Bab 7

1K 151 28
                                    

Tengku Mona menjejakkan kaki ke dalam rumah-rumah persinggahan yang ada di Selatan Aragon. Tujuannya untuk bertanya sama ada tetamunya sudah hadir ataupun tidak.

Tetapi apa yang dia terima sebentar tadi, amat tidak dijangka.

"Maaf, Tengku Mona. Tempat ni sudah diarahkan untuk ditutup."

"Hah? Siapa yang bagi arahan?!"

"Permaisuri Adelisa."

"Abang!" Tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu, Tengku Mona terus meredah bilik pejabat Tengku Farruz. Dan dia melihat sesuatu yang sangat jarang diperlihatkan.

Tengku Farruz yang berada dalam keadaan tidak terurus. Tak pernah-pernah lelaki itu sebegitu. Pasti ada sebab-musabab yang dia yakin akan menjerut lehernya juga.

"Takhta dia masih seorang puteri mahkota. Macam mana benda ni boleh jadi?!" Tengku Farruz menengking kuat. Fail di tangan dibaling kasar ke lantai sehingga ia terpisah dua.

Mustahil.

Mustahil dalam masa beberapa hari ini, Adelisa berjaya membuat perubahan sebesar ini.

Ya, Adelisa masih seorang puteri diraja. Tetapi rakyat di seluruh empayar sudah menganggap dia permaisuri yang bertakhta. Ini semua kerana kerajaan pemerintahan Hagron yang sudah lama dibiarkan sepi itu.

Malah, apa yang diamukkannya sekarang ini juga berpunca daripada Adelisa. Dia tahu Adelisa berlakon buta, namun bukan itu yang menjadi masalah utama buatnya.

Tetapi bagaimana gadis itu boleh mempengaruhi rakyat di luar kawasan Hagron secepat ini sedangkan mereka disogok dengan kenyataan bahawa permaisuri itu seorang yang buta? Apakah yang Adelisa telah lakukan sehingga dia dapat memperoleh kepercayaan mereka?

Di Ridella, Sultan Riyadh yang bertakhta. Di V Diore, Tengku Farruz yang memegangnya dan di Selatan Aragon terpahat nama Tengku Mona sebagai pemerintahnya.

V Diore dan Selatan Aragon dahulunya berada di bawah Ridella. Tetapi kini dipisahkan selepas bencana gempa bumi yang berlaku beberapa tahun yang lalu. Maka Sultan Riyadh mengisytiharkan cucu-cucunya kerana hanya Tengku Farruz dan Tengku Mona sahaja yang masih belum berkeluarga. 

Kata Sultan Riyadh, kedua-dua cucunya itu perlu 'diajar' kerana hanya mereka berdua sahaja yang disuap dengan kemewahan sejak kecil. Manakala yang lainnya, mereka sudah dipraktikkan dengan hal-hal pentadbiran sejak menginjak usia 15 tahun. Dan setelah 20 tahun, mereka boleh membuat pilihan sendiri selagi sistem hierarki tidak dilanggar.

Manakala di Hagron L Casa, Adelisa telah didedahkan tentang persidangan, hal ehwal kerajaan, adat-istiadat, perhubungan antarabangsa, ketenteraan, protokol diraja dan sehubungan dengannya di usia 13 tahun. Begitu juga Amelia yang telah membanteras sistem hierarki Hagron L Casa di hadapan beratus ahli dewan diraja yang merangkumi selatan dan timur. Oleh sebab itu, hukuman mandatori diberikan. Amelia dikeluarkan daripada sistem hierarki secara serta-merta dan diharamkan untuk merujuk semula.

Dan kerana itu jugalah, Amelia kini menjaga dua buah pulau yang dahulunya terbiar dan dihuni penduduk yang daif. Dilatihnya mereka menjadi pahlawan yang tidak pernah gugur walaupun seorang semasa dalam peperangan. Kehebatan Lomania sudah diiktiraf seluruh kerajaan. Kecekapan memanah dan menunggang kuda, kejaguhan mereka di lautan begitu ditakuti kerajaan musuh. Bilangan mereka tidak ramai. Tetapi mereka berjaya memperoleh kehormatan dari empayar yang lebih besar. 

Puteri Mahkota Amelia Azzahra merupakan pemerintah pertama sebuah kerajaan yang diangkat olehnya sendiri. Secara tidak langsung, Amelia telah mengulangi sejarah yang berjaya diukir oleh ibundanya suatu ketika dahulu.     

SECRETWhere stories live. Discover now