Noh Kalut

2.1K 71 2
                                    

Kami keluar dari perkarangan masjid, usai solat jumaat, kami mencari tempat untuk makan. Kami semua sangat lapar setelah berseronok tadi, walaupun hanya beralaskan sedikit makanan ringan yang dibeli sebentar tadi di hadapan pintu masuk air terjun, ia tak cukup untuk menampung tenaga yang dikeluarkan

"Abang Zal, nak sosej" kata Aqil tersengih sambil menarik bajuku

Aku memandang Aqil atas dan bawah, kau nak bagi hint ke apa ni?. Kemudian mengangkat kening sebelah untuk memastikan

"Dalam ni ada sebatang, nak?" Kataku sambil mengerling ke seluarku

"Alaa bukan laaa, nak tu, sosej makcik tu jual" kata Aqil sambil menunjuk kepada gerai berdekatan

"Japgi nak gi makan dah kan?"

"Alaa, sikit je, boleh la" Aqil membulatkan matanya

"Haihh ye la, ye la, Be, kau gi start kereta dulu, budak ni banyak pulak demand dia" aku membaling kunci kereta pada Jimbe

Usai membeli, kami berjalan ke tempat parking, Aqil sedang berjalan riang bersama sebatang sosej di mulutnya, aku hanya memerhati dari hujung mata, gulp, kau ni sengaja kan Qil, nak gugat aku ke apa kau eh

Aqil yang perasan akan kerlinganku memandangku, mendongak bertanyakan kenapa, sosej yang digonggong bergoyang. Gulp

"Cepat sikit makan tu, kita nak gerak dah ni" kataku malu

"Abang"

"Hmmmm?"

Aqil menggigit sosej tadi kemudian menyuakan padaku separuh lagi

"Aaaaaaaa" Aqil menyuruhku membuka mulut untuk disuap

Aku pantas menyambut suapannya kemudian terus mengunyah dan ditelan. Kenapa kau comel dan sweet sangat Aqil?

"Dah jom cepat sikit, diorang dah tunggu kau ni" kataku menarik tangan Aqil ke kereta

Kami tiba di sebuah warung di tepi jalan, makanan di situ ialah nasi berlauk. Kemudian turun untuk makan

"Kau nak makan apa?" Tanyaku pada Aqil sewaktu memasuk kedai

"Minum air je kot, saya duit bulan ni nak habis dah la bang"

"Aku tanya kau nak makan apa, bukan kau ada duit ke tidak" aku menekan suara

"Emmm nak makan mende kalau duit pun takde bang"

"Pejal nak belanja hang la pandai" kata Amirul menepuk belakang Aqil

Haih budak ni

"Betul ni abang nak belanja? Banyak tau abang belanja saya minggu ni" tanya Aqil yang terdapat sedikit risau di wajahnya

"Kalau kau taknak takpe, aku lanje Amirul"

"Elokk, boleh jugak tu" kata Amirul yang sedang mencedok lauk

"Pale hotak kau, ambik lauk dah macam tak makan sebulan" kataku melihatkan pinggan Amirul yang mempunyai 4 jenis lauk

"Gi amik nasi, jangan risau aku bayar, amikkan untuk aku sekali, aku nak gi tengok-tengok lauk jap" arahku

Selesai membayar makanan kami berdua dan mengambil air, kami semua memilih untuk duduk di meja panjang di hujung belakang. Aku duduk meletakkan air kemudian Aqil duduk di sebelahku meletakkan pinggan nasi kami, Kinah duduk di sebelah Aqil, Amirul di sebelahku dan Jimbe di hadapanku

Kami semua sedang khusyuk dengan makanan masing-masing, kesemuanya masih lagi penat dengan aktiviti tadi. Selesai makan, aku mengeluarkan kotak rokok dan menyalakan sebatang.

Aku Dan Aqil Where stories live. Discover now