"Kenapa korang sorokkan benda ni dari kitorang? Kitorang ni mak bapak korang! Kitorang patut tahu siapa yang bermusuh dengan korang, siapa yang berdendam dengan korang! Korang sorok macam ni apa korang dapat?! Kalau Cay mati, siapa yang nak ganti nyawa dia?! Siapa?!," marah Darlene kuat. Ibu mana yang tidak mengamuk bila mendapat tahu bahawa anak bongsunya tidak sedarkan diri dek kerana dibelasah beramai-ramai.
Aaden, Callisto, Javier, Silver dan Alara elok berdiri di hadapan boss besar dengan kepala yang elok menunduk tanda hormat.
Hayden, Jayden, Ariq, Aryan, Spencer, Avrin, Belle dan Mia hanya terdiam sambil elok duduk di sofa masing-masing. Singa dah mengamuk, jangan diganggu. Erika pula elok sedang merawat Cayden yang berada di tingkat atas rumah Hayden.
"Cakap sekarang! Siapa budak-budak yang belasah anak aunty?," tanya Darlene tegas.
"Budak-budak Zain," jawab Silver sambil menunduk.
Aaden hanya mendiamkan diri. Perasaan serba salah sudah menyelubungi diri. Dia menggenggam tangannya menahan geram. Kalaulah aku tak suruh Cay pergi jemput budak tu, mesti semua ni takkan jadi. Kalaulah aku ikut dia sekali, mesti semua ni takkan jadi.
"Kau yakin ke Zain yang buat? Sebab dia budak biasa je," celah Ariq mendatar.
"Kau dah check budak-budak tu ke?," tanya Aryan mendatar.
"Aku dengan Hay dah check. Budak-budak tu budak biasa yang suka membuli je. Diorang takda kuasa untuk upah orang untuk pukul anak kita," jawab Ariq.
"Habistu macam mana boleh ada sampai berpuluh budak pukul anak kita?," tanya Darlene kepada Hayden.
"Zain bukan ketua," celah Spencer yang hanya mendiamkan diri sedari tadi.
Mereka semua terus menoleh ke arah Spencer.
"Apa maksud kau?," tanya Aryan mendatar.
"Anak aku perasan ada sorang budak kat sekolah yang selalu perhatikan anak-anak kita dari jauh," jawab Spencer.
"Siapa budak tu?," tanya Aryan lagi.
"Kiranya ketua dia budak sekolah?," tanya Ariq dengan dahi yang berkerut.
Spencer tidak menjawab malah hanya memandang ke arah Silver yang turut sedang memandang ke arahnya.
Seminggu kemudian...
Aaden melangkah masuk ke dalam kelasnya setelah seminggu dia dan kawan-kawannya tidak ke sekolah. Cayden yang masih lagi belum sembuh sepenuhnya sedang dijaga oleh ibu bapanya di rumah turut dibantu oleh Erika yang merupakan doktor pada suatu masa dahulu.
"Wow... Ada orang dah balik semula ke sekolah lepas dah lama cuti panjang," kata Zain dari tempat duduknya.
Aaden yang mendengar itu hanya mengendahkan kata-kata lelaki itu. Kalau diikutkan hati, sudah lama dia siat isi perut lelaki itu. Tetapi memandangkan bapa Hayden mengarahkan mereka supaya tidak melakukan apa-apa, jadi Aaden hanya menurut.
"Ferdy! Sampai hati you!," jerit Fify sambil melangkah ke arah Aaden.
Aaden hanya memerhati gadis itu melangkah ke arahnya. Apa lagi bodoh?
"Ini apa?," tanya Fify sambil mengangkat bekas bewarna merah miliknya. Bekas itulah yang diberikan pada Aaden tempoh hari.
"Apa? Tu bekas kaulah," jawab Aaden mendatar.
![](https://img.wattpad.com/cover/302826647-288-k784642.jpg)
YOU ARE READING
The Taste of Revenge [OG]
RomanceUS Mafia : 5th Series [On Going] [HIATUS] [ACTION + COMEDY + ROMANCE] "Kau tak kenal siapa aku. Dan aku sendiri takkan beritahu siapa diri aku. Just stay away from me" -Aaden Ferdy Louise Kuasa? Harta? Semua berada di hujung jari sahaja. Abang kepad...