'Hi aunty. I nak lawat Lara dekat hospital hari ni. Do you need anything? Ada apa-apa nak pesan?'
'Message sent'.
* * * * *
Ting!
Pintu lif terbuka dan mata Ashraf terus menangkap perkatan Wad 7A.
Saat dia melangkah keluar daripada lif tersebut, bau ubat semakin kuat menyucuk hidung. Di tangannya terdapat teddy bear, sekeping sampul surat berserta sebakul buah-buahan.
Dia terus berjalan menyusuri lorong di wad perempuan dengan lirikan-lirikan mata jururawat dan doktor. Ah, dia sudah biasa dengan keadaan itu.
Saat Ashraf tersembul di pintu wad yang menempatkan lapan orang pesakit wanita, tujuh orang daripada mereka serta ahli keluarga mereka memandang Ashraf. Pesakit yang seorang lagi sedang tidur... Iaitu Lara.
Gadis itu berseorangan sahaja lantaran ibunya masih lagi dalam waktu bekerja, di sekolah. Ashraf menghampiri Lara dengan senyuman nipis di bibir.
Bakul buah-buahan dan teddy bear diletakkan di meja sebelah katil. Wajah polos Lara yang sedang nyenyak tidur ditenung dengan penuh kasih-sayang.
"Princess, I'm here." Bisiknya.
Mata Lara tetap tertutup rapat. Ashraf mengusap lembut rambut Lara dan setelah itu duduk di kerusi sebelah sambil menggenggam tangan dan jemari halus.
Kejadian semalam terimbas kembali di fikiran. Terbayang wajah pucat Lara yang terbaring kaku ketika Ashraf melakukan CPR. Segalanya umpama mimpi ngeri, tak sanggup untuk dia ingati lagi. Lalu tangan Lara dicium dan wajah polos itu ditenung.
"Princess, I kena balik JB." Bisik Ashraf.
"Kalau ikutkan hati, I nak tinggal beberapa hari lagi dekat sini dengan you tapi I ada hal penting nak jumpa Ejam." Kata-katanya terhenti di situ. Macamlah Lara dengar.
'Bro... Kau mesti tak percaya apa yang aku jumpa.' - Ejam Necromancers
Teringat kata-kata Ejam dalam SMS sebentar tadi yang membuatkan Ashraf tidak sabar-sabar untuk tiba di Johor Bahru. Nafas panjang dihela lalu Ashraf merebahkan kepalanya di atas katil, di sisi Lara. Tangan Lara dipeluk seolah-olah memeluk tubuh Lara.
Dia termenung.
Butiran yang dia baca mengenai kes saman mahkamah yang dikemukakan oleh ayah Lara tiba-tiba muncul di fikiran. Terdapat perenggan yang menerangkan bagaimana pergelutan antara Lara dan Dhafi berlaku dengan kedudukan Lara yang dihimpit dan dicekik di atas tanah. Pilunya hati Ashraf bila membayangkan bagaimana gadis manja ini melalui pengalaman segetir itu. Ashraf hampir tidak percaya yang Lara melalui itu semua.
"You kuat dan cekal sangat, princess. You lagi kuat daripada I..." Bisiknya sambil mengerlus tangan Lara.
Lalu Ashraf memejam mata. Biarlah dia berehat sebentar bersama Lara sebelum memulakan perjalanan. Fikirannya masih lagi sesak menghadam semua situasi dan krisis yang melanda hidup Lara. Betapa kuatnya bahu perempuan yang menggalas, fikir Ashraf dalam pejaman mata dan akhirnya dia pun terlena.
Dua puluh minit kemudian Ashraf terjaga. Leher terasa sakit akibat tidur membongkok. Terpisat-pisat dia melihat jam tangan. Oh, dia harus gerak sekarang!
Sampul surat yang dibawa tadi Ashraf sandarkan pada teddy bear berwarna merah jambu, warna kegemaran Lara.
"Princess, I've got to go. You rehatlah, I tahu you penat... Settle je hal di JB, I datang sini balik jumpa you, okay." Dia mengusap tangan dan mencium kepala Lara dan selepas itu dengan hati yang berat, Ashraf melangkah keluar daripada Wad 7A tersebut...
YOU ARE READING
MWB - Mr Wing Badge
RomanceMWB - Mr Wing Badge *Wing badge: Pilot's badge. A pilot's pride. "Bukankah pilot perlu sentiasa tenang walaupun ketika keadaan pesawat seperti telur di hujung tanduk?" Sinopsis: Bukan cerita cinta pilot biasa ;) Sinopsis penuh di dalam. Kepada sem...