Ahrin bersiap pantas kerana tidak mahu terlambat ke sekolah seperti beberapa hari lepas.
"Ahrin!! Dah siap ke belum??? Sooyoung dah sampai ni!" laung Puan Miyun dari dapur.
"Nae!! Ahrin dah siap!" jawab Ahrin dari dalam biliknya lalu terus turun ke bawah.
"Nak makan tak Ahrin?" tanya Puan Miyun selepas melihat Ahrin turun dari biliknya
"Takpelah omma.. Omma masukkan je dalam bekas ni.. Nanti Ahrin makan dengan Sooyoung time rehat.." balas Ahrin sambil menghulurkan sebuah tupperware kepada Puan Miyun.
Puan Miyun pun memasukkan beberapa keping sandwich ke dalam bekas yang diberi Ahrin tadi.
"Ahrin tak makan ke?" tanya Encik Yoon kepada Ahrin yang sedang menunggu tupperware nya dipenuhkan dengan sandwich yang disediakan ommanya.
"Tak.. Ahrin nak cepatlah appa.. Nanti lambat masuk kelas,cikgu marah pulak." kata Ahrin.
"Ohh.. Okaylah.. Bawak basikal tu elok-elok... " kata Encik Yoon sambil menyuap sekeping sandwich ke dalam mulutnya.
"Nae~^^" jawab Ahrin.
Puan Miyun menghulurkan tupperware kepada Ahrin.
"Gomawo omma^^" Ahrin mengambil bekas itu lalu mencium ommanya..
"Okay.. Dah cepat.. Kesian Sooyoung tunggu Ahrin lama sangat" kata Puan Miyun.
"Appa~ Ahrin pergi dulu.. Sayang appa~" kata Ahrin lalu mencium pipi appanya.
Ahrin terus bergerak ke pintu rumahnya dan memakai kasut sekolah.
"Sorry lambat Soo~ Aku tunggu omma aku masukkan sandwich yang dia buat tadi dalam tupperware ni.. Time rehat nanti kita makan sama-sama tau!" kata Ahrin.
"Okay...^^" balas Sooyoung.
Ahrin mengambil basikalnya lalu menuntun basikal tersebut ke arah Sooyoung.
Baru sahaja mereka hendak menunggang basikal,Sooyoung melihat seorang budak lelaki keluar dari pagar rumah jiran Ahrin bersama sebuah basikal.
"Eh,Ahrin.. Jiran baru kau ke budak tu?" tanya Sooyoung.
"Mana?" jawab Ahrin.
"Budak naik basikal tu.." kata Sooyoung.
Ahrin melihat Taeyong keluar dari kawasan rumahnya dengan menaiki basikal.
"Oh,budak tu.. Ha'ah.. Nama dia Taeyong.. Hubae kita tu.." jawab Ahrin.
"Ohh... Dia sorang je ke dekat rumah tu dengan parents dia?" tanya Sooyoung lagi.
"Takdelah.. Dia ada abang.. Sebaya dengan kita.. Anak orang kaya tu... Appa dia bukak kafe kat Jepun."
"Ohh.. Agaknya abang dia mesti lagi hensem .. Adik dia pun dah hensem macam ni"
"Banyaklah kau.. L tu kau nak campak mana? Dalam Han River?"
"Hehe~ Aku cakap je... L tetap di hati aku tau~"
"Iyelah Soo~ Dahlah,jom cepat."
"Abang dia aku tak nampak pun..."
"Lantaklah abang dia tu.. Dah pergi sekolah kot.. Yang kau nak sibuk ni apasal?"
"Nak tengok muka abang dia lah.."
"Sampai sekolah nanti kita nampaklah abang dia tu..Eii~ Dahlah,jom cepat!"
Ahrin terus menunggang basikalnya diikuti oleh Sooyoung.
----- Sampai di sekolah -----
Ahrin dan Sooyoung turun dari basikal mereka lalu masuk ke kawasan sekolah.

YOU ARE READING
Flower Boy Next Door
FanfictionAhrin tidak menyangka bahawa dia akan jatuh cinta dengan pelajar lelaki selain lelaki yang diminatinya dalam diam. Dia mulanya hanya menyukai seorang lelaki yang popular di sekolahnya,boleh dikatakan Ahrin bersama Sooyoung,sahabat baiknya selalu cur...