"Dorang bergaduh tu bang." Puan Mariam mengintai dari dalam biliknya cuba meninjau di luar selepas terdengar suara orang bertengkar. Encik Abu macam biasa, tiada skrip. Sebaiknya dia hanya duduk di katil membaca buku sejarah lelaki orang dulu-dulu katanya dan tidak menghiraukan keadaan sekeliling.
"Biarlah Yam. Dorang laki bini. Awak tu jangan masuk campur."
Puan Mariam pandang Encik Abu dengan pandangan maut, "awak ni kenapa eh? Bila saya masuk campur? Saya nak tahu je kenapa jerit-jerit." Puan Mariam sudah mulai badmood, dia terus menutup pintu kuat dan berjalan ke katil. Dia selubung dirinya sendiri tidak mahu tengok muka Encik Abu lah tu konon.
"Tu saya kata jangan masuk campur. Tengok dengan kita kita sekali gaduh." Tiada jawapan dari Puan Mariam. Encik Abu geli hati melihat tingkah laku isterinya. Sensitif sungguh sekarang ni.
*****
Hariz menatap sungai di longkang sejak 30 minit yang lalu. Fikiran dia bercelaru ketika itu. Hatinya terluka dengan kata-kata Alya. Tak tersangka Alya boleh menganggap dia sedemikian rupa.
Hariz melepaskan keluhan untuk kesekian kalinya, dia pantas menyeka airmata. Cuba berdiri tegak dan terus kuat. Barangkali Alya sedang datang bulan dan dia dijadikan tempat untuk melepaskan kemarahan. Silap aku juga tak bagitahu dia awal-awal, sekarang dia dah mengamuk. Aku pun takut nak balik rumah macam ni. Hariz bermonolog sendirian cuba berfikir sebaiknya.
Patut lelaki banyak takut bini. Ni nasib baik dia tak baling barang. Kalau dia baling barang. Tidur hospital aku jadinya. Hariz tambah berfikir lagi.
Dia mendail nombor seseorang pasti inginkan teman sementara dia tidak akan pulang malam ni. Dia risau amukan Alya masih tersisa, silap silap ada yang kena wrestling nanti. Better dia stay luar.
"Busy ke mat?"
"Mamak jom."
"Haa okayy."
*****
Alya mulai risau Hariz tidak pulang ke rumah sejak pergaduhan antara mereka berdua tercetus. Dia melihat di telefon, tiada mesej mahupun call dari Hariz. Kena pulak cuaca di luar agak mendung.
"Kau ni pun satu asal cakap macam tu." Giliran Alya pula memarahi dirinya sendiri. Dia tak sedar apa yang dia cakap, yang dia tahu. Dia lepaskan semuanya tanpa berfikir panjang. Terasa puas bila dapat marah Hariz begitu tapi tu lah kesannya, tanggung lah sekarang. "Tapi memang padan muka dia. Buat keputusan tak bagitahu aku."
"Aduhh Ya laki kau tak balik. Dia mesti sedih dengan mulut kau." Alya berjalan ke hulu ke hilir memikirkan. Ditampar mulutnya berkali-kali kesal dengan ayatnya yang mungkin keterlaluan.
Fikirannya mula berfikir yang bukan-bukan. "Hah. Dulu dia marah aku, dia keluar rumah. Lepastu tiba tiba dapat call yang...yang dia kena cekup dengan jais. Alamak." Alya mula resah gelisah. Dia membebel sendirian selama hampir 30 minit dan berjalan ke hulur hilir begitu.
*****
Mirul memandang Hariz lama. Pelik pelik je mamat ni tiber ajak dia keluar. "Kau asal ni?"
Hariz melontarkan senyuman pahit. Dia sambung makan dengan selera seperti orang yang tiga hari tidak makan. "Ane teh tarik satu!"
"Kau kena halau dengan bini kau ke?" Teka Mirul cuma menganalisis mood sebenar yang sedang Hariz sembunyikan. Hariz pantas menggelengkan kepalanya. "Aku nak jumpa korang pun tak boleh ke. Ni pun Man takde pulak dia kerja."
"Bukan tak boleh, ajaib. Aku patut nak keluar dengan awek aku malam ni. Terbantut plan tau sebab kau."
Hariz pandang Mirul lama, dia mengecilkan matanya dan beransur tersenyum. "Sejak dah ada awek ni, makin macho." Hariz sengaja meraba-raba bawah dagu Mirul membuatkan Mirul mula geli. Mirul menepis tangan Hariz dari terus memegang dagunya. "Fuhh tolak."
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
DiversosSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...