2 Minggu sebelum....
Bunyi ketukan pintu mengejutkan Asyraf pada lamunannya, dia memandang ke arah pintu cuba kepastian bahawa pintu bilik dia kah yang diketuk itu.
"Masuk." lantas Asyraf mempelawa setelah dia pasti ketukan itu dari arah pintu biliknya. Asyraf melihat Yuza di muka pintu dengan senyuman.
"Eh Yuza." tegur Asyraf berdehem membetulkan seatnya tegak semula dan fokus memandang Yuza. Yuza menghulurkan beberapa keping fail kerja mereka untuk disemak oleh Asyraf. Sempat dia berkata, "nanti dah semak semua bagitahu aku lah. Aku nak proceed hantar dekat dekan." Asyraf mengangguk faham lantas matanya pun membelek fail-fail itu. Suasana sunyi seketika.
Asyraf kefikiran bahawa Yuza akan keluar setelah memberikan fail itu, ternyata Yuza masih berdiri disitu. Dia melirik mata memandang Yuza dengan muka tanda tanya sepertinya muka Yuza seperti ada sesuatu nak dibincangkan.
"Kau tahu kan peraturan kita sebagai pendidik dekat sini?" Yuza mulakan sembang. Asyraf memandang Yuza pelik pada mulanya, lantas dia tersandar seperti berminat pulak nak borak tentang isu ini. Asyraf menganggukkan kepalanya selepas beberapa minit loading akan maksud sebenar Yuza. "kalau kau tahu peraturan takpelah. Jangan jerat diri sendiri sebab terikut hawa nafsu. Kita pendidik ada tanggungjawab kita. Laksanakan tanggungjawab tu sebaiknya, jangan terlalu ikutkan perasaan." selepas memberi sepatah dua kata itu, Yuza langsung keluar dari bilik Asyraf meninggalkan Asyraf dalam keadaan tercengang. Tercengang dengan kata-kata Yuza itu tadi.
Yuza seperti sudah bau sesuatu.
*****
Yasir melihat dirinya di cermin, sedikit bengkak di pipi mungkin kesan ditampar oleh Ain. "peh sakit mat. Dia memang jiwa UFC lah." cerita Yasir kepada diri sendiri dikala dia menyapu ubat di pipinya. Tak besar pun bengkaknya, kecil je tapi sakit juga lah.
Yasir berfikir sedalam-dalamnya bagaimana Ain boleh serang dan tuduh dia sebegitu. Yasir mencekak pinggang cuba berfikir, "bila pulak aku report dekan pasal dia dating."
"ahh dia pergi mampus lah. Bukan aku yang bagitahu. Dorang yang bodoh tak reti buat kerja clean. Dah kantoi aku yang kena bantai."
Yasir keluar dari bilik air setelah selesai mandi, Saiful dan Wan memandangnya dari ruang tamu, "apahal? korang pulak nak bantai aku ke?" bentak Yasir bengang bila dipandang begitu. Saiful dan Wan terkejut saling memandang sesama sendiri.
"kau marah orang lain jangan marah kitorang. Kang kau aku campak keluar kang." seloroh Wan sedikit berangin bila Yasir tinggi suara begitu. Mereka yang suci ini disalah ertikan kasihan mereka. Selepas dimarahi Wan begitu baru lah Yasir beransur tersenyum, "sorry lah terikut perasaan pulak." pujuk Yasir mendekati Wan cuba memeluknya. Wan menepis tangan Yasir. Yasir sebenarnya dah takut tu dengan ayat Wan itu yang dia menyendeng sebelah Wan.
"Ain tu level epic dah tu kan. Dalam banyak-banyak lelaki dalam kampus ni. Dengan lecturer juga yang dia sangkut kan." Saiful mulakan teori konspirasi kes Ain. Wildan macam biasa tidak berminat untuk bercerita kisah orang lain, yang dia tahu, dia buat hal dia. Itu saja!
"cerita lain lah. Malas aku nak dengar pasal dia." Yasir membuat muka menyampah lantas baring disitu.
"tapi kan macam mana kau boleh tahu?"
"kerja tak clean. Bercinta beriya tapi nak keluar, kereta pun tak reti tukar, orang boleh tahu. Bila dah bodoh lepastu nak salahkan aku yang report dekan." Yasir betul-betul marah pada Ain ni. Perkataan bodoh yang dia niat untuk sampaikan pada Ain berkali-kali diucapkan. "tapi Ain lah yang bodoh, Sir Asyraf tak. Kang tak berkat pulak ilmu." tambah Yasir lagi. Wan dan Saiful diam seketika mendengar. "aku ni malu tau. Dah lah kes dengan Alya tak habis malu lagi, dia redah rumah kita. Dengan kita semua yang tak berbaju nya. Malu oii."
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
De TodoSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...