Nayraish | 47

38.8K 2.4K 1.1K
                                    

SEJUK saja keadaan pada malam itu. Aish dan Nayra bersandar di kepala katil. Selimut dibiarkan menutupi tubuh mereka. Masing-masing belum mengantuk.

"Jom honeymoon?" ajak Nayra secara tiba-tiba.

"Nay---" Nayra segera memintas ucapan Aish itu kerana dia tahu apa yang ingin dikatakan oleh suaminya itu.

"I know. Anggap saja ni sebagai percutian terakhir kita as husband and wife." Mendengar cadangan Nayra, Aish terdiam seketika sebelum bersuara.

"Kau nak pergi mana?" soal Aish sambil merenung wajah sisi isterinya itu.

"Genting Highlands."

"Tak jauh pun. Tak nak pergi luar negara ke?" soal Aish sekadar memastikan.

"Taklah. Dekat pun dah okay asalkan bersama awak." Nayra tersenyum seketika. Dia hanya ingin mencipta kenangan buat kali terakhir.

"Okay."

"Seriuslah?" Nayra seakan tidak percaya Aish akan setuju.

"Haah aku akan tunaikan permintaan terakhir kau sebagai isteri aku." agak sebak suara Aish mengucapkan ayat itu.

Mereka mendiamkan diri sebelum Nayra kembali bersuara. Kalau boleh, dia tak mahu sia-siakan setiap saat yang mereka ada.

"Awak tahu tak, Alya pregnant," ujar Nayra lalu membaringkan kepalanya di atas riba suaminya.

"Oh yeke?"

"Rezeki diorang awal sampai."

"Good for them."

"Awak nak dengar tak angan-angan saya sewaktu saya dah sah jadi isteri awak dulu?"

"Apa dia?" Aish menundukkan wajahnya bagi menatap mata Nayra. Rambut Nayra dielusnya dengan lembut.

"Firstly, saya berharap sangat awak akan mencintai saya seperti mana saya mencintai awak," ucapnya sambil bertatapan mata dengan Aish.

"I want to say I love you but I can't. Aku dah cintakan kau Nayra tapi aku tak mampu luahkan. Aku cintakan kau melebihi nyawa aku sendiri." balas Aish hanya di dalam hatinya.

"And then saya nak kita bersanding. Saya nak tengok senyuman paling ikhlas awak pada hari tu. Saya pun nak juga merasa kahwin meriah macam orang lain tapi tak apa. Saya tetap bersyukur sebab sempat menjadi isteri awak yang sah." Aish agak sebak mendengar harapan isterinya itu.

"Lastly, saya nak ada anak dengan awak. Saya teringin nak tengok rupa anak kita macam mana suatu hari nanti. Saya pun teringin merasa menjadi seorang ibu. Tapi takpa mungkin takda rezeki saya nak jadi ibu." Semakin sayu nada suara Nayra. Dia sudah pasrahkan segalanya.

"Tu je impian saya. Sikit tapi padat dan mustahil akan terjadi." Nayra menguntumkan senyuman ikhlas pada Aish. Cukuplah dia pernah merasa jadi isteri pada cinta terakhirnya itu.

"Yang pertama dah tercapai. Maafkan aku sebab tak mampu tunaikan yang kedua dan ketiga." ucap Aish di dalam hati. Entah mengapa berat rasanya ingin meluahkan isi hatinya.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now