BAB 6

25.9K 235 6
                                    

Baru saja menjejakkan kaki di rumah itu sudah semestinya Laila berasa janggal. Mungkin kerana jarak usia Tasya tidak jauh dengan Laila membuatkan dia lebih senang berbual berdua. Ke mana sahaja Tasya pergi pasti Laila ikut.

Nasib baiklah Tasya melayannya dengan baik. Dengan mulut Tasya yang becok. Ada sahaja idea yang diborakkan. Tapi yang lebih senang, Tasya tak ada menyentuh bab Laila dengan Tuan Mizan. Agaknya ayahnya sudah memberi amaran agar tidak bertanyakan soalan-soalan pelik.

Bagaimana pula dengan Tuan Mizan? Entah. Laila langsung tidak ambil pusing. Seharian dia di rumah itu, tidak ada pulak Tuan Mizan memanggil atau mencarinya. Lagaknya seperti Laila ni adalah kawan Tasya, bukannya isteri baru Tuan Mizan.

Biarlah. Laila lebih senang begitu. Kadang-kadang dia tertanya-tanya juga kenapa Tuan Mizan ingin menikah dengannya? Adakah sekadar menjadi peneman dan orang gaji di rumah ini? Kalau setakat melakukan kerja-kerja rumah, itu kacang baginya kerana dia sudah biasa melakukan itu semua di rumah Hajar dan Salem.

Laila menganggukkan kepalanya perlahan. Patutlah Tiara tidak boleh berkahwin awal kerana Tiara tidak biasa melakukan kerja-kerja rumah ni. Sejak kecil lagi dia sudah diajar mengemas rumah dan memasak, manakala Tiara hanya focus belajar. Ya, Tiara adalah anak harapan Hajar dan Salem. Sedangkan dia hanya menjadi pembantu di rumah itu.

Laila menyambung membasuh pinggan mangkuk di dalam sinki. Mereka semua baru sahaja selesai makan malam. Sama seperti tengah hari tadi, makanan yang dihisangkan benar-benar menambat selera. Shida memang pandai memasak. Semua masakannya sedap.

Masa makan malam pun Laila hanya dapat membantu sikit-sikit sahaja. Sebab itu dia berkeras mahu membasuh pinggan.

"Kenapa duduk di dapur ni sorang-sorang?" Tiba-tiba suara Tuan Mizan menegur Laila.

Laila yang sedang membasuh pinggan tersentak. Tersentak mendengar suara Tuan Mizan. Yelah, seharian dia di rumah itu, Tuan Mizan tidak ada bercakap dengannya sangat. "Err...."

"Hmm?" Tuan Mizan mengangkat keningnya sebelah seraya mendekati Laila.

"Basuh pinggan." Jawab Laila pendek. Matanya dikerling ke arah pintu masuk dapur. Ingin melihat sekiranya ada sesiapa yang masuk di situ.

"Kenapa susah-susah? Biarlah diorang yang basuh." Ujar Tuan Mizan. Tangannya diletakkan di atas bahu Laila.

"Bukannya susah pun. Sikit je." Laila tersenyum kekok. Tak ada sesiapa ke yang nak muncul jadi penyelamatnya ketika itu.

"Ok. Tapi janganlah paksa diri tu sangat. Dah siap nanti, duduklah di depan." Ujar Tuan Mizan sambil tangannya menggosok bahu Laila lembut.

"Ya, baik." Bulu roma Laila mula meremang.

Tuan Mizan mencium kepala Laila sebelum dia berlalu dari dapur itu.

Laila melepaskan keluhan panjang. Lega bagaikan baru terlepas dari sangkar biawak besar. Dengan sengaja dia melambat-lambatkan basuh pinggan. Tapi sebaik sahaja dia selesai, satu keluhan dilepaskan lagi.

"Tak ada lagi ke pinggan mangkuk yang nak kena basuh?" Omel Laila perlahan.

Dengan langkah yang berat, Laila menapak juga ke ruang tamu. Matanya memandang semua orang yang sudah berkumpul di hadapan tv.

Di mana dia mahu duduk? Matanya mengerling sekilas ke arah Tasya yang duduk di atas carpet. Kerusi lain semuanya sudah penuh. Hanya di sebelah Tuan Mizan sahaja yang kosong. Tak boleh ke dia duduk di atas carpet saja seperti Tasya?

Nak tak nak, Laila terpaksa duduk di sebelah Tuan Mizan. Tak perlu ditanya, memang tempatnya sentiasa di sebelah Tuan Mizan. Samalah seperti di meja makan, tempatnya memang di sebelah Tuan Mizan.

SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)Where stories live. Discover now