Chapter 1-4

63 2 0
                                    

Di rumah kawan Sunggyu di Jepun...
"Kamu telefon siapa tu Jong?" tanya Puan Lee kepada anaknya,Sungjong.
"Telefon Sunggyu hyung pasal kita nak pindah Korea tu.." balas Sungjong yang sedang menghadap laptopnya di ruang tamu.
"Ohh.. Apa dia cakap? Ada ke rumah kosong kat sana?" tanya Puan Lee lagi.
"Dia cakap kawan dia rasa ada rumah dekat-dekat kawasan perumahan dia tu,tapi kawan dia sendiri pun tak pasti,dia kata malam nanti dia mesej kat Jong..." balas Sungjong.
"Ohh,ye ke.. Okaylah kalau macam tu .. " kata Puan Lee lalu menyambung kerjanya yang tergendala tadi.
Sungjong pula mengembalikan pandangannya ke arah laptop di depan mata. Dia sedang sibuk melayari internet untuk mencari filem bergenre seram yang sungguh diminatinya sejak kecil lagi.
Setelah puas mencari,akhirnya dia terjumpa juga cerita yang boleh dijadikan tontonan sementara menunggu makan malam dihidangkan oleh ommanya.
------ Di rumah L------
L terduduk kepenatan selepas pulang dari kafe bersama rakan-rakannya.
Dia melihat ommanya sedang sibuk di dapur untuk memasak makan malam mereka sekeluarga hari itu.
Kemudian,dia bergerak ke arah ommanya di dapur...
"Omma.. " panggil L
"Nae? Kenapa L? " tanya ommanya dan menghentikan kerjanya seketika.
"L nak tanya.. Rumah sebelah rumah kawan omma tu kosong lagi ke?"
"Ntahlah L... Kenapa?"
"Takdelah.. Sunggyu hyung yang tanya L tadi.. Kawan dia dari Jepun nak pindah sini.. Tengah cari rumah kosong dekat kawasan rumah kita ni... So,L cakaplah sebelah rumah kawan omma ada satu rumah kosong .. Tapi L tak pasti dah ada orang pindah ke belum,tu L tanya dekat omma ni..."
"Ohh.. Kawan Sunggyu ke.. Omma pun tak pasti kosong lagi ke tak.. Bila dia nak pindah?"
"Sunggyu hyung cakap lagi dua tiga hari.."
"Oh ye ke? Kejap omma telefon dia.."
"Okay~"
Puan Kim pun beredar ke ruang tamu dan mengambil telefon bimbitnya di atas meja,lalu dia mendail nombor Puan Yoon..
-Perbualan Puan Yoon (Miyun) dan Puan Kim (Heejin)-
"Nae..Yeoboseyo.. Miyun unnie... Ni sayalah,Heejin.. "
"Oh.. Heejin.. Kenapa call unnie ni?"
"Heejin nak tanya.. Rumah sebelah unnie tu ada orang dah ke?"
"Takde lagi.. Kenapa?"
"Ohh.. Baguslah.,. Ni anak saya Myungsoo tanya dekat saya kalau rumah tu kosong,ada orang nak pindah situ..."
"Ohh.. Okay je.. Bila dia nak pindah? Kunci rumah tu ada dekat unnie... Tuan rumah sebelum tu bagi unnie simpan.. Kalau dia nak,boleh unnie bagi dekat dia.."
"Myungsoo kata lagi dua tiga hari ... "
"Okaylah.. Unnie simpankan dulu kunci tu sampai diorang pindah"
"Gomawo unnie~~"
"Okay.. Annyeong"
-Perbualan tamat-
"So macam mana omma? Kosong lagi ke rumah tu?" tanya L selepas ommanya meletakkan telefon.
"Kosong lagi.. Kunci rumah tu kawan omma simpan.. "
"Okay omma~ Gomawo~ Saranghaeyo!! L nak mesej Sunggyu hyung ni... Nanti omma dah habis masak panggil L eh? Hehe~~" jawab L lalu berlari ke biliknya di tingkat atas.

Sementara itu di rumah Ahrin...

"Siapa call omma?" tanya Ahrin
"Kawan omma.. Dia kata ada orang nak pindah rumah sebelah kita ni.." jawab Puan Kim.
"Ye ke? Finally,ada jugak orang pindah rumah sebelah kita ni.. Harapnya orang tu ada anak perempuan lah... Ahrin boleh pergi sekolah dengan dia and Sooyoung..." balas Ahrin
"Haha,kalau lelaki macam mana?"
"Kalau lelaki ye.. Emm.. Entahlah omma,Ahrin kawan jelah dengan dia..."
"Ye ke? Bukan nak mengorat?? Hahaha xD"
"Omma! Apa ni!!! Ahrin sekolah lagilah.. Mana main ngorat-ngorat ni.. Not my taste..." selamba Ahrin membalas
"Hahah.. Iyelah tu.. Dahlah,jom hidangkan makanan dulu.. Appa pun dah nak balik dari kerja ni.."
"Jisoo macam mana?" tanya Ahrin yang melihat Jisoo sedang nyenyak tidur di sofa ruang tamu rumah mereka..
"Biarkan dia tidur.. Penat sangat agaknya.. Nanti bila appa dah balik kerja kita bangunkan Jisoo sekali untuk makan.."
"Okay ~~ "
--------------------------------------------------------

Flower Boy Next DoorWhere stories live. Discover now