MMG

86 14 2
                                    

"Sayang!! Cepatlah!!" Jerit Aira dari kereta.

Geram tau tak! Dah nak gerak tadi, boleh pula suami dia tu masuk rumah balik hanya untuk ambil jam tangan.

Tak ke sakit hati? Jam je pon. Kaya kan. Beli je lah.

Youngchul ditempat duduk belakang hanya tergelak melihat bapanya kena marah dengan ibunya itu.

Boleh nampak yang Felix terburu-buru keluar dari rumah.

"Felix cepatlah! Jerit Aira.

"Ya sayang! Jangan jerit-jerit. Terkejut baby dalam perut tu nanti" Kata Felix.

Masuk sahaja dalam kereta, dia tersenyum melihat Youngchul yang tergelak sambil tutup mulut.

"Youngchul ketawakan appa eh?" Kata Felix sambil cuba buat muka menakutkan.

Dengan pantas Felix membawa Youngchul ke hadapan lalu menggelitik perut Youngchul.

Aira hanya menggelengkan kepalanya melihat perangai dua ekor eh dua orang tu.

Hilang marah dia tadi. Takpe lh. Lambat pon takpe. Momen yang indah tak boleh dilewatkan eh-

"Appa" Panggil Youngchul setelah penat ketawa.

"Iya sayang kenapa?" Soal Felix. Comel betul anaknya sorang ni.

Maklum lah. Lama tak luang masa sama-sama. Asyik hantar pergi rumah menek dia je kan.

"Chul-ie nak aiskrim.. boleh?" Pinta Youngchul.

Aira tersenyum lalu mengelus lembut kepala Youngchul.

"Boleh sayang. Kita beli aiskrim lepastu kita pergi pantai" Kata Felix teruja.

"Yeayy!!" Jerit Youngchul girang.

Hampir melompat tapi teringat dia masih dalam kereta.

"Hah dah jom gerak. Kalau sempat nanti kita boleh tengok sunset" Kata Aira.

Walaupon diorang pergi pagi, tapi ye lah. Nak pergi jauh kan. Kang sampai sana malam. Nak naik feri lagi.

(A/n ada bagitau tak diorang nak pergi mana? Hmm lantak lah. Anggap je lah diorang nak pergi Jeju)

Perjalanan ke Jeju tak setenang yang di sangkakan. Banyak sungguh cabaran yang perlu di hadapi oleh Felix.

Dengan Aira yang tiba-tiba mengidam macam-macam. Youngchul yang tak habis-habis asyik nak pergi tandas. Habis sepanjang perjalanan tu dihabiskan untuk berhenti dekat rnr.

Tapi beria marah orang sebab lambat. Last-last diorang yang melambatkan perjalanan untuk sampai ke destinasi.

Percaya lah, nanti kalau terlepas sunset, Felix juga yang kena bebel nanti.













"Awak tengok lah tu. Kita dah terlepas sunset! Baru je ingat nak tengok sunset atas kapal ni!"

Aku dah kata dah.

Felix hanya mampu pasrah. Dia memang dah dapat agak perkara macam ni akan berlaku.

'sabar lix. ni semua cuma pembawakan budak. sebagai bapa yang baik, kau kena sabar'  Bisik hati kecil Felix.

Apa lah nasib.

Untung dalam perut Aira tu ada anak dia. Kalau tak, mesti dia dah berdebat dengan Aira dekat atas kapal tu.

Youngchul? Si kecik tu sudah tidur dekat bilik yang tersedia dalam kapal itu. Untung nya jadi orang kaya.

"Sayang! Dengar tak apa yang saya cakap?" Marah Aira apabila leterannya yang panjang lebar itu langsung tidak dipedulikan oleh sang suami.

"Iya sayang. Saya dengar. Dah dah lah tu bebel nya. Daripada awak membebel, apa kata awak peluk saya sini" Arah Felix.

Aira memasang wajah cemberut. Tapi kakinya tetap melangkah ke Felix dan tangannya terus melingkar ke lengan Felix. Kepalanya dilentokkan ke atas bahu Felix.

Felix tersenyum dengan kelakuan manja sang isteri. Tangan Felix perlahan naik ke kepala Aira dan diusap dengan lembut.

"I love you sayang" ucap Felix perlahan dengan suara beratnya itu.

Cair Aira dibuatnya. Berterabur iman dia berenang masuk dalam laut.

Aira tersenyum sipu. Ahh gedik lah kau.

"I love you too" Kata Aira. Lalu wajahnya disembunyikan ke dada Felix.

Felix tertawa geli melihat kelakuan Aira. Isteri siapa yang comel sangat ni?!






yow am back for today and will be gone for...who knows?

btw story ni belum habis. saje je lah nak bagitau. yang masih setia dengan book ni, alhamdulillah. yang dah delete book ni dari library diorang, innalillah lah ye.

My Mr Gay || L.Y.BWhere stories live. Discover now