♡BSS Special II : Aryan (y/n pov 1)

56 6 0
                                    

Seoul, South Korea.

Assalamualaikum, pejam celik pejam celik dah tahun 2023 dah. Aku dan Aryan masih bersama alhamdulillah dengan seorang cahaya mata kami, Puteri Amanda ataupun nama koreanya Kim Taehee.

Jam didinding aku pandang sekilas, 5:53p.m. Sepatutnya waktu macam ni Taehyung dah sampai rumah. Jalan di bandar Gangnam sesak barang kali.

Makan malam dah siap aku masakkan. Cuma tunggu si suami pulang untuk makan bersama.

Kaki aku langkah menuju ke bilik tidur Amanda.

"Dah bangun dah ye anak mama." Aku angkat anak perempuanku yang tersenyum-senyum memandangku sambil memanggil aku.

"Maa maa."

"Sayang lapar ke? Anak mama dah lapar rupanya." Aku cium pipi tembam Amanda berkali-kali.

"Maa shuu." Kata Amanda meminta susu.

Aku angkat Amanda dan keluar dari bilik tidur menuju ke ruang tamu. Amanda aku tempatkan diatas cadar diruang tamu yang memang tersedia untuknya. Kemudian aku langkahkan kaki ke dapur untuk menyediakan susu formula buat Amanda.

Sesekali aku perhatikan gerak geri Amanda agar dia tidak bergerak ke tempat lain. Usianya sudah hampir mencecah tiga tahun, membuatkan anak kecikku sangat aktif. Sudah boleh berjalan kesana kemari.

"Amanda mari sini." Aku goncangkan botol susu didepan Amanda. Dia cepat-cepat baring diatas cadar berlapikkan bantal dikepala.

Sejak dua tahun ini, hubungan aku dan Taehyung sebenarnya kurang baik. Dia sering pulang lambat dan banyak keluar negara. Katanya banyak urusan kerja perlu diselesaikan. Benar juga, dengan tiadanya aku membantu dalam syarikat pakaian kami. Selepas lahirkan Amanda, aku sudah tidak bekerja kerana Taehyung mahu aku menjadi suri rumah sepenuh masa dan mudah untuk menjaga Amanda.

Hal ini kerana Taehyung tidak mahukan penjaga untuk menjaga anak kami. Aku akurkan sahaja. Mungkin disebabkan semuanya diuruskan oleh Taehyung menyebabkan dia terlalu sibuk.

Tepat jam 7:35 p.m, Taehyung pulang ke rumah.

"Nak makan?" Aku serahkan secawan air coklat suam kepada dia setelah dia duduk di ruang tamu.

"Boleh jugak, tapi nak mandi dulu." Balas Taehyung tanpa memandang aku, tangannya sibuk menolak-nolak mainan Amanda. Seperti biasa, pulang dari kerja pasti cari anaknya dulu. Tapi satu sahaja peraturan, dia takkan sentuh Amanda sebelum dia mandi atau mencuci tangan.

"Pergi mandi cepat, saya hidangkan lauk." Aku serabutkan rambut Taehyung dan berjalan ke arah dapur. Rumah kami masih sama seperti dulu. Aku tak nak pindah sebab rumah ni mempunyai banyak memori tentang kami.

"Sayang~ " Taehyung bangun dan dekati aku. Badan aku jauhkan sebab dia cuba memeluk tubuh aku.

"Mandi dulu, lepas tu solat then baru boleh peluk, okay baby saya." Aku pandang muka dia yang dimonyokkan, manja.

"Hm." Taehyung jalan ke bilik. "Taehee, mama dah tak sayang appa." Tambah Taehyung semasa melepasi tempat Amanda sedang bermain.

+++

"Minggu depan dan mula puasa, saya nak puasa dekat kampung boleh?" Soal aku memandang Taehyung yang sedang sarapan dimeja makan.

"Berapa lama?" Soalan dibalas soalan.

"Kalau boleh nak stay sampai raya sebab dah dua tahun kita tak raya sana, tapi ikut awak la berapa lama awak izinkan." Aku membalas sambil menyuap bubur nasi bersama sayur ke mulut Amanda.

[C]Bangun Sahur Sayang | KTH Where stories live. Discover now