Quest 0: Prolog

7 2 0
                                    

Malam sudah melarut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Malam sudah melarut. Jam menunjukkan masa untuk tidur. Komputer peribadi masih dilayani Hoshi walaupun esok sudah hari persekolahan.

"Hoshi, sudah malam ni! Esok, sudah sekolah!" tegur ibunya yang muncul di muka pintu.

Hoshi memandang ibunya. Dia dengan muka acuh tak acuh membalas kata. "Nanti, Hoshi tidurlah."

"Sekarang!" Marah sungguh si ibu Hoshi.

Hoshi mengeluh. Dia memiliki taktik.

"Ya. Ya, nak tidur ni," kata Hoshi.

Tangan yang memegang tetikus, menggerakkan 'cursor' pada monitor ke butang 'Start'. Ingatkan mahu tekan 'shut down'. Rupanya, tekan 'sleep', buatkan monitor terpadam, menampakkan seperti komputer sudah tutup. Hoshi dengan senang lenang bergerak ke tilamnya.

"Selamat malam, ibu," ucap Hoshi.

Badan berbaring di atas tilam dengan selimut menutup tubuh. Si ibu berjalan keluar dari bilik seraya menutup pintu. Senyap sebentar sehinggalah cahaya lampu menerusi bawah pintu terpadam. Barangkali ibunya sudah masuk ke dalam bilik tidur.

Hoshi dalam senyap bergerak ke komputernya semula. Dia membuka monitor komputer lalu kembali melayani permainan video yang baru sahaja dimuatturun dari laman sesawang yang tidak rasmi.

Padah memuatnaik dari laman sesawang terlarang, maka muncullah virus yang diketahui menyerap masuk ke dalam komputer.

"Aduhai, ada virus pula," rungut Hoshi, perlahan.

Tidak semana-mana, susuk Hoshi ditarik masuk ke dalam monitor komputernya, seperti dia diserap masuk ke dalam perisian. Monitor terbiar menyala memaparkan permainan video yang bernama 'Little Bloodlust'.

 Monitor terbiar menyala memaparkan permainan video yang bernama 'Little Bloodlust'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Little BloodlustWhere stories live. Discover now