Ketika Jisoo berjalan menuju ke kelasnya, semua mata memerhatikannya dengan terpegun. Manakan tidak, Jisoo pelajar yang sangat popular, cantik dan tidak dapat ditandingi dari segi apa pun dengan pelajar pelajar lain.
Hari ini merupakan hari pertama pembukaan sekolah selepas dua minggu cuti pertengahan tahun. Sekolah berjalan seperti hari hari biasa. Seisi pembelajaran waktu pagi, semua pelajar diarahkan bergotong royong membersihkan kelas masing masing yang lama ditinggalkan. Laluan koridor agak bising dengan gelak tawa pelajar, bunyi meja dan kerusi diseret, pelajar pelajar berkejaran dan lain lain.
Dan kerana Jisoo pelajar yang 'istimewa', dia hanya berlegar legar tanpa membuat kerja. Queen selalu dilayan dengan penuh istimewa. Jisoo masuk ke dalam kelasnya. Dua orang kawannya lagi, iaitu Rose dan Jennie sedang berbual di meja mereka di kala pelajar pelajar lain sedang sibuk membersihkan kelas.
"Hi girls!"laung Jisoo. Dia meluru ke arah mereka berdua. Kebetulan dia terseret sisa sisa sampah yang dikumpulkan oleh seorang pelajar perempuan yang sedang menyapu lantai. Terus hilang mood Jisoo sebab kasutnya yang berjenama itu sudah kotor.
"Bitchhh! Kau tengok ni my shoes dah kotorrr!"marahnya pada pelajar tersebut.
"Miann miannn!"pelajar tersebut tunduk meminta maaf.
Jisoo tarik nafasnya dalam dalam. Hembusss! Cuba untuk bertenang. Dia tak nak darahnya mendidih seawal pagi ini. "Dasar budak miskin!"sengaja dia pijak balik kasut pelajar itu supaya turut sama kotor.
"Annyeong Sooya!"sapa Rose dengan panggilan manja Jisoo. Jisoo tarik sebuah kerusi dan duduk di sebelah Jennie.
"Asal ni babe pagi pagi dah melenting?"soal Jennie yang mengemam lolipop. Jisoo mendengus, sambil menyilangkan tangan ke tubuh.
"Budak miskin tu lah. Dia kotorkan kasut aku. Shiballll!"
Jennie menepuk bahu Jisoo. "Hahhaha rileks ok! Kejap lagi aku ngan Rose pergi belasah budak tu cukup cukup!"
Jisoo pandang ke meja Lisa di sebelah Rose yang masih kosong. Lisa adalah ketua bagi kumpulan mereka. "Lisa tak datang lagi ke?"soalnya. Jennie dan Rose sama sama menggeleng.
"Sambung bercuti lagi la tu kot?"kata Rose.
"Anyway you tahu tak dia pergi holiday kat mana? Dia senyap je, langsung tak chat atau call kita since dua minggu cuti,"
Jennie yang usai menampal bedak pada pipinya, turut mencelah. "Taehyung pon asyik call I tanya mana Lisa pergi. Before cuti kan Lisa gaduh ngan Tae sebab Tae kantoi gay. Eeeuuwww jijik, kalau I jadi Lisa pon I akan buang je lelaki sampah macam tu. Couple dengan yeoja, tapi main ngan lelaki lain. Lubang jubur lelaki lebih sedap agaknya,"Jennie buat mimik muka jijik. Loya tekaknya bila mengingatkan kembali dia sama sama ikut Lisa pergi cekup aktiviti maksiat Taehyung di sebuah hotel. Taehyung ditangkap beromen dengan lelaki tua yang dijadikannya sebagai 'sugardaddy'. Tu yang duit Taehyung tak pernah habis beli barang barang mewah untuk Lisa.
"Kan babe! Mybe dia balik rumah family dia di Thailand, tenangkan diri gitueww. I pun tak pergi ke rumah dia sebab busy spent time dengan my parent!"tambah Rose.
"Ahh lantak la Lisa tu! Pandai la dia cari kita nanti. Babe, you ada rokok tak? I nak smoke la,"minta Jisoo, menunjukkan isyarat dua jari ke mulut.
"I tak bawak rokok hari ni. First day buka sekolah kan, takut cikgu disiplin buat spotcheck,"balas Jennie.
"Try you gi tengok dalam loker Lisa. Dia selalunya ada simpan rokok dalam tu. Kunci loker dia pun ada dengan I ni, dia suruh I pegang,"Rose bagi kunci loker Lisa pada Jisoo. Jisoo bangun, berjalan ke bahagian belakang kelas. Dia pandang sebuah meja yang paling belakang di sebelah tingkap, yang jugak sudah lama kosong. Di meja tersebut, banyak contengan contengan lucah dan kata kata maki hamun.
"Babe!"Jisoo panggil Jennie dan Rose. "Look at this!"dia duduk mencangkung di atas meja tersebut sambil mengangkat jari tengah.
"Hahahaha tak baik la you ni ejek orang dah mati,"Rose gelak sakan. Jennie tangkap gambar.
"Asal meja orang dah mati masih ada kat sini. Buang jelah dalam tong sampah,"rungut Jisoo sambil menendang meja tersebut. Dia pergi ke petak loker milik Lisa yang bernombor 606. Anak kunci dicucuk ke dalam lubang kunci. Jisoo menekup hidung sebab dia terhidu bau yang sangat busuk dari luar loker Lisa.
"Minah ni simpan bangkai babi ke apa dalam loker,"pintu loker ditarik. Tekak hampir loyar nak muntah kerana bau busuk yang terlalu kuat. Jisoo tundukkan sedikit tubuhnya. Tangannya meraba ke dalam loker. Jari jarinya menyentuh sesuatu barang yang berbentuk bulat seperti bola. Jisoo bawak keluar barang itu.
"Babe, apa benda tu?"Jennie dan Rose turut pergi kepada Jisoo.
"Entah. Bulat macam bola!"
"Busuknya bauuu!"omel Rose.
"Cuba you buka plastik tu,"arah Jennie. Jisoo koyakkan karung plastik hitam yang membalut kemas objek tersebut. Beberapa helai rambut berjuraian keluar. Jisoo terkejut dan mencampakkan objek itu ke lantai. Ia bergolek sebelum berhenti di salah sebuah kaki meja. Bungkusan plastik tertanggal darinya. Dari balik rambut itu, mereka bertiga melihat bahagian lain yang merupakan hidung, mata, mulut.
Rose menjerit histeria. Jennie sampai rebah melanggar beberapa buah meja dan kerusi. Jisoo terus termuntah dengan banyak.
"TU....TU KEPALA LISAAAA!"
Ff baru. Vote and comment. Tajuk 'Bury a friend' just title sementara sbb aq belum jumpa title yg sesuai
YOU ARE READING
Silent Killer
Mystery / ThrillerBermula dengan penemuan seketul kepala milik seorang pelajar, Namsa Highschool di selubungi misteri. Beberapa orang pelajar dan suspek disoal siasat oleh pihak polis yang berhubung rapat dengan kes pembunuhan pelajar bernama Lalisa Monaban. Dalam p...