BAB 8

23.5K 245 7
                                    

Sepanjang berjalan di Melaka, Tasya asyik berkepit dengan Laila. Tangan Laila akan sentiasa dipautnya agar Laila mengikut langkahnya ke mana saja.

Kalau dilihat dengan mata kasar, mereka tidak kelihatan seperti ibu tiri dan anak tetapi lebih kepada dua orang kawan rapat.

Tuan Mizan hanya berjalan di belakang tanpa banyak bicara.

Ini benar-benar window shopping. Kaki Laila mula terasa penat mengikut langkah Tasya. Tetapi Tasya masih bersemangat ke sana sini. Dari satu kedai ke kedai yang lain.

Hari semakin larut malam. Kedai-kedai mula menunjukkan tanda-tanda ingin tutup. Dalam kala itu, Tasya sempat menarik tangan Laila memasuki satu butik pakaian.

Tanpa banyak bicara, Tasya terus menuju ke bahagian seluar panjang. Satu persatu dibeleknya.

Laila hanya berdiri di sebelah memerhati. Jujur seumur hidupnya, tak pernah dia pergi membeli pakaian di kedai apatah lagi ingin membeli pakaiannya sendiri. Selalunya dia akan ambil pakaian yang Tiara sudah tidak mahu lagi.

"Ayah, Tasya nak beli seluar. Belanja please." Tasya tersengih seperti kerang busuk sambil memandang ke arah Tuan Mizan yang berdiri di hadapan pintu kedai.

Tuan Mizan hanya menganggukkan kepalanya.

"Yes. Untung ada sugar daddy." Ujar Tasya bersahaja. Tangannya laju menarik beberapa helai seluar untuk dicubanya. Dengan bernyanyi perlahan, dia hilang di sebalik fitting room.

Laila tersenyum melihat gelagat Tasya. Untung Tasya dapat ayah yang baik. Atau pun mungkin Tasya anak manja kerana dia satu-satunya anak perempuan Tuan Mizan.

"Laila tak nak beli apa-apa ke?" Melihat Tasya yang sudah hilang, Tuan Mizan datang menghampiri Laila.

Laila yang sedikit tersentak, berpaling mengadap Tuan Mizan. Tidak sedar bila orang tua itu berdiri di sebelahnya. Dia tersenyum lalu menggelengkan kepalanya. 

"Laila pilih la apa yang Laila nak." Tuan Mizan mula membelek-belek pakaian yang tergantung di situ.

"Err... Laila tak pandai pilih." Ujar Laila malu-malu. "Lagi pun tak payah la susah-susah. Baju Laila dah banyak." Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan. Tidak pasal-pasal dia berbunyi seperti orang yang riak.

Tuan Mizan memandang wajah Laila seketika sebelum dia kembali membelek pakaian di situ. "Aku tak suka tengok Laila pakai seluar." Satu skirt labuh berwarna hitam ditariknya lalu diberikan kepada Laila.

Tuan Mizan berlalu ke kawasan kemeja perempuan. Sehelai kemeja petak kelabu diambilnya lalu diberikan kepada Laila. "Laila pergilah try dulu?"

Laila seakan tidak percaya melihat pakaian itu di tangannya. Teragak-agak dia ingin melangkah ke fitting room. Orang dah beria nak bagi, takkan nak tolak.

Di dalam fitting room, Laila memandang dirinya di cermin. Sesekali dia berpusing ke kiri dan ke kanan. Entah kenapa, dia jatuh hati melihat pakaian itu. Atau mungkin dia buta fesyen?

'Perlu ke aku keluar tunjuk kat dia? Ei.. tapi malulah.' Laila berfikir sendiri. Ini dah macam drama cliche.

"Mama?" Tiba-tiba terdengar suara Tasya memanggilnya dari luar.

"Ya."

"Dah pakai baju ke?" Tanya Tasya nakal seraya mengetuk pintu fitting room. "Nak tengok."

Teragak-agak Laila menguak pintu fitting room. Badannya hanya kelihatan separuh di sebalik pintu.

"Tepilah. Nak tengok." Ujar Tasya teruja lalu menolak pintu itu agar terbuka luas.

SUNTI UNTUK TUAN MIZAN (C)Where stories live. Discover now