BAB 7

24.6K 237 4
                                    

Silau cahaya matahari yang mengintai di sebalik jendela mengganggu tidur Laila. Terpisat-pisat Laila menggosok matanya. Dirinya berpusing membelakangi jendela berhajat untuk menyambung tidur semula. Tapi hanya selang beberapa saat, matanya kembali terbuka luas.

Pantas matanya memcari jam dinding. Lama ditenungnya sebelum dia bingkas bangun.

"Alamak, dah pukul 9 pagi. Gila kau Laila." Kelam kabut Laila melompat turun dari katil. Sedang dia kalut, baru dia perasan dia hanya berseorangan di dalam bilik itu.

"Matilah kau Laila." Tuala di ampaian dicapai sebelum dia berlari masuk ke dalam bilik air.

************

Dengan rasa bersalah yang menggunung di dalam hati, perlahan-lahan Laila menapak keluar dari bilik. Matanya mengintai ruang tamu, ada Faizal dan Razlan sedang berborak sambil menonton tv.

'Alahai malunya. Mana dia nak letak muka. Sudah la datang rumah orang, pastu bangun lambat pula.' Omel Laila di dalam hati.

Seperti lagak seorang pencuri, Laila meniti di hujung kaki melintas ruang tamu. Berharap dua orang lelaki itu tidak menyedari kehadirannya. Baru dia ingin masuk ke dapur, dia sudah ditegur.

"Morning, mama." Ceria suara Tasya menyapa.

Terkulat-kulat Laila tersenyum. Kepala yang tidak gatal digaru perlahan. Hajat dia ke dapur kerana ingin menyediakan sarapan.  Tapi niatnya terhenti bila melihat ada makanan sudah terhidang di atas meja.

" Mama duduklah. Shima masak mee goreng je pagi." Ujar Shima seraya tangannya mencapai pinggan di rak pinggan.

"Maaf, saya terbangun lambat." Laila menundukkan wajahnya bersalah.

"Eh, tak ada apalah, mama. Biasalah tu pengantin baru. Takkan nak suruh buat kerja rumah pulak. Bau inai pun belum hilang." Sakat Shima bersama senyuman.

Merona merah muka Laila. Mukanya tidak berani diangkat. Baru sahaja dia ingin melabuhkan punggungnya, dia terkejut dengan kemunculan Tuan Mizan di ruang dapur.

Dengan riak wajah bersahaja, Tuan Mizan menarik kerusi lalu duduk di sebelah Laila.
Shima mencedokkan mee goreng lalu diletakkan di hadapan Tuan Mizan.

"Ayah nak kopi?" Tanya Shima.

"Boleh." Jawab Tuan Mizan sepatah.

"Tak apa, biar Laila buat." Sepantas kilat Laila bangun dari kerusi.

Teraba-raba dia mencari kopi di dalam kabinet. Kalut tangannya membancuh kopi o panas buat Tuan Mizan. Rasa bersalah masih bersarang di hati. 'Mesti dia ingat aku perempuan pemalas '

Berhati-hati Laila meletakkan mug berisi kopi o di hadapan Tuan Mizan. Jangan dibiarkan tumpah nanti bertambah malu dirinya. Matanya melihat hanya dua pinggan yang berada di atas meja.

"Shida dan Tasya tak nak makan sekali?" Tanya Laila pelik.

"Eh, kami semua dah sarapan tadi. Ayah je yang belum makan. Tunggu mama makan sekali." Terang Shima.

'Alamak.' Bertambah rasa bersalah di hati Laila. Matanya mengerling sekilas ke wajah tenang Tuan Mizan.

"Tak apa, Tasya teman makan lagi sekali." Baru sahaja Tasya ingin mencedok mee goreng untuk dirinya sendiri, tiba-tiba sahaja Shima menariknya bangun.

Laila yang baru ingin tersenyum gembira, mati senyumannya.

"Jom pergi depan." Razlan yang ketika itu tiba-tiba muncul di ruang dapur, menarik telinga Tasya.

"Eh... Eh...." Terkial-kial Tasya cuba menyusun langkah.

"Jangan la kacau line." Bisik Razlan geram seraya melangkah bersama Tasya lalu hilang di sebalik dinding. Shima hanya tersenyum sambil membantu Razlan mengheret Tasya ke ruang tamu.

Terkebil-kebil mata Laila melihat adegan sebabak sebentar tadi. Kini hanya tinggal dia berdua dengan Tuan Mizan.

Tuan Mizan hanya diam menyuap makanan ke dalam mulut. Susah betul hendak diduga apa yang sedang bermain di fikiran Tuan Mizan. Sesekali Laila mencuri pandang ke arah Tuan Mizan.

'Dia marahkan aku ke?' Bisik Laila di dalam hati. Makanan yang dimakan seperti terlekat di kerongkong. Susah untuk ditelan.

"Laila minta maaf, Laila bangun lambat hari ni. Tapi Laila janji, esok Laila bangun awal buat breakfast." Laila mengangkat tangan kanannya seperti berikrar.

Suapan Tuan Mizan terhenti seketika. Wajah Laila dipandang lama sebelum dia kembali menyuap mee goreng ke dalam mulut. "Ambik je masa Laila. Kat sini tak ada paksaan."

Bersinar mata Laila mendengar balasan Tuan Mizan. Dengan senang hati dia kembali menyambung sarapannya. Di dalam hati sudah terfikir-fikir apa yang dia harus masak untuk sarapan pagi esok. Peluang yang diberikan harus digunakan sebaiknya. Esok akan dibuktikan kehandalannya memasak.

***************************

Petang itu, Faizal dan Razlan sekeluarga bersiap-siap untuk pulang ke rumah masing-masing kerana kedua-duanya akan berkerja esok hari.

Laila hanya berdiri di hadapan pintu rumah. Orang lain sudah menapak ke tengah halaman rumah bagi menghantar kedua-dua keluarga itu pulang.

Bukan nak menyombong tapi Laila kekok. Tak tahu nak beramah mesra bagaimana. Dia bukanlah orang extrovert yang pandai bergaul sana sini. Selama ini pun masanya banyak dihabiskan di rumah sahaja.

Tasya dan Tuan Mizan menunggu sehingga kedua-dua kelibat kereta itu hilang di sebalik simpang di hadapan rumah mereka.

"Semua orang dah balik. Sunyilah rumah lepas ni." Ujar Tasya seraya melangkah masuk ke dalam rumah.

Tuan Mizan juga melangkah masuk ke dalam rumah. Laila hanya menurut langkah Tasya.

Tasya menghempaskan badannya di kerusi ruang tamu. Satu keluhan dilepaskan. Matanya memandang siling rumah.

Tuan Mizan duduk di hadapan Tasya. Tangannya mencapai telefon pintar lalu digodek-godeknya.

Manakala Laila hanya duduk di sebelah Tasya diam tidak berkata apa-apa.

"Bosannya." Tiba-tiba Tasya menjerit kecil.

Tuan Mizan masih tekun memandang telefonnya.

"Ha... Apa kata kita pergi window shopping?" Mata Tasya bersinar terang dengan senyuman yang lebar.

Tuan Mizan masih begitu. Tasya langsung tidak dihiraukannya. Laila memandang kedua-dua silih berganti. Kepala yang tidak gatal, digaru.

"Jom kita keluar berdualah mama. Bonding time. Lagi pun Tasya tak pernah keluar berdua dengan mama. Esok Tasya dah kena balik kolej." Bosan dengan reaksi Tuan Mizan, Tasya berpusing mengadap Laila. Tangan Laila digenggam penuh dengan harapan.

"Er... Tasya nak pergi mana?" Tanya Laila sekadar berbahasa.

"Melaka!" Jawab Tasya teruja.

Muar dengan Melaka tidaklah jauh sangat. Tetapi untuk pergi ke sana, Laila perlu mendapatkan keizinan dari Tuan Mizan dahulu.

"Ayah, please.... Bagilah Tasya keluar dengan mama." Rayu Tasya.

Terjungkit kening Tuan Mizan. Matanya mengerling sekilas ke arah Tasya lalu beralih kepada Laila yang hanya diam. "Aku yang drive." Ujarnya seraya kembali memandang telefonnya.

"Hurey...." Tasya bersorak girang. "Okay Tasya pergi bersiap sekarang. Mama pun pakai baju cantik-cantik tau." Tambahnya lagi sebelum berlari masuk ke dalam bilik.

Laila masih terkebil-kebil di ruang tamu. Tidak percaya dengan apa yang dia baru sahaja dengar. Betulkah mereka akan keluar sekarang? Ke Melaka?

Tuan Mizan yang perasan Laila belum bergerak dari tempatnya, mengangkat muka lalu memandang wajah bingung Laila. "Kenapa tak bersiap?"

"Err... Laila bersiap sekarang." Balas Laila lalu bangun menuju ke bilik.

Tuan Mizan kembali menatap telefonnya. Rokok dicucuh lalu disedutnya. Asap putih dilepaskan.

Agak-agak apalah jadi lepas ni???

SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)Where stories live. Discover now