PERHATIAN

6.3K 219 1
                                    

Ini adalah versi yang belum diedit

Setahun yang lalu.

"Kayla..dah siap ke belum tu. Cepatlah aku tunggu kau kat bawah ni. Bas dah nak gerak dah ni." Kedengaran suara Ayuni sedang merungut di corong telefon bimbit Kayla.

"Ya...aku tahu. Kejap lagi aku sampai. Aku tengah turun tangga ni." Balas Kayla.

Kayla berlari sepantas yang mungkin ke arah pondok bas. Kelihatan ramai pelajar sedang beratur menaiki bas universiti. Bas ini akan melalui Fakulti Art & Design.

"Alhamdulillah..sempat jugak kita naik bas." Ujar Kayla kepada Ayuni.

"Alhamdulillah...kalau tak sempat, kau kena belanja kita naik grab la jawabnya." Balas Ayuni.

"Sorry la..aku bangun lambat tadi. Semalam aku siapkan assignment Miss Ashikin tu." Kayla memberi alasan.

"Iya lah tu...kau tu memang kalau boleh hari-hari bangun lambat. Kalau tak ada aku ni, rasanya sampai petang la kau baru bangun. Orang dah balik kelas, kau baru nak pergi." Bebel Ayuni.

"Eh...helok sikit. Kau ni Ayu membebel mengalahkan mak aku tau." Kayla tersengih kerana dia sedar dirinya memang susah nak bangun pagi.

Kebiasaannya ibunya lah yang akan bangunkan dia solat subuh. Tetapi sejak tinggal di kolej, dia terpaksa berdikari.

Pagi itu, mereka ada kelas programming. Itu adalah minggu pertama mereka untuk kelas amali. Mereka menuju ke arah lab komputer di blok B. Lalu mereka menuju masuk ke dalam lab.

Kelihatan beberapa orang rakan kelas telah siap menghidupkan komputer masing-masing. Kayla mengambil tempat di sebelah Ayuni. Mereka sahabat baik sejak diploma. Tahun ini adalah tahun pertama degree mereka.

Setelah hampir 15 minit, ruangan lab komputer telah dipenuhi rakan kelasnya. Kemudian, seorang lelaki berpenampilan segak dan kemas melangkah masuk.

Semua mata memandang ke arahnya termasuklah Kayla.

Eh, ada student baru? Mesti student repeat ni. Bisik Kayla dalam hati.

"Betul ke ni kelas AD110?" Tanya lelaki tersebut.

"Betul." Jawab salah seorang rakan Kayla.

Lelaki tadi mengangguk lalu meluru ke hadapan. Dia meletakkan beg laptopnya ke atas meja lalu memperkenalkan dirinya.

"Assalamualaikum semua, saya akan mengajar kelas awak untuk subjek programming ni. Okay...saya kenalkan diri saya dulu. Nama saya Izzat Hafizi."

Laa...Lecturer rupanya. Suka hati aku je cakap dia student repeat. Kayla tak menyangka itu lecturer yang akan mengajarnya kerana nampak terlalu muda.

"Sebelum tu saya nak tanya awak semua dah masuk ke kelas tutor?" Soal Izzat.

"Dah sir.." Jawab Hana. Hana Aqila merupakan pelajar paling bijak didalam kelas. Dia juga cantik orangnya dan pandai berfesyen.

"Okay...kalau macam tu tak ada masalah lah kalau kita start buat amali." Izzat mula menaip sesuatu di komputer ribanya. Dia meminta semua pelajar membuka C++ di komputer masing-masing. Kemudian dia mula mengajar satu persatu.

Kayla juga khusyuk mendengar dan menaip setiap yang diajarkan pensyarahnya.

"Weh, Kayla. Handsome nya lecturer kita ni." Bisik Ayuni pada Kayla.

"Iya ke? Aku tengok biasa je. Tapi boleh la...nak kata handsome sangat tu tak ada la." Balas Kayla.

"Okay kelas...kemudian awak boleh tekan run dan awak boleh masukkan nilai yang awak nak dan tekan enter." Izzat meminta semua pelajar mengikut langkah yang diajarnya.

"Ada sesiapa yang ada masalah? Boleh tanya saya." Soal Izzat.

Kemudian Izzat melihat seorang pelajar perempuan mengangkat tangan. Dia berjalan ke arah tempat duduk pelajar itu.

"Sir...kenapa saya punya tak boleh run ya?" Soal Kayla.

Izzat mendekatkan wajahnya ke komputer Kayla. Pada masa yang sama tubuhnya berada dekat disamping Kayla. Kayla bergerak ke kiri untuk memberi ruang kepada pensyarahnya. Izzat memeriksa jalan kerja yang dilakukan lalu dia mencuba menekan keyboard komputer tersebut.

"Komputer ni ada problem...awak share dulu dengan kawan awak." Ujar Izzat.

Kayla hanya mengangguk.

Seusai kelas, ramai rakan-rakan kelasnya bergosip tentang pensyarah programming mereka itu.

"Bapak handsome lecturer kita..muda lagi pulak tu. Kau ada tanya tak umur dia berapa tadi?" Tanya Wani kepada Hana.

"Dia tak bagi tahu umur dia. Dia cakap dia student master tapi dalam masa yang sama dia kena mengajar student." Jawab Hana.

"Mesti umur dia dalam 26 macam tu kan." Teka Diela pula.

Sejak dari itu, Izzat mempunyai ramai peminat dalam kalangan pelajar perempuan.

Suamiku Ex-pensyarah (TERBIT)Where stories live. Discover now