Little Bloodlust, sebuah permainan video yang dijumpai Hoshi, seorang gamer, dan disumpah untuk diselesaikan. Hoshi yang terperangkap di dalam permainan fantasi gelap ditemani para pemain yang juga terperangkap dalam permainan tersebut. Mereka menja...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mata saling bertentang. Mulut berdiam seribu bahasa selepas berucap kepada orang baru. Melihat situasi bertambah janggal, Santek yang masih di situ mula mencelah.
"Kalau kau nak apa-apa tips, mintalah dari dia. Dia boleh tolong kau nanti," pesan Santek kepada Hoshi.
Hoshi sekadar menggumam selepas memandang wajah Santek. Mereka kembali memandang Aya yang menyandang pedang Jepun miliknya.
"Kami pergi dulu. Jumpa pagi esok," kata Santek sebelum beredar bersama Hoshi.
Mereka kemudiannya berlalu pergi meninggalkan Aya di depan bilik. Aya melihat mereka pergi sebelum membuang pandangan ke bilik sebelahnya, bilik nombor 1. Malas mahu fikir tentang penghuni bilik itu, dia beredar ke tingkat bawah.
Hoshi mula tertanya sesuatu setelah jauh meninggalkan Aya tadi. "Kau cakap dia orang lama, kan?"
"Ya, dia paling lama dekat sini," balas Santek.
"Kalau dia orang lama, kenapa dia tinggal dalam bilik nombor 2? Kenapa bukan bilik nombor 1?"
"Ah, pasal bilik nombor 1 tu..."
Santek rasa was-was untuk beritahu perkara sebenar. Dia menggumam panjang.
"Kenapa?" Hoshi menunggu jawapan.
"Orang yang tinggal dalam bilik nombor 1 tu dah tak ada. Aya sendiri nampak orang tu mati depan mata dia," terang Santek.
"Makhluk tu dah banyak ambil nyawa orang. Kuat macam mana pun kau, tetap susah nak kalahkan dia. Tapi tu la... Itu saja cara nak tamatkan game ni," kata Santek.
Mendengar sahaja kata-kata Santek, Hoshi mula tertarik untuk mendapat tahu maklumat tentang makhluk tersebut.
"Makhluk apa tu?" soal Hoshi.
Santek memberi pandangan serius. "Baik kau jangan dekat dengan makhluk tu. Lagi-lagi kau tu masih baru dekat sini. Aku sarankan kau jangan pergi hadap dia tanpa apa-apa latihan. Kalau tak, sekali serangan nescaya kau mati katak begitu sahaja."
Liur diteguk mendengarnya. Melihat wajah yang serius bertukar ceria semula, membuatkan Hoshi semakin gerun dengan Santek.
"Apapun, ni bilik kau," kata Santek.
Hoshi melihat biliknya. Pintu dibuka dari luar, menampakkan ruang dalaman yang sederhana. Langkah diatur masuk ke dalam.
"Kalau ada apa-apa, aku pergi dulu," kata Santek meminta diri.
Pintu kembali ditutup. Hoshi melihat persekitaran biliknya. Almari, katil, meja dan perabot lain, semuanya seperti di dalam bilik tidurnya dari dunia realiti. Memang seiras dengan bilik tidurnya sendiri.
Loceng kecil kedengaran dari meja tulis. Telefon pintar menarik pendangannya. Tangan mengambil telefon tersebut lalu membuka skrinnya. Dua notifikasi terpapar lalu dipetik. Mesej dari Nero dan Brave dibaca, seperti 'quest' sudah diberi. Mahu sahaja bertemu dengan mereka, teringat pula bahawa mereka berdua keluar memburu.