BAB 9

103 12 2
                                    

Zureen bangun awal daripada sebelum ini, tuala mandi dicapainya dan masuk ke dalam bilik air. Dia memakai baju gamis berwarna oren, bertudung shawl kelabu dan dia suka memakai topi apabila bekerja di restoran kerana ia menampakkan dirinya seorang yang tomboy dan smart. Dia turun dengan pantas untuk bersarapan bersama keluarganya manakala abang dan kakak iparnya masih belum bangun lagi. Mereka agak penat sangat seharian berjaga.

"Assalamualaikum!.” sapa Zureen.

"Waalaikumussalam, kenapa ceria je ni?." tanya ayahnya.

"Mana ada biasa je." jawab Zureen.

"Ibu boleh rasa aura kahwin dia tu!. Kuat sangat!." sakat ibunya.

"Ibu!. Shush!. Dah Zureen tak nak dengar!." kata Zureen.

Tengku Hussain mahu pergi ke pejabat kerana banyak kerja yang belum selesai. Dia mahu berbincang hal kerja diluar serta bersarapan bersama rakannya. Dia menunggu rakannya di restoran milik En. Mustafa tetapi dia tidak tahu soal itu dan anaknya Zureen berkerja di situ buat sementara waktu. Farhan baru sahaja bangun dari tidur, dia segera bersiap-siap untuk pergi ke pejabat lalu dia turun bersarapan bersama keluarganya.

"Dah bangun Farhan?." soal mama,

"Dah ma." jawab Farhan.

"Good morning everyone!.” jerit Wawa lalu duduk berhadapan Farhan.

"Hey, adab kau mana?. Salam mana salam?." soalnya.

"Ish, abang ni!. Assalamualaikum abang ku sayang!." jawab Wawa sambil senyum terpaksa dan duduk di meja dihadapan Farhan.

"Waalaikumussalam. Ma, mana papa?." lalu menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Macam biasa lah, ada meeting dekat luar." jawab mama.

*Ting!.* satu mesej di telefon Farhan dari papa nya lalu dia membaca mesej tersebut.

"Papa nak jumpa Farhan dekat restoran sebelah kedai buku. Papa dah send location.” kata papa di dalam mesej.

"Ma, farhan pergi dulu." gesa Farhan

"Habiskan makanan ni dulu!." mama.

"Tak apa ma, papa nak jumpa dekat restoran. Nanti Farhan breakfast jelah dekat sana. Assalamualaikum." lalu menyalam mama dan adiknya.

"Waalaikumussalam, hati-hati drive tu!." pesan mama dan menyambung makan bersama Wawa.

10 minit kemudian, Farhan sudah sampai lalu mencari parking disekitar restoran yang mahu ditujui. Keretanya di letakkan di sebelah kereta milik Zureen tanpa pengetahuannya. Apabila dia duduk berhadapan dengan papa nya, Tengku Hussain sedang menikmati kopi o panas sambil menunggu Farhan.

Sorry pa.” katanya.

It' s okay.” papanya.

"Kenapa nak jumpa Farhan?."

"“Order dulu.” lalu Farhan menempah teh tarik panas kepada pekerja restoran itu.

"Ada ada pa?."

"Kenapa Farhan suruh Zureen pujuk papa, suruh tukar jawatan pulak tu?." Farhan menghembus satu keluhan.

"Pa, Farhan anak kandung papa. Kenapa papa jawatan tu dekat dia?. Farhan tanya kenapa je?. Dulu, papa yang beria nak Farhan take over company papa kan?. Now, apa ni pa?."

"Papa tahu, dan papa ingat semua tu. Kamu jangan risau, papa kenal dia. Papa tahu apa yang papa buat."

Perbincangan mereka terhenti disaat, pekerja restoran itu datang untuk menghidangkan minuman kepada mereka.

Enjoy your meal!.” kata pekerja itu dengan ceria.

Suara pekerja itu, cukup dikenalinya, Farhan memandang ke arah pekerja tersebut lalu pekerja itu pun memandang Farhan.

"Awak?!." serentak mereka berdua.

"Zureen kerja dekat sini?." soal papa.

"Ye uncle. Tapi sementara je uncle. Selepas kitaorang kahwin, Zureen berhenti lah kerja sini." perkataan kitaorang sengaja ditekankan.

"Uncle lupa nak bagitahu, hari ni pun Zureen boleh start kerja."

"Tak apa uncle, tak nak pun kerja sekarang. Daripada Zureen tak ada buat apa, baik tolong ayah dekat restoran ni."

"Ikut Zureen lah, yang penting Zureen tetap jadi C.E.O company uncle." jelas papa.

"Pa!." tegas Farhan.

"Jangan lambat masuk office.” kata Tengku Hussain lalu pergi.

"Kau mengadu apa dekat papa?." soal Farhan.

"kerja saya banyak tau dekat belakang!." jawab Zureen dengan jeling.

"Tak payah nak berpura-pura lah!."

"Maybe papa awak pasang spy ke?. Mana tahu?."

"Kau ke spy papa?." kepala Farhan diketuk menggunakan dulang yang dipegang oleh Zureen.

"Awak ni kenapa?. Tak faham bahasa ke, I don't report anything!!.”

"Aduh, sakitlah!." sambil mengusap-usap kepalanya yang agak sakit.

"Padan muka!. Tuduh orang lagi kan!. Kan dah mendapat!."

"Tak baik lah, ketuk kepala orang!. Ni bakal suami awak tau!."

"Ouh, really?. Bakal je kan, belum sah lagi!."

"Kenapa tak angkat call?. Kau pergi mana?."

"Sengaja silent kan phone. So, I'm busy right now!. Nampak pintu lagi kan, tolong keuar ye.geram Zura lalu pergi.

"Sakitlah sayang!." senyum lebar Farhan.

Pada waktu makan tengahari, Tengku Hussain mahu makan di restoran En. Mustafa lalu dia mengajak anaknya manakala Farhan terpaksa mengikuti kehendak papanya.





Renungan RinduWhere stories live. Discover now