Sampai di market....
"Afra nak pergi cari bahan-bahan untuk buat ayam korea. Abang Afiq pergi tengok ayam, boleh."kata Afra.
"Ok."jawap Afiq.
"Mir kau teman Afra tolong dia cari bahan-bahan sekali boleh."kata Afiq.
"Kau tengah bagi arahan kat aku ke sekarang ni "kata Amir.
"Hehe....habis tu kau nak biar Afra pergi seorang nanti jadi apa-apa macam mana."kata Afiq.
Amir berjalan mengikut Afra. Afiq hanya melihat Amar. Dia tersenyum dia tahu kalau benda tu berkenaan dengan Afra Amir akan buat.
"Biar abang tolak troli Afra ambik bahan-bahan yang diperlukan untuk masak nanti."kata Amir. Afra menganggukan kepala.
"Abang Amir boleh makan makanan pedas tak?"tanya Afra.
"Abang tak memilih kalau bab makanan. Asal abang boleh makan abang makan."kata Amir. Afra meng'o'kan sahaja.
"Okey semua bahan dah ada. Jom pergi bayar . Thanks abang Afiq dan abang Amir tolong Afra cari bahan."kata Afra.
"Sama-sama."kata Amir dan Afiq serentak.
Afra mengeluarkan duit untuk dibagi pada cashier. Belum sempat Afra mengeluarkan duit dari begnya ada tangan yang membayar terlebih dahulu. Tangan itu adalah tangan Amir.
"Abang Amir kenapa abang yang bayar. Ambik duit tu balik. Biar Afra yang bayar."kata Afra.
"Tak apa bukannya banyak pun."kata Amir.
"Ok. thank you abang Amir."kata Afra .
"Welcome."
°°°
"Assalammualaikum ma pa kami dah balik."kata Afra.
"Waalaikumsalam."
"Eh! kamu bertiga balik sekali ke apa ni. Papa ingat mir dengan fiq nak balik esok pagi."kata dato' Amirul.
"Papa perli kitaorang ke apa."kata Afiq.
"Eh bila masa pulak papa perli kamu. Papa ingat kamu busy dengan kerja kamu yang satu lagi tu."kata dato' Amirul.
"Tak adalah pa. Tadi kitaorang terserempak Afra dengan kawan-kawan dia kat cinema. Dah halang2 tu keluar sekali. Teman Afra shopping dan pergi market sekejap beli bahan-bahan nak masak malam ni."kata Amir panjang.
"Lah yeke. So malam ni Afra masaklah."kata dato' Amirul.
"Haah. Malam ni Afra masak."kata Afra.
"Afra nak mama tolong sekali ke?"tanya pn Aqila.
"Eh...tak apa hari ni mama rehat je...ok."kata Afra. pn Aqila senyum dan menggangukkan kepalanya.
"Ok Afra nak naik dulu bersihkan diri, tukar baju apa semua and then Afra turun masak."kata Afra.
Skip
Afra berapa di dapur menyediakan bahan2 untuk dia masak. Tiba2 ada suara garau menegurnya.
"Afra nak abang tolong ke?"tanya Amir.
"Hish...abang Amir terkejut Afra. Tak apa abang Amir tunggu je kat luar biar Afra buat sendiri. Ok abang Amir."Kata Afra.
"Tak apa abang tolong sekali."kata Amir. Dia berjalan ke singki untuk membasuh tangan.
"Yelah suka hati abang Amir lah. Abang Amir nak tolong sangatkan. Tolong bersihkan ayam dan udang ni boleh. Dengan sayur ni sekali."kata Afra.
"Ok. abang buat."kata Amir.
Skip
"Mama papa abang Afiq jom makan. Afra dah siap masak. Eh abang Aisy kak Aireen bila sampai."kata Afra.
"Abang baru je sampai."kata Aisy. Afra meng'o'kan saja.
"Eh jom lah makan. Abang Aisy dengan kak Aireen dah makan ke belum, Alif dah makan?"tanya Afra.
"Belum lagi."kata abang Aisy.
"Kalau macam tu jom sekali makan."kata Afra.
"Abang Amir kamu mana Afra?"tanya dato' Amirul.
"Ada kat dapur. Abang Amir tolong Afra masak tadi."kata Afra.
"Lah abang ingat dia kat bilik sebab waktu abang turun tak nampak pulak dia kat ruang tamu rupa2nya tolong Afra kat dapur."kata Afiq.
"Afra dah cakap dah pergi duduk kat ruang tamu biar Afra buat sendiri tapi abang Amir nak tolong juga. So Afra tak boleh buat apa-apa bagilah abang Amir tolong kat dapur. Baru Afra tahu yang abang Amir boleh masak."kata Afra.
"Amir memang pandai masak. Belajar dari mama, arwah isteri papa. Dulu selalu juga Amir masak. Tapi sekarang jarang sebab kerjakan."kata dato' Amirul.
"Oh....betuahlah siapa jadi isteri abang Amir nanti."kata Afra.
"Kenapa pulak."kata Amir.
"Ye lah abang Amir kan handsome, bijak. Apa lagi??.....hah bak kata kawan Afra tiga orang tu sir Amir ni hot and cool senang kata full pakej gitu. Lepas tu pandai masak pulak tu. Wow. Suami idaman tu limited edition lah katakan."kata Afra panjang.
"Mengarut je Afra ni. Suami idaman...limited edition. Jangan nak mengarut ye cik Afra. Makan tak payah nak mengarut malam2 ni."kata Amir.
"Hehe. Betul apa Afra cakap."kata Afra.
"Shut up your mouth and eat Afra Aliya."kata Amir.
"Biarlah mulut Afra...😝."kata Afra.
"Eheh budak ni"kata Amir.
Yang lain melihat tergelak kecil. Dato' Amirul pulak tersenyum. Lama dia tidak melihat anak tunggalnya seperti itu.
YOU ARE READING
MRS.AMIR ASYRAF
Romance~Amir Asyraf bin Dato' Amirul Afif~ Anak tunggal dato' Amirul dgn isterinya. Mendengar berita tentang kematian ibunya memyebabkan dia kemurungan dan mengurung diri di dalam biliknya.Dengan pujukan ayahnya,akhirnya Amir menerima dan meredhoi pemergia...