Quest 3: Teroka

2 2 0
                                    

Air disimbah membasahi muka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Air disimbah membasahi muka. Susuk yang pengsan terus bangun. Sejuk juga air yang menyimbah.

"Sejuknya!" kata Hoshi menggigil kesejukan.

"Baru nak bangun," kata Nero yang menyimbahnya tadi.

"Apa semua ni? Sampai main simbah pula." Marah sungguh Hoshi.

"Kau cedera tadi. Nasib baik Ianna bawa bekalan air Sim tadi. Boleh sembuhkan kau sekejap sebelum heret kau ke sini balik."

Baru teringat ap Hoshi buat tadi.

"Oh, aku kalah rupanya," keluh Hoshi, pasrah.

"Kalah apanya? Seri saja aku tengok tadi," celah Aya yang muncul di situ.

"Eh?" Hoshi terpegun dengan kemunculan gadis itu.

"Lembing Ianna terkena kepala kau. Pisau kau pula terkena mata Ianna. Dua-dua tumbang pada masa sama. Jadi, seri," terang Aya.

"Aku... Ianna tak apa-apa ke?" Hoshi kerisauan.

"Aku okey je," celah Ianna pula sambil mengusap mukanya.

Mujurlah tiada kesan cedera parah pada muka. Mungkin kerana air ajaib dari Sim.

"Boleh tahan juga kau ni. Walaupun masih baru dekat sini, kau hampir-hampir kalahkan aku," kata Ianna memuji.

Aya memandang Nero. "Aku ambil dia sebagai anak murid aku. Boleh, kan?"

Nero terkejut dengan permintaan dari orang lama itu. "Aku... Aku okey je. Silakan."

Senyum. Itulah yang dihadiahkan oleh Aya kepada Nero. Pandangan dibuang ke arah Hoshi semula.

"Kau rehatlah dulu hari ni. Nanti, kita keluar," pesan Aya.

"Keluar? Pergi mana?" Hoshi tertanya-tanya.

Tawa sinis kedengaran dari bibir Aya. Tiada jawapan. Aya terus melangkah keluar dari bilik, meninggalkan mereka bertiga.

"Untunglah kau dapat keluar dengan Aya," kata Nero sambil menumbuk bahu Hoshi sekali.

Bahu yang ditumbuk, diusap perlahan. Hoshi memandang Nero dan Ianna yang masih setia di situ.

"Apa yang untungnya?" Hoshi sedikit kebingungan.

"Waktu aku berlatih dengan dia pun, dia tak pernah ajak aku keluar langsung. Katanya, dia minta aku keluar dengan orang lain," omel Nero kurang puas hati.

"Oh, begitu."

"Apa pandangan kau dekat dia? Dia cantik, kan?" Sempat lagi Nero mengusik.

"Eh?" Hoshi tidak tahu hendak menjawab apa.

Ianna yang masih di situ, terus mengetuk kepala Nero dengan tangan. Nero mengaduh kesakitan.

"Kau rehatlah dulu. Kami berdua pergi dulu," pesan Ianna kepada Hoshi.

Little BloodlustWhere stories live. Discover now