Bab 44

1.4K 95 2
                                    

Asyraf tiba di office awal pagi dengan senyuman manisnya yang tidak bisa disembunyikan lagi. Dia sudah jatuh cinta lebih dalam lagi. Bila teringat wajah sang wanita yang dia puja, bertambah lebar lah senyumannya.  

"Selamat Pagi Sir." ucap seorang pelajar. Asyraf memandang pelajar itu lantas melontarkan senyuman. "pagi." Senyuman tak hilang diwajahnya saat mengucapkan itu. Asyraf yang berjalan terhenti seketika, Dia menoleh ke arah pelajar tersebut.

Dia mengeluarkan note 50 ringgit dari dalam dompetnya lantas dihulurkan kepada pelajar itu. "Nah belanja kawan-kawan." terkejut pelajar itu pada mulanya lantas berkali-kali mengucapkan terima kasih dan menunduk nunduk. Asyraf pun langsung beredar dari situ. 

Senang cerita di kala pelajar sedang beratur di hadapan bilik kuliah, bilik seminar. Semua pelajar disitu dia menegur dan mengucapkan selamat pagi. Angin baik Asyraf pada pagi itu membuatkan pelajar pun terikut angin baik itu. Masing-masing tersengih melihat Asyraf yang enjoy dengan dunia dia sendiri.

Baru sahaja dia hendak masuk ke dalam pejabatnya, seorang pelajar lelaki menegurnya. "Selamat Pagi Sir."

"Pagi."

"muka ada senyum eh sir." 

"biasalah orang bahagia." jawab Asyraf selamba sambil tangan membuka pintu bilik. 

"fuhyoo bahagia...ni sir busy tak?" Asyraf mengerutkan dahinya lantas menggelengkan kepalanya. Wajahnya jelas menunjukkan tanda tanya apahal budak ni nak tahu dia busy ke tak.

"dekan nak jumpa kalau sir takde kelas. Dekan suruh mesej pukul berapa sir free." selepas mengatakan itu, pelajar itu pun meminta diri dan langsung pergi beredar dari situ. Asyraf mengeluarkan telefonnya. 

Dia masuk ke dalam pejabatnya dan terus mesej pada dekan. "saya free sampai pukul 10." 

*****

"You ambik kasut i ke?" tanpa salam atau apa, Asyraf mula menyoal Ain di gagang telefon sebaik dia mengangkat telefon dari Asyraf. 

"Kasut you dekat i. Kalau nak, datang rumah. I bagi nanti" Ain langsung meletak telefon itu sebelum Asyraf sempat berkata apa-apa. Ain tersengih sendiri terasa puas dan seronok dapat kenakan Asyraf begitu. Dia tahu Asyraf takkan pernah marah dia jadi itu yang naik kepala tu main sorok sorok kasut orang. 

Selang 30 minit kemudian, terdengar bunyi hon dan enjin di hadapan rumah. Ain meninjau melalui tingkap biliknya di atas. Kereta Asyraf sudah di hadapan rumah. Dia langsung mengambil kasut itu, sempat dia pandang dirinya di cermin. Membetulkan rambutnya, sempat dia mengenakan minyak wangi di badannya supaya tampak lebih wangi. 

"Ain!" kedengaran suara Alya di bawah memanggilnya. Ain mempercepatkan dirinya nak bersiap cantik-cantik. 

"Ain!! Sir Asyraf dekat depan. Nak jumpa kau." jerit Alya dari bawah memanggil Ain untuk keluar dari bilik. Tak lama kemudian, Ain turun bersama kasut di tangannya. Alya terkejut pada mulanya, namun dia mulai faham akan permainan Ain. Dia memandang Ain lantas melepaskan keluhan.

"Kau ambik kasut dia ke?" teka Alya sebaik melihat barang di tangan Ain, Ain tersenyum lantas menganggukkan kepalanya. Dia ceria semacam saja nak keluar rumah. Yelah siapa je tak ceria nampak matair disitu. "Kau ni kesian dia. Dia tu dah lah muka blur blur je." simpati Alya akan nasib yang bakal menimpa Asyraf kerana Ain ni banyak tipu helah dia. Ain mengangguk kepalanya sambil senyum senget. "Buat hal lagi cakap dekat aku kasar kasar. Itu lah makan dia."

Ain terus berjalan keluar dari situ pergi berjumpa Asyraf dari dalam kereta. Alya memandang dari sudut tingkap melihat perbualan antara mereka berdua. Dia menggelengkan kepalanya sahaja.

*****

"B. I brought your shoes." tunjuk Ain gembira setelah masuk ke dalam kereta. Asyraf ingin mengambil kasut itu dari tangan Ain, Ain sengaja menjauhkan dan mengelak dari Asyraf dapat mencapainya. "erm erm no. Cakap dulu you sayang i." 

Asyraf melepaskan keluhan, dia tidak menjawab soalan Ain pun, tangannya terus nak mencapai kasut itu, Ain pula tidak mahu kalah, dia mengelakkan saja setiap tangkapan yang cuba Asyraf capai. "cakap lah dulu you sayang i..."

kata-kata Ain terhenti sebaik Asyraf mendekati wajahnya, Ain tercengang tiba-tiba. Tangannya automatic lemah dan melepaskan kasut itu. Asyraf langsung ambil kasut itu di tangan Ain dan terus mencampakkannya ke seat belakang. "jangan buat perangai macam ni lagi, this isnt funny at all." suara dingin Asyraf menyebut lantas menjauhkan mukanya pada Ain. Ain diam seketika dan berdehem untuk cover kejanggalan yang dia sedang rasa. 

"You asal marah marah ni. I ada buat salah ke?" soal Ain sudah semakin musykil dengan angin tak elok Asyraf ni. Semacam saja angin dia ni. Tak pernah-pernah dia marah Ain begini lama dan sebegini dingin dia pada Ain. 

"I takkan marah lah kalau you buat perangai matang sikit. You bukan budak budak nak buat perangai macam budak budak! Perks of dating a kid" sengaja ayat terakhir yang berunsur sinis itu diperlahankan tetapi Ain masih boleh dengar. Ain pandang Asyraf terkejut. 

"What?"

"What?" Asyraf kembali menyoal dengan muka yang tidak bersalah. 

"So you menyesal dating dengan i?"

"Entah." Asyraf pandang ke arah telefonnya cuba melarikan pandangan untuk eye-contact dengan Ain ketika itu. Angin baran Ain sudah separa hidup,  "Asyraf." Ain masih cuba untuk berkata yang baik-baik saja. "apa?" Asyraf masih tidak pandang kearahnya. Mata Asyraf masih fokus pandang telefon. 

"Asyraf!" Ain terus merampas telefon dari tangan Asyraf lantas membalingnya ke seat belakang. Asyraf terkejut dengan tingkah laku Ain yang mencampakkan telefonnya di seat belakang. "Eh you ni dah melampau tau."

"i melampau? I melampau ke you melampau." Ain sudah mula naik suara. Suaranya kuat bila menengking membuatkan Asyraf yang sedang kusut pun mulai naik angin. 

"You better masuk!" tegas suara Asyraf memarahi Ain. Dia tidak mahu pergaduhan terus tercetus disitu diketika itu. Kepala dia pun sedang kusut. Nanti macam macam benda tak diingini terjadi dan dua dua menyesal nanti sudahnya. 

"i tak nak keluar dari sini!"

"nanti i call you please." Asyraf memicit kepalanya yang mulai bercelaru dan berdenyut ketika itu. Ain yang bersifat kasar dan tak sabar menarik muka Asyraf untuk pandang dia. Eye-contact dengan dia. 

"you menyesal ke bercinta dengan i? bercinta dengan budak budak." soal Ain mata sudah berkaca empangan airmata bakal pecah bila-bila masa. "masuk Ain. I call you back later."

"No! i tak nak! Jawab dulu. You menyesal ke bercinta dengan budak budak?" jeritan kuat Ain mendesak untuk Asyraf menjawab segala pertanyaannya telah mengeruhkan lagi keadaan, Asyraf sudah tidak tertahan. Dia pun membalas. 

"Ye i menyesal bercinta dengan you. Kalau i tak ikut hati i, semua ni takkan jadi! Kalau i tak ikut kemahuan you ke sini ke sana, orang takkan tahu. Takkan kantoi dan i pun takkan kena gantung tugas. Takkan kena pindah pusat. Semua ni sebab i bercinta dengan you!!!!" tengking Asyraf membalas sekali gus meluahkan kecelaruan hati dan fikiran dia ketika itu. Ain terdiam takut mendengar tengkingan itu. Lebih dia terkejut dengan setiap isi yang keluar dari mulut Asyraf. Sungguh tak disangka ayat sebegitu rupa keluar dari lelaki yang dia puja. 

"kantoi?"

"ye kantoi!" 

Ain terdiam seperti memproses sesuatu. Selang beberapa ketika, Ain terus keluar dari kereta tanpa berkata apa-apa lagi. "Ain!!" puaslah Asyraf memanggilnya tetapi Ain langsung tidak menoleh memandangnya Asyraf. 



*to be continued....




Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita Where stories live. Discover now