Author pov...
Sudah seminggu berlalu sejak kali terakhir lia bertemu diana. Diana masih tidak balik ke rumah. Lia sudah mula mencari kelibat diana. Setiap bilik dia terjah. Lia risau dan hati dia merasa resah bila ditinggalkan begitu saja.
'Takkan lah makcik hot tak balik sejak haritu. Maybe dia banyak kerja kot' gumamnya lalu dia turun ke bawah untuk mencari mia.
"hmm, mia. saya nak tanya ni. makcik hot memang tak balik ke kalau banyak kerja?" lia bertanya kepada mia yang sedang buat kerja di ruang tamu.
"Setahu saya selama ni even banyak kerja dia mesti balik tapi lewat." kata mia. muka lia sudah pelik. Mia pon pelik dengan lia macam ada sesuatu di fikiran lia.
"kenapa awak tanya macam tu?" tanya mia menghapus lamunan lia.
"Hah? oh takde pape. sebab saya tak nampak kelibat dia beberapa hari ni." kata lia lalu duduk di sofa sambil berfikir lagi. mia hanya meninggalkan lia seorang diri.
'takkan lah dia tak nak jumpa aku pastu dia sanggup balik tengah malam lepas aku tidur' fikir lia lagi.
'Tak boleh jadi ni, kalau betullah dia balik lambat. malam ni aku takkan tidur selagi aku belum jumpa makcik hot.' kini fikiran lia betul memikirkan diana. lia mahu juga jumpa diana.
__________________________________________
Esoknya..
Aina pov..
Aku sampai sekolah awal harini sebab pujaan hati aku yang hantar aku pergi sekolah. aku masuk je kelas aku melihat lia sedang meletakkan kepala di atas meja.
'Tidur ke budak ni?' tanya ku dalam hati.
"weeh liaaaa.. tidur ke tu?" tanya ku lalu badan dia bergerak lalu aku terkejut melihat muka lia.
"Oh my.. weehh apesal muka kau macam kak limah je ni?. Eeii jom ikot aku pergi tandas, dah macam orang tak siap aku tengok kau ni" kataku lalu menarik tangan lia dan pergi tandas. dalam 10 minit kami pergi tandas lalu kami masuk semula dalam kelas.
"kau ni okay ke tak?" tanyaku kepadanya. selalunya dia paling semangat. Tiba² dia buat muka seperti mahu menangis.
"AINAAA.. aku dah buntu ni. malam tadi aku tak tidur semata nak tunggu makcik hot balik tapi dia tak balik poonnn. Macam mana ni?" Terang lia. aku tak faham, apa yang jadi sejak aku takde ni.
"Jap slow², please. aku tak faham, cuba cite dari awal." kataku kepada lia
"Actually..." lia mula cerita segalanya dari A-Z. Sekarang aku dah faham.
"Oh habistu sapa hantar kau pergi sekolah?" tanyaku pula.
"Pak mat" jawabnya sepatah. aku cuma meng'oh'kan saja.
"Btw, kau dah try pergi office dia?" tanya ku kepada lia. tiba² dia diam lalu dia memandang aku. Lalu dia bangun dari duduk.
"Kau sapa haa!?.Betul ke yang kat depan aku ni aina? sejak bila kau bijak macam ni?" Tak guna, kalau nak ejek pon agak lah.
"Baik sikit eh. Aku memang bijak sejak azali. Kalau tak takkan lah aku jadi penolong ketua kelas." kataku dengan nada bangga.
"Eleh. homework matematik pon tiru aku. Ooh ya bila kita nak pergi office makcik hot?" tanya lia kepadaku.
"Urmm sabtu ni lah." kataku memberi idea.
"okay, Deal." kataku kepada lia. Kini senyuman dia bersinar-sinar. Silau pulak.
___________________________________________
Author pov..
Akhirnya hari yang ditunggu oleh lia sudah tiba. Aina sampai di rumah makciknya pada pukul 10 pagi. dia masuk ke dalam rumah manusia pertama dia nampak ialah lia.
YOU ARE READING
Mrs. Arrogant (GXG) ✔️
Romance"Oii kau nak buat ape Tu ha?! Lepaskan dia" - Lia "Aku Ingat orang pandai karate ni pandai nak lawan orang tapi lemah jugak eh" - Diana "Sorry lah makcik Aku Tu memang Arrogant skit. Tapi dia baik" - Aina. Dapatkah sorang Yang sombong Dan hati din...