Bab 33

82 8 2
                                    

Gila mana sekalipun apa yang dia lihat sekarang, dia tak boleh buat apa. Dia tak boleh hentikan pernikahan ini. Dia itu siapa, kenapa dia perlu bertindak demikian.

Maka dia lihat sajalah raja sehari bersanding dihadapan matanya malam ini.

Ikutkan niat, dia tak mahu datang ke majlis itu mahu duduk di rumah sahaja. Ini pertama kali dalam hidupnya melihat majlis pernikahan begini. Seorang manusia dan wanita bunian, sungguh melawan hukum alam.

Tapi Puspa pernah kata, mereka bukan bunian. Mereka Wangsa Ghaib ya.... tapi mereka tetap bukan manusia!

Dia kemari juga kerana di ajak Puspa, kata Puspa jika Mustika terkejut mereka lagi terkejut dengan pernikahan ini. Mereka tak boleh buat apa.

Mustika mengambil tempat jauh dari penduduk yang lain. Jika penduduk yang lain sedang menjamu selera, dia hanya duduk temenung dan melihat wajah gembira raja sehari yang memakai baju anggun itu.

Entahlah dia rasa pelik, beginikah jika dia jatuh cinta pada salah seorang penduduk disini. Sesungguhnya perkara ini tidak patut berlaku. Tapi sudah kuasa tuhan, dia yang menentukan semua yang akan terjadi. Kita ini hanya watak-watak yang Allah ciptakan untuk melengkap lagi jalan ceritanya.

“Mereka itu...sangat sepadan bukan?” sapa Adi yang baru tiba. Mustika memandang wajah Adi yang sedang menatap pasangan kekasih yang berada di pelamin.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku,” Adi memandang Mustika apabila gadis itu berkata demikian. Adi mengangkat kening. “Kenapa pula?”

“Seorang manusia bernikah dengan makhluk halus?” balas Mustika sambil tersenyum sinis. Tidak tahu kenapa dia berkata demikian, tapi itu yang hatinya ingin luahkan. Adi terkedu dengan jawapan itu, dalam diam dia menggenggam penumbuk menahan rasa.

“Mereka  juga mempunyai rasa...” kata Adi dengan perlahan menahan suaranya melantun tinggi.

“Tapi bukan dengan ini caranya. Bukan dengan manusia!” suara Mustika naik seoktaf. Nasibnya baik hanya Adi sahaja yang mendengar suaranya.

Adi hanya diam mendengar ucapan Mustika. Dia masih menahan sesak didanya, dia tidak suka bila Mustika berkata demikian. Dia terasa ada yang tak kena. Mata mereka bertatapan lama.

Tiba-tiba Mustika ketawa halus air matanya bertakung sedikit demi sedikit. “Tuanku juga bukan manusia kan?” tanya Mustika walaupun dia tahu jawapannya. Adi diam tidak membalas dan matanya masih pada wajah Mustika yang sudah memerah.

Mustika hanya tersenyum pahit dan terus bangun untuk pergi dari situ. Pantas Adi menghalang Mustika untuk pergi. “Kau mahu kemana?”

“Kita mahu pulang, majlis ini bukan untuk kita hadiri,” tanpa menunggu lama pantas sahaja Mustika meninggalkan Adi keseorangan. Adi menarik nafas dalam dan menghantar pandangan kosong pada Mustika yang sedang berlalu pergi.

                                                “Kau gila Mustika! Kau sepatunya tak boleh jatuh cinta pada dia!” marah Mustika pada dirinya sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


                                               
“Kau gila Mustika! Kau sepatunya tak boleh jatuh cinta pada dia!” marah Mustika pada dirinya sendiri. Dia sedar dia sudah terlanjur. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Lama-lama air mata Mustika berjujuran.

Tak layakkah dia menerima bahagia? Kenapa dia perlu jatuh cinta pada orang yang salah? Teresak-esak dia menahan tanggisannya malam ini.

Ruang rumah itu bergema dengan tanggisan gadis itu. Otaknya perlahan-lahan memutarkan memori dia bersama Adi.

Ya, Adi lelaki itu. Lelaki yang sudah memikat hatinya. Adakah dia sudah gila juga? Adakah dia sudah hilang kawalan juga seperti manusia-manusia yang pernah masuk ke alam ini. Dia beristighfar, jika benar dia meminta Allah menjaga hatinya.

Dia tak mahu perkara ini berlaku, tapi apakan daya. Hatinya sudah berpaut.

Ya Allah, susahnya jatuh cinta Ya Allah. Aku tak suka perasaan ini’ Mustika menangis. Dan tanpa dia sedar ada seseorang yang mendengar tanggisannya.

Tidak Mustika, kau tidak gila. Hati kau yang sudah benar-benar berpaut pada dia. Sekurang-kurangnya kau masih mengingati Dia. Dia yang menganugerahkan makhluk itu pada diri kau. Makhluk yang bernama cinta.

Eka Asmara ✔️Where stories live. Discover now