Puas Mustika menangis, dia terasa lemas di dalam rumahnya. Pantas dia membuka jendela untuk menghirup udara malam. Dia melihat kampung masih kosong, mungkin penduduk yang lain masih belum pulang dari majlis.
Matanya tertangkap satu susuk yang sedang baring di kerusi luar lebar rumahnya. Terkejut dia dibuatnya apabila susuk tubuh sasa itu ialah Adi.
Pantas dia menambil selendang dan keluar. Dia melihat Adi tertidur di kerusi.
“Kenapa dia tidur disini?” tanya Mustika seorang diri dan masuk ke dalam rumahnya mengambil kain selimut. Cuaca malam agak sejuk. Dia menutup badan Adi agar lelaki itu tidak terlau sejuk.
Ceritanya Adi mengikut Mustika pulang kerana kampung tiada orang, semua berada di Majlis. Jadi dia menemani Mustika dengan duduk di kerusi luar. Sempat dia mendengar tanggisan Mustika. Dia hanya diam dan membiarkan Mustika menangis.
Dalam diam, hatinya sakit. Sakit mendengar tanggisan gadis itu.
Mustika duduk bersimpul di tanah dan tanggannya diletakkan di kerusi. Matanya ralit melihat wajah Adi yang sedang tidur. Dia ketawa halus mengenangkan kebodohannya yang telah jatuh cinta pada lelaki di hadapannya.‘Bagaimanalah kita tidak jatuh cinta, melihat tuanku tidur sahaja buat kita berdebar’ Mustika termenung, matanya bertakung lagi. Tidak tahu lah kenapa malam ini terlalu sendu baginya.
“Tak mungkin kita akan bersama kan tuanku, kita di dunia yang berbeza,” kata Mustika perlahan sebelum matanya terkatup dan kepalanya dilentokkan di kerusi. Tertidur dia disitu dengan mukanya yang menghadap muka Adi.
Adi terjaga dari tidurnya, terperanjat dia apabila melihat ada satu wajah dihadapannya. Dia memerhati muka itu lama, mamai.
“Mustika?” dia melihat kain yang berada di badannya dan melihat Mustika yang sedang tidur. “Kenapa dia tidur begini?” gelabah Adi dibuatnya. Dia rasa Mustika tidak patut duduk di lantai yang berdebu ini.
“Diakah yang bagi selimut?” soal Adi sendiri, mati kutu dibuatnya. Dia mahu buat apa ketika ini. Mahu dicempung, marah pula bondanya nanti kerana menyentuh anak dara orang.
Dia mengejut Mustika untuk bangun. Mustika mencelikkan matanya dan menggosok mata.
“Mustika bangun, masuk tidur di dalam,” arah Adi. Mustika hanya mengangguk mengerti tanpa apa-apa kata. Dia mamai baru bangun tidur dan mahu menyambung tidur.
Adi perasan selimut di tangannya. Pantas dia buka pintu rumah Mustika luas-luas dan masuk ke dalam untuk menyelimuti Mustika yang sudah terbaring di katilnya. Mustika perasan akan kelakuan Adi yang menyelimutinya. Tapi dia hanya diam, dan tidur. Matanya terlalu kuyu untuk memberi tindak balas yang sepatutnya.
Selesai menyelimuti Mustika Adi keluar dengan perlahan dan berhati-hati. Ini kalau ternampak dek penduduk lain mahu muncul berita angin mengenainya. Dia menutup pintu rumah Mustika dan menoleh.
Terhenti pergerakan dia apabila melihat ada wanita yang memandangnya kelakuannya.
Dia memerhati lama wanita yang terenyum manis padanya.“Anggun?”
YOU ARE READING
Eka Asmara ✔️
RomanceBermula kisahnya dimana seorang gadis, Mustika Delima tersesat masuk ke kawasan terlarang sewaktu mencari adiknya. Disangkakan sudah berhati-hati tapi sayangnya nasib tak menyebelahinya apabila dirinya benar-benar berada di alam lain. Adi Rajuna s...