RUAS dahi Adel berkerut runsing. Dia terus spontan berdecit sebal. Amarah di hati yang kian bergelojak hebat itu terus dibuang jauh. Eh? Dia salah bawa kunci ke? Tabahlah, Adel... bukan selalu nak tercegat di sini, kan?
"Kenapa eh?" soal Adel perlahan. Sudah masuk kali keempat, dia cuba untuk buka kunci padlock banglo miliknya sendiri. Tapi, tetap gagal berulang kali. Masih tidak mahu beralah, anak kunci yang lain turut dicuba satu persatu. Dia syak, Yunus pasti sudah menukar padlock baru. Padahal, ini banglo miliknya. Kenapa?
Ada siapa di dalam?
Takkan Rosa pulak?
"You terlupa bawa kunci ke?" soal suara serak basah jejaka tersebut. Lelaki sasa itu malah melepaskan satu nafas panjang. Panas sangat cuaca hari ini, berapa darjah celcius ya? Tidak pula dia sempat periksa tadi. Kalau boleh, dia mahu cepat-cepat melihat kawasan banglo dan pulang ke ofis. Dia masih ada beberapa dokumen kerja yang perlu disemak.
"Gayanya, macam tu la... encik Putera."
"Encik Iskan je," perbetul Iskan acuh tidak acuh saja tanpa melihat wajah jelita Adel. Peluh bahang sudah merinik di dahi. Baju kemejanya yang agak ketat itu buat dia jadi tidak selesa, habis basah lencun. Dia akui, dia memang tidak suka buang masa. Masa itu emas. Masa itu duit. Lagi-lagi jika itu adalah masanya.
"Lepas tu, macam mana ni, cik? Any solutions?" ujar Iskan lalu tersenyum paksa kepada Adel. Dia cuba buang rasa kekok dan janggal yang masih tersisa di antara mereka. Aduh, rasa macam nak balik terus aje. Apabila anak matanya jatuh di batang hidung Adel, dia terus terpaku sejenak. Oh?
Comel juga.
"Panas ke, encik?" soal Haq selaku pembantu peribadi setia Iskan, sudah lama berkhidmat dan tiada niat untuk turun jawatan. Kening Iskan terjungkit sebelah. Soalan apa ni? Yang dia berpeluh ni, air hujan ke?
"Very," balas Iskan sepatah.
"Saya bukanlah apa, Encik Iskan. Tak minta banyak cuma... boleh tak encik pandang pokok terung dekat depan sana? Sekejap je, satu saat!" suruh Adel bersama riak serba bersalahnya. Dia sudah mati dek akal memikirkan jalan lain untuk mencerobohi kawasan banglo miliknya sendiri.
Tubuh sendiri didakap oleh Iskan. Dia masih tak faham. Laju, dia terus berpaling tubuh ke arah pokok terung yang elok dan sihat di seberang jalan raya. Haq juga turut berbuat benda yang sama. Eh? Itu pokok bendi.
Kuk! Pak!
Adel baling batu bata pada padlock. Tak sampai seminit, padlock itu terus terlerai dan terjatuh ke lantai bumi. Kalau dari tadi, buat macam ni kan senang? Adel terus mendabik dadanya seronok. Walaupun terlihat seperti sedikit bodoh, solusi ini juga yang paling berkesan. Ini yang orang kata, berfikiran kritikal. We need to use our critical thinking ma!
Iskan dan Haq terkejut. Mereka serentak berpusing tubuh refleks ke arah Adel semula. Bunyi apa? Ada sinkholeke? Atau, Adel terjatuh ke dalam longkang? Iskan terus menjeling Haq pelik. Haq ni biar betul? Dari mana pulak dia kenal pemilik hartanah ni?
"Maaf. Dah boleh masuk, encik," suruh Adel.
"Oh... ha." Haq terus memeluk rapat dokumen ke dadanya lalu menolak tubuh sasa Iskan supaya membuntui juga ke dalam kawasan banglo. "Masuk la, encik. Malu-malu kucing pulak!"
"Encik dah baca kan PDF yang saya beri sebelum ni, perincian tentang banglo ni... standard banglo mewah. Ada four storey courtyard and private lift," jelas Adel panjang.
"I see," balas Iskan yang sudah hilang minat.
"Encik nak tengok-tengok dulu tak?"
"Mhm."
YOU ARE READING
TUAN ISKAN (VERSION 1)
Romance(SUDAH TERBIT) The Fallen Prince : What If It Was True Love? Green version of TUAN ISKAN FIKSI SEMATA-MATA!