Nayraish | 49

40.2K 2.5K 408
                                    

PADA malam itu, mereka pergi ke Genting Skytropolis Indoor Theme Park. Sungguh cantik tempat itu. Dari awal masuk ke dalam taman tema itu, Aish merakam setiap moment mereka bersama.

"Rajin pula awak record video hari ni," tegur Nayra dalam perjalanan mereka menuju ke tempat permainan.

"Mestilah. Kita kena record our sweet moments. Nanti, kalau rindu boleh tengok ja," jelas Aish dengan mata masih fokus di skrin telefon pintarnya.

"Hantar dekat saya juga tau."

"Okay, My Pretty Princess." kata Aish dengan senyuman manisnya.

"Eleh mengada betul." Nayra tergelak kecil.

"Kenapa princess?" Aish merangkul pinggang isterinya itu dari sisi. Dia tidak ingin berjauhan walaupun sesaat.

"Jangan mengada prince," kata Nayra namun dibiarkannya saja pinggangnya itu di rangkul.

"Cantiklah pula."

"Apa yang cantik?" Nayra menoleh ke sisi untuk memandang wajah Aish.

"I'm Prince Ice and you are Princess Candy." ujar Aish dengan sengihan.

"Amboi hahaha."

"Ataupun Prince Habibi and Princess Hababun." ucap Aish selamba.

"Eee! Cubalah elok sikit bagi nama tu." Nayra ingin menampar bahunya namun Aish lebih pantas menangkap tangan isterinya itu.

"Cute apa?" Aish turut mengucup belakang telapak tangan Nayra.

"Cute pala hotak kau!" agak geram Nayra dibuatnya.

"Amboi, babun I marah lah," usik Aish sambil mencubit lembut pipi isterinya itu.

"Ee tak nak kawan!" Nayra memalingkan wajahnya ke tempat lain.

"Yelah sayang, gurau jelah."

"Malas layan." Nayra segera melarikan diri menjauhi Aish. Aish tersenyum lebar lalu dia mengejar langkah isterinya itu.

Nayra menghentikan langkahnya di depan permainan paling cantik di Skytropolis iaitu Royal Carousel. Royal Carousel mempunyai karusel dua tingkat yang dihiasi dengan kuda-kuda dan kereta-kereta yang indah.

"Macam best je," gumam Nayra namun cukup didengari oleh Aish.

"Nak naik ke?" soalnya.

"Boleh ke? Saya bukannya budak-budak."

"Boleh je sebab badan kau kan kecil."

"Okay jom!" Nayra segera menarik lengan Aish lalu dia menunggu giliran untuk naik.

"Kau naik seorang jelah." Agak malu pula Aish ingin bermain permainan itu.

"Tak bestlah takda kawan. Jomlah please?" rengek Nayra sambil membuat muka comelnya.

"Aku beratlah."

"Takpa, tak patah pun kuda tu. Kalau patah, ganti jelah." Selamba Nayra memberi balasan. Yang penting dia dapat main.

"Amboi banyak cantik muka kau."

"Jom!" Nayra merangkul lengan Aish lalu membawanya naik ke kuda masing-masing.

"Waa bestnya. I like I like!" Melihat Nayra bersorak riang, Aish yang duduk di kuda belakangnya itu tersenyum sambil merakam aksi comel isterinya itu.

Setelah puas bermain, mereka pun turun dari karusel itu. Aish masih merakam isterinya itu tanpa henti.

"Apa perasaan sayang lepas main benda tu?" soal Aish sambil mengajukan kamera di depan Nayra.

"Best sangat!I like I like hehehe!" Nayra bertepuk dengan girangnya.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now