Selesai saja solat berjemaah malam itu. Pelajar baru diarah untuk pulang ke asrama masing-masing. Esok kena bangun awal nak kena ragging itu pasal dia kasi tidur lena lena ini malam. Hariz macam biasa kerjanya pantau pergerakan pelajar.
"Abang yang iqamat tadi kan?" Haa dah mula satu suara menyebut diikuti dengan gelak oleh beberapa oleh pelajar perempuan. Hariz tersengih tak rela dan membiarkan saja. "Abang iqamat panjang betul haraqat."
Hariz diam saja membiarkan beberapa pelajar yang melintasi dia cuba untuk berbual dan ada juga nak mengacau. Yang keluar dari mulut Hariz cuma,
"beratur jangan tolak tolak. Esok bangun awal jangan berebut."
"Hati hati jangan pijak longkang."
"Jalan tengok bawah."
******
Hariz pandang ke arah teman sebiliknya, esok nak bangun awal pagi pun sempat lagi dia otp, tak penat ke? Sempat Hariz berkata sendiri rasa nak tergelak pun ada. Selalunya orang bercinta ni beriya lah call setiap hari.
Tengok lah nanti dah kahwin, dah ada anak. Takde dah call call macam ni. tambah Hariz lagi bersangka sendiri. Dia dengan Alya pun awal-awal dulu hari hari OTP, tapi makin lama, masing masing sudah faham akan diri masing-masing. Call OTP hari-hari sudah tidak perlu lagi.
Hari pertama Minggu Suai Kenal sudah bermula, awal pagi lagi mereka sudah bangun untuk mulakan tugas mengawal student. Hariz tidak lagi memantau pergerakan pelajar. Kali ini tugas dia memantau pelajar di dalam dewan sahaja. Sementara sebelum belajar masuk ke dewan, mereka akan bersarapan di tepi dewan terlebih dahulu.
"Hariz Iskandar!" jerit satu suara mematikan lamunan Hariz yang tersandar di tiang dewan sendiri. Hariz menoleh, alamak dia ni lagi. Hariz pasrah bila terlihat orang yang memanggilnya adalah Ketua MPP mereka. Dari semalam lagi member ni macam tak senang je dengan dia. Ni ada lah ni nak suruh apa-apa.
"Ye mat."
Lelaki itu tersengih menepuk bahu Hariz. Hariz cuma membalas senyuman kelat saja pada dia. "Tolong ambik makanan dekat guard jap. Orang catering tu tak boleh masuk pulak." arah Ketua MPP itu senyuman masih tak hilang di mukanya. "aku sorang?" Ketua MPP tu mengangguk lagi. Hariz menunjukkan muka redha kena buli dengan ketua MPP, padahal ramai je lagi lelaki disitu di dalam dewan yang tiada kerja. Tapi asal dia je kena petik.
Harap nak buli budak baru masuk, alik alik aku kena yang buli ni bengang Hariz sendiri, start kan motor dan pergi memecut ke pagar depan yang sedikit jauh dari dewan.
Hariz berlari ke arah tempat pengagihan makanan, sepertinya mereka menunggu makanan itu memandangkan semua memandang Hariz yang sedang struggle bawak dua plastik makanan penuh. Kesian Hariz dibuatnya. "Nah" Hariz mengah disitu.
"Hariz Iskandar!" belum habis dia mengah namanya sekali lagi dipanggil. Hariz sudah kenal akan suara itu, dia menoleh pada Ketua MPP. "Bagus lah kau ni mat."
"Ni tolong ambik battery mic dekat SC jap. Tolong ah eh jap."
Hariz mengangguk sahaja, dia terus pergi dari situ menuju ke Student Center atau nama pendek mereka panggil sebagai SC. Dia mengambil beberapa biji battery, lebih dari 2 hendaknya supaya dia tidak akan disuruh lagi untuk pergi SC semata ambik battery mic.
"banyak kau ambik." terkejut Ketua MPP sebaik Hariz menghulurkan battery mic yang dia sudah ambil di SC tadi. "senang nanti takde ulang alik." jawab Hariz selamba dalam masa yang sama hendak memerli. 'Kau tak cukup cukup lagi ke setan?' itu maksudnya dia tu.
Dia tergelak entah kenapa, "ni baru bakal boleh jadi Ketua MPP rajin. Nah tolong bagi mic ni bagi dekat Suhaimi. Dia jadi MC harini." selepas memberi arahan itu. Ketua MPP itu langsung beredar dari situ. Memang muka takde rasa bersalah dah buli anak orang. Hariz pandang panas saja melihat langkah Ketua MPP itu. Dah lah jalan menonggek.
Hariz masuk ke dalam dewan untuk bertemu Suhaimi yang sedang setting MIC sebelum memulakan acara. "Nah." Hariz menghulurkan mic kepada Suhaimi. Suhaimi dapat lihat muka Hariz seperti penat semacam. Majlis belum mula tetapi dia sudah berpeluh. "aik kau marathon ke?"
"Marathon apa, kena buli kau tahu." balas Hariz lagi berdiri di situ sambil memandang Suhaimi setting mic dan kertas untuk jadi MC sebentar lagi. "siapa buli? Farhan ke?"
"ye ah tu." sebaik mendapat confirmation dari Hariz bahawa siapa yang membulinya, Suhaimi lantas tergelak secara tiba-tiba. Hariz yang pada mulanya agak marah bertambah marah melihat Suhaimi ketawa tanpa sebab. "Kau kenapa?"
"No wonder dia buli kau. Dia memang tak puas hati kot dengan kau."
"Asal pulak?"
"Haritu ada meeting sekali tu kau tak join, nama kau ada lah naik banyak kali juga sebab Encik Karim kata kau atlet bola, ada chance pegang ahli tertinggi compare to candidates yang lain." jelas Suhaimi bercerita. Hariz leka mendengar.
"Tak minat ah." balas Hariz singkat.
"kau tak minat, Encik Karim minat. Itu yang Farhan berbulu tu."
*****
Tamat sesi pertama untuk rehat tengahari pulak. Hariz diarahkan untuk pergi ke kaunter makanan untuk standby jadi runner incase apa-apa jadi. Hariz duduk sendiri disitu memandangkan Hariz ni bukan jenis peramah, siapa nak tegur, dia tegur. Siapa tak nak tegur pun dia okay saja. Sendiri pun okay saja.
Hariz berlabuh punggung di meja jauh sikit dari kaunter makanan. Dalam dia memandang orang disitu yang beratur untuk mengambil makanan. Mindanya mula jauh terbang teringat sesuatu yang dia sebolehnya tidak mahu ingat, tetapi hati memaksa untuk terus ingat. Membuat minda tidak henti teringat.
"Uit jauh termenung." tegur satu suara entah dari mana. Hariz menoleh mencari siapa pulak yang menegur dia sebegitu. Dan bila dia toleh ke belakang, dia terlihat perempuan tersenyum memandangnya,
"Eh Ayu?"
*to be continued!.....
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
SonstigesSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...