Nayraish | 58

49.9K 2.5K 863
                                    

AISH menatap wajah Nayra penuh dengan pengharapan. Nayra pula masih terkejut dan terdiam mendengar luahan perasaan Aish itu. Dia berfikir sejenak sebelum bersuara.

"Tak. Saya tak nak." Seraya memberi jawaban, Nayra tolak tubuh Aish agar menjauh. Riak wajah serius ditayang.

"Nayra?" Aish tatap wajah Nayra seakan tak percaya Nayra tak mahu menerimanya. Adakah dia sudah terlambat? Tiada lagikah ruang di dalam hati Nayra?

"Maaf tapi awak terlambat. Saya dah tak ada perasaan cinta pada awak, Encik Rayhan." Tegas Nayra memberi kata putus seakan perasaan Aish sudah tiada guna.

"Tak, kau tipu. Aku tahu kau masih cintakan aku, Nayra." Kepala digelengkan. Aish raih kedua belah tangan Nayra.

"Kenapa baru sekarang? Kenapa tak waktu dulu saya mengemis cinta awak?"

"Aku..." Aish bingung untuk memberi jawaban.

"Kalau dulu, mungkin saya boleh terima. Tapi sekarang tak. Saya tak nak sakitkan hati sendiri lagi." Nayra leraikan genggaman tangan Aish. Tiada lagi tatapan cinta dalam matanya.

"Aku cintakan kau. Jadi, aku merayu... Tolong cintai aku macam dulu. Aku nak kau cinta aku semula." Aish terus merayu dengan tangan yang menggeletar. Dia tak kuat.

"Saya tak boleh balas perasaan cinta awak lagi." Sebaris ayat itu cukup buatkan Aish terhenyak. Adakah ini balasan buatnya kerana pernah membiarkan Nayra mengemis cintanya dulu?

"Kita cuba sekali lagi? Aku akan buat kau jatuh cinta pada aku semula."

"Tak akan." Nayra sudah tekad dengan keputusannya. Dia harus pergi buat selamanya.

"Aku perlukan kau, Nayra... Takkan kau nak tinggalkan aku juga? Aku tak nak kehilangan sesiapa lagi terutamanya kau. Kau nyawa terakhir aku." Bertakung air mata di kelopak mata Aish. Dia tak sanggup hidup tanpa Nayra di sisi.

"Anggap saja jodoh kita hanya sampai sini."

"Nayra..." Badan Aish melorot ke bawah. Air matanya jatuh. Dia terlalu kecewa.

"Aku..." Hanya suara esakan Aish yang terdengar. Dia rindukan Nayra yang dulu. Sungguh sakit melihat cara layanan Nayra padanya sekarang.

"Aku minta maaf..." Penyesalan menyelubungi diri Aish. Andai saja dia tak selalu menyakiti hati Nayra, mungkin mereka tak akan sehancur ini.

Nayra duduk mencangkung di depan Aish. Dia mengintai wajah Aish yang menunduk. Nampaknya lelaki itu menangis betul-betul.

"Aish..." Mendengar nama panggilan itu, Aish angkat wajahnya. Mata mereka bertembung.

"Awak cintakan saya?"

"Ya. Aku terlalu cintakan kau, Nayra."

"Jadi, awak nak saya buat apa?"

"Aku nak kau jadi isteri aku selamanya. Aku nak kau temani aku hingga kita tua bersama. Boleh tak?" pinta Aish dengan manjanya. Dibiarkan saja Nayra mengesatkan air matanya.

Tanpa menjawab pertanyaan Aish, Nayra mendirikan tubuh Aish. Kedua belah tangannya berpaut pada bahu Aish. Mata suaminya itu ditatap penuh cinta. Berbeza dengan yang tadi.

"Saya nak uji awak je tadi. Sebab tu saya tolak. Saya tak sangka awak akan nangis macam ni." Nayra cuba tahan tawa. Dia suka melihat karenah kebudak-budakan Aish. Pandai tak dia berlakon?

"Maksudnya, kau terima aku?" soal Aish dengan wajah polosnya.

"Yes. I will stay with you until my last breath, Aish."

Sekali lagi air mata Aish jatuh. Air mata kebahagiaan. Tubuh Nayra ditarik ke dalam dakapannya. Alhamdulillah.

"Me too. Aku janji aku takkan kecewakan kau lagi," bisik Aish syahdu. Dia juga bangga dengan dirinya sendiri kerana telah berjaya mengatasi rasa takutnya.

C | Love, Aish Rayhan Where stories live. Discover now