Bab 12

2.1K 66 12
                                    


     Naufal terpaksa memimpin tangan Aisy selepas turun daripada kereta kerana disebabkan keadaan tunangnya yang hampir pitam. Masuk sahaja di dalam klinik, Naufal menyuruh Aisy duduk di kerusi yang terdapat di ruangan menunggu sementara dia mendaftarkan tunangnya.

      Hampir 5 minit menunggu, nama Aisy dipanggil untuk masuk ke bilik rawatan. Naufal turut mengekoro daripada belakang.

      "Apa masalah ya, adik?" Soal doktor yang memakai tanda nama Raihana itu apabila Naufal Dan Aisy mengambil tempat di kerusi.

      "Pagi tadi dia mengadu dia pening kepala. Tak lama lepastu dia cakap sakit perut and mual," terang Naufal mewakili tunangnya. Doktor Raihana mengangguk kecil. Dia menyuruh Aisy baring di katil yang terdapat di dalam bilik rawatan itu lalu menutup tirai bagi menghalang Naufal daripada melihat. Naufal pula hanya menunggu di meja Doktor Raihana.

      10 minit menunggu, Doktor Raihana membuka tirai. Naufal menegakkan tubuhnya. "How is she? She's fine right?"soal Naufal apabila doktor wanita itu mengambil tempat.

      "Encik ni abang Aisy ya? Risau benar saya tengok," Soal doktor itu sambil melemparkan senyuman. Naufal menggosok belakang tengkuknya lalu menoleh ke arah tunangnya. 'Obvious sangat ke aku risaukan dia?' soal Naufal dalam hati.

      "Tiada apa yang perlu dirisaukan. Adik encik cuma gastrik. Selepas ini, pastikan dia makan ikut waktu. Ni senarai ubat. Encik boleh ambik di kaunter." Doktor Raihana menghulurkan kertas yang tertulis nama ubat di atasnya.

     "Terima kasih, doktor," ucap Naufal. Doktor wanita itu hanya menganggukkan kepalanya tanda membalas ucapan Naufal.  Naufal dan Aisy keluar daripada bilik rawatan. Naufal mengarahkan Aisy untuk duduk di kerusi menunggu sementara dia mengambil ubat.

      Selesai sahaja urusan pengambilan ubat, Naufal membantu Aisy untuk berjalan. Takkan nak biarkan je cik tunang tu berjalan sendiri. Jangan risau masih berlapik ya. Naufal membukakan pintu kereta untuk Aisy sebelum dia meloloskan diri ke bahagian pemandu.

      "Aisy nak singgah makan dekat restoran ke nak makan dekat rumah je?" Soal Naufal sambil menghidupkan enjin kereta hondanya.

      "Balik rumah la. Nak makan masakan mama,"balas Aisy lemah. Naufal hanya menurut permintaan cik tunangnya. Aisy menyandarkan badannya di kerusi penumpang itu lalu memejamkan matanya.

      Naufal yang melihat tunangnya yang memejamkan mata, menghulurkan minyak angin kepada Aisy. "Sapu minyak ni. Lepastu tidur. Sampai rumah nanti abang kejut,"arah Naufal. Aisy pula hanya menurut. Dia tiada kekuatan untuk membalas kata-kata Naufal.

       Selang beberapa minit, Aisy sudah dibuai lena. Naufal melihat Aisy sekilas sebelum kembali memfokuskan matanya ke arah jalan raya. Bibirnya tersungging senyuman nipis melihat tunangnya yang sedang tidur. Selang 30 minit memandu, mereka tiba di rumah Aisy. Naufal memakirkan keretanya di hadapan pintu rumah Aisy.

      Puan Roslina yang sedang berkebun itu terkejut dengan kehadiran bakal menantunya itu. "Naufal, kenapa ni?" Soal Puan Roslina sambil menepuk nepuk permukaan tangannya yang terdapat tanah.

      "Aisy ni kena gastrik." Jawab Naufal ringkas. Dia membuka pintu dibahagian penumpang hadapan bagi memudahkan Aisy untuk keluar.

      "Ya Allah. Tu lah mama dah pesan suruh breakfast pagi tadi tak nak. Kan dah sakit," bebel Puan Roslina. Naufal pula membuka pintu di bahagian belakang untuk mengambil buku dan beg tunangnya.

      "Terima kasih la Naufal tolong hantar anak mama ni balik," ucap Puan Roslina sambil memapah Aisy keluar daripada kereta.

      "Sama-sama, mama," balas Naufal ringkas sambil melemparkan senyuman kepada Puan Roslina. Dia beriringan dengan Puan Roslina masuk ke rumah untuk meletakkan buku dan beg Aisy.

      "Terima kasih sebab tolong hantar Aisy. Maaf sebab susahkan abang." Serba salah sahaja nada suaranya.

      "Sama-sama. Tak perlulah Aisy fikir yang Aisy susahkan abang. Memang tanggungjawab abang pun. Aisy kan bakal isteri abang. Abang pula mengajar dekat situ. Takkan abang nak biar je tunang abang ni sakit." Balas Naufal panjang lebar. Puan Roslina sudah lama menghilang bagi menyiapkan makanan untuk Aisy.

      "Abang gerak dulu lah. Jangan lupa makan. Lepastu makan ubat. Abang tak nak Aisy sakit lagi." Pesan Naufal sebelum ingin melangkah keluar. Aisy pula hanya mengangguk mendengar pesanan Naufal. Naufal yang melihat anggukan daripada tunangnya hanya membalas dengan senyuman. Dia melangkah ke keretanya lalu meninggalkan perkarangan rumah Aisy.


Hello guys! Ade yang rindu aisy dengan naufal ke?? Sorry for my dear readers sebab dah lama tak update. Korang doakan la saya supaya ada kerajinan untuk menulis ya guys. Hope korang enjoy la chapter ni. Sorry sebab pendek. Jangan lupe vote and komen 🥰
     

     

USTAZ, I LOVE YOU !Where stories live. Discover now