KEESOKANNYA, mereka pulang ke rumah masing-masing. Cukuplah percutian dua hari satu malam itu. Masa yang singkat tetapi mempunyai kenangan yang padat.
"Aish, boleh tak singgah supermarket jap? Nak beli barang dapur."
"Boleh je."
Setelah beberapa minit, Aish menghentikan keretanya di tempat letak kenderaan sebuah pasar raya. Tali pinggang keledar dibuka sebelum enjin kereta dimatikan.
"Awak nak keluar juga ke?"
"Haah, takkanlah nak biarkan kau angkat barang banyak sorang-sorang." Mendengar balasan Aish, Nayra tersenyum sebelum turut turun. Prihatin juga suaminya itu.
Mereka berjalan beriringan memasuki pasar raya itu. Aish menyorong troli sementara Nayra memilih sayur-sayuran, daging serta bahan memasak yang lain.
Aish memerhatikan sekelilingnya lalu matanya tertancap pada pintu utama itu. Dia segera menekup mata Nayra apabila ada sekumpulan jejaka kacak melintas di depan mereka.
"Aish, kenapa ni?" Nayra cuba untuk melarikan tangan Aish dari matanya.
"Jap, ada benda yang tak sepatutnya kau tengok." balas Aish. Dia tidak ingin isterinya itu melihat lelaki lain selainnya. Nanti tak pasal-pasal isterinya itu terpikat dengan jejaka kacak itu.
"Hah? Apa dia?"
"Budak bawah umur tak payah sibuk nak tahu."
"Budak bawah umur apanya? Saya dah 25 tahun!" bantah Nayra dengan geramnya. Suaminya itu yang nampak macam budak-budak.
"Tak tanya." Aish pun mengalihkan tangannya apabila para jejaka tadi tidak lagi kelihatan.
"Apa yang awak tengok tadi?" Nayra ingin memerhatikan sekelilingnya namun Aish segera memusingkan semula kepala Nayra agar menghadapnya.
"Mulai sekarang, pastikan kau hanya tengok aku seorang," pesan Aish sambil memegang kedua belah pipi Nayra.
"Awak demam ek?" Nayra meletakkan belakang telapak tangannya di atas dahi suaminya itu. Buang tebiat!
"Tak."
"Jomlah pergi area junk food," ajak Nayra lalu berura-ura untuk pergi.
"Tak eloklah makan sampah," ucap Aish sengaja nak cari pasal. Dia paling suka bila tengok Nayra marah sebab nampak comel.
"Ee!" Nayra menampar lembut bahu Aish akibat geram.
"Gurau sayang gurau heheheh." Aish tersenyum sumbing.
Selepas habis memilih barang keperluan, mereka beratur di kaunter pembayaran.
"Kau tunggu dalam kereta dulu, biar aku yang bayar," suruh Aish apabila dia melihat barisan masih panjang. Tak sampai hati pula nak biarkan Nayra beratur lama-lama.
"Banyak ni. Awak boleh angkat ke?"
"Mestilah boleh." Aish hulurkan kunci kereta kepada Nayra lalu dibiarkan saja Nayra keluar terlebih dahulu.
Dalam perjalanan menuju ke kereta, ada seseorang yang melanggar bahu Nayra. Nasib baik dia sempat menyeimbangkan badannya, kalau tidak memang jatuhlah dia.
"Sorry." ucap perempuan itu lalu dia terkaku apabila melihat wajah Nayra.
"It's okay. I'm sorry too."
Nayra meneruskan langkahnya lalu masuk ke dalam perut kereta Aish. Perempuan tadi memerhatikan saja kereta itu sebelum dia berlalu pergi.
𝓛𝓸𝓿𝓮, 𝓐𝓲𝓼𝓱 𝓡𝓪𝔂𝓱𝓪𝓷
YOU ARE READING
C | Love, Aish Rayhan
Romance1ST LOVE SERIES BY VIEPIXXA Hanya disebabkan satu peristiwa, Nayra membuat keputusan untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang dianggap sebagai hero kerana dia yakin lelaki itu mampu mengeluarkannya dari kegelapan hidupnya. "Tolong kahwin dengan...