MA - EPISODE 1 😎

3.8K 83 12
                                    

Di sekolah dan dalam kelas..

Lia pov..

Hai. Nama Aku alia orang biasa panggil Aku Lia je tak yah panjang². Sekarang umur Aku 17. Ye, tak lama lagi nak SPM. Aku harap aku boleh jawab dengan baik, tak macam exam akhir tahun form 4 sebelom ni cuma dapat 5A+ 1b+.

"Liaa" eh macam ada orang panggil aku. aku pon menoleh pandang belakang.

"Yo, kenapa?" jawabku. ni pulak aina sahabat aku. Mungkin dulu masa mula2 aku masuk smk aku takde kawan and then dia tiba2 tegur aku dan sekarang dia sorang je sahabat aku.

"weh, kau dah siap ke kerja matematik yang cikgu syafik bagi semalam?" tanya aina.

"Daahh.. kau ni macam tak kenal aku je." jawabku sambil mengeluarkan buku subjek matematik kejap lagi memang subjek tu. Tiba² aina merapatkan tangan dia macam tanda memohon🙏🏻.

"weehhh aku belom siap, nak pinjam boleh? please. Aku tak nak kene berdiri depan kelas, malulah aku kalau awek lawa lalu" katanya sambil merayu dengan nada gurauan.

"Haih kau tahu, kau kata macam ni dah sepuluh kali tau. Aku siap boleh kira guna jari berapa kali kau cakap. Lepas ni aku takde dah kesian kat kau" kataku sambil menghulur buku matematik ku. Senanya kalau aku jadi dia pon aku taknak berdiri depan kelas. Aku saja cakap macam Tu biar dia buat homework sendiri.

5 minit kemudian..

Kriinngggg..

"Baik class duduk tempat masing² dah nak start belajar ni" kata cikgu syafik yang baru masuk kelas. time tu jugak aina bagi buku aku balik. Laju gak dia buat keje.

___________________________________________

habis sekolah waktu balik..

"weh lia kau balik dengan sapa?" tanya aina kepada ku.

"Macam biasa lah jalan kaki." kataku kepada aina.

"weh kau tunggu sini jap au, aku nak pergi kedai pakcik karim depan tu. Jangan pergi mana², tunggu" kataku memaksa dia tunggu aku sekejap. Lalu aku pergi sekejap. Sampai je kedai tu aku ambil satu chocolate cadburry and aku bayar dengan duit simpanan khas untuk harini. Aku kembali semula kepada aina tapi aku nampak aina dengan seorang laki pakai baju kemeja hitam dan cermin mata hitam lalu aku cepat² datang dekat aina.

"Oii kau nak buat ape tu haa?! Lepaskan dia." kataku kuat sampai orang sekeliling pandang kami lalu aku halang aina belom sempat dia nak kata apa² aku terus keluarkan karate aku lalu aku tumbuk muka laki tu sampai cermin mata hitamnya tercampak. Aku tergamam bila melihat anak matanya.

"weh tu makcik akulah. Uda okay tak?" kata aina lalu keluarkan sapu tangannya untuk mengelap darah yang mengalir di bibirnya.

Yang aku sudah tergamam. Aku ingat orang nak culik aina. Lalu aku mengambil cermin matanya yang melayang. Dia memandang aku dengan mata helangnya. Lalu Di rampas cermin Mata nya Dari Aku. Tak sangka pulak Aina ade makcik Yang hot macam ni

"cik saya minta maaf saya tak tahu yang cik ni makcik kawan saya." kata ku meminta maaf. Dia hanya diam membisu. aku tak boleh nak baca situasi dia. Aku cuba mendekatinya dan mahu mengambil sapu tangan tadi untuk tolong lap Kan darah tapi dia tepis tangan aku.

"Aina jom uda hantar balik" katanya lalu hendak pergi masuk kereta tapi aina tahan makciknya.

"Uda boleh hantar lia sekali tak?" tanya aina. Aku terkejut. Aduii aku dah lah baru tumbuk muka orang tu.

"eh.. takpe lah aku balik jalan kaki je. buat susah² je" kataku kepada aina.

"Takde ape Yang susah lah. Aku Naik kereta bukan Naik Motor." Jawab Aina lalu memandang kereta mercedes milik makcik hot Aina. Lalu Aku pandang makcik hot.

Mrs. Arrogant (GXG) ✔️Where stories live. Discover now