Quest 1: Selamat Datang Ke Little Bloodlust

6 2 0
                                    

Mata dicelik perlahan-lahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata dicelik perlahan-lahan. Kelihatan daun-daun melambai pada ranting. Langit malam bertemankan bulan purnama.

Badan bangkit dari baring. Kepala menoleh ke persekitaran. Seperti berada di tengah hutan.

"Hutan mana pula ni? Macam mana aku boleh dekat sini?" monolog Hoshi kehairanan.

Hoshi berjalan tanpa hala tuju, macam kutu merayau di kepala.

"Helo!"

"Ada sesiapa, tak?"

"Tolonglah jawab!"

Tiada sahutan. Hanya angin menampar wajah, mendinginkan suasana. Mata tertumpu pada suatu cahaya yang tidak jauh dari situ. Kaki melangkah laju ke arah cahaya yang berlegar dalam kegelapan. Mungkin ada rumah, atau mungkin manusia sedang memegang pelita.

Luar jangkaannya, cahaya yang dilihat Hoshi tadi sebenarnya sepasang mata yang memerhatikan susuk remaja itu. Maka, muncullah seekor ular gergasi menjulur ke arah Hoshi.

"Apakah?" Hoshi terkejut.

Tiada masa mahu memberi ekspresi kejutan. Langkah terus berpatah balik. Kaki yang berjalan bertukar menjadi larian. Telinga yang nendengar desisan ular yang kian mendekat buatkan jantung berdebar kuat.

Sebatang titi menyeberangi sungai kelihatan. Namun, patah di pertengahan. Hoshi berlari selaju yang mungkin. Sebaik kaki menjejak penghujung titi yang patah itu satu lompatan dibuat melepasi ke seberang. Mata sempat lagi melihat di bahagian bawah titi, terlihat seekor buaya melompat dari bawah dengan mulut ternganga luas.

Mujurlah Hoshi berjaya menyeberang sungai tersebut. Ular yang cuba melahap Hoshi tadi digigit buaya tadi lalu dibaham di dalam sungai. Hoshi berhenti berlari. Dapat juga dia bernafas.

"Aku kena keluar dari tempat ni," monolog Hoshi kepenatan.

Semak berdekatan bergerak, menarik perhatian Hoshi.

"Apa pula kali ni?"

Muncul seorang lelaki dengan lampu suluhnya. Terlihat juga seorang gadis comel di sisinya.

"Syukurlah kau dah lepas," ucap lelaki itu.

"Lepas? Lepas apa?" kata Hoshi kehairanan.

"Lepas tutorial."

Pucat wajah Hoshi mendengarnya. "Tutorial? Tutorial apa macam nak mati tu?"

"Dengar. Kau dah terperangkap dalam game ni. Kami berdua ni pun sama. Ada orang lain lagi yang terperangkap dalam ni."

"Game?" Hoshi kehairanan.

Gadis di sisinya memberi penerangan. "Little Bloodlust. Game ni dah disumpah. Siapa yang main game ni, akan terperangkap dalam ni."

"Habis tu? Macam mana nak keluar dari sini?" Hoshi mahukan jawapan.

Keluhan dilepaskan mereka di depan Hoshi.

Little BloodlustWhere stories live. Discover now