepung muka kau tu?" Amelia menyoal terlebih dahulu. Dia sudah agak siapa di sebalik wajah putih melepak itu. Tengok tinggi pun dah tahu.
"Ini bukan tepunglah!" Aseef menggosok pipinya dengan kasar.
"Abu mayat?" Adelisa menyuarakan pandangannnya. Terus saja dia mendapat renungan maut daripada kedua-dua insan di dalam bilik itu. Oh, salah eh?
"Ada perayaan harini dekat bawah sana. Tak nak pergi ke?" Aseef tersenyum lebar. Dia sudah hadiri majlis itu tadi. Tidak ada sesiapa tahu bahawa dia merupakan seorang putera. Kalau bagitahu pun, siapa aje akan percaya?
Hagron L Casa, kerajaan yang tidak punya pemerintah. Kalau tiba-tiba ada putera, tak pasal-pasal kena cop gila nanti.
"Malas, kita keluar pun tetap ada orang perhati." Amelia mengeluh. Sungguh, dia tidak selesa. Kadang kala dia minta masa bersendirian di taman hujung kota itupun diarahkan agar sekurang-kurangnya seorang dayang istana untuk menemaninya.
Arahan siapa lagi kalau bukan Adelisa?
"Untuk keselamatan." Ringkas saja balasan Adelisa. Nak bertekak dengan Amelia? Kuburkan saja hasrat tu. Tak sempat masuk ayat kedua, dah habis empat karangan Amelia beri. Kalau dia dah mula buka hujah, machine gun pun surrender.
YOU ARE READING
SECRET
Mistério / Suspense[COMPLETED] Start : 7 April 2022 End : 18 July 2022 Sekian lamanya Hagron L Casa tidak mengangkat sesiapa menjadi pemerintah, akhirnya Adelisa Noor mengumumkan pertabalannya sebagai permaisuri Hagron. Namun, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati...