"Aku... takkan tinggalkan agama aku."
Adelisa nekad. Dia takkan sesekali mengorbankan agamanya demi kebebasannya. Dia takkan tunduk di hadapan lelaki durjana ini demi secebis kebebasan. Dia tak boleh letakkan rakyatnya dalam bahaya hanya kerana dia ingin keluar dari sini.
Semua itu tidak akan terjadi. Rakyat-rakyatnya takkan jatuh di tangan Raja Mario selagi dia masih hidup!
"Degil." Raja Mario menolak dinding pipi dengan lidahnya. Menunjukkan dia sudah mula jengkel dengan Adelisa yang sentiasa menolak permintaannya.
"Atas sebab apa kau masih berpegang pada agama kau sedangkan kau dah hampir mati?" Raja Mario menyoal perlahan seakan berbisik.
Dia langsung tidak faham kenapa Adelisa terlampau berpegang kepada Islam sedangkan nyawanya sudah berada di hujung tanduk.
Adelisa melihat ke dalam anak mata Raja Mario.
"Aku bersaksi... bahwa tidak ada Tuhan... melainkan Allah. Dan aku bersaksi... bahwa Nabi Muhammad... adalah pesuruh Allah."
"Aku mengangkat kalimah ini setiap hari. Aku hidup di muka bumi ini bukan atas kehendak kau, Mario. Dan aku takkan sesekali mati... melainkan Allah yang menentukan ajal aku sudah tiba."
Entah apa yang menghiburkan tetapi Raja Mario melepaskan tawanya. Dan semakin lama tawanya semakin menjadi-jadi sehingga pengawal istana yang ada di situ turut melihat ke arah satu sama lain.
"Bullshit!" Raja Mario meludah ke muka Adelisa. Nak saja dia kerat gadis itu sehingga mati!
"Bawa dia kepada Paderi Stewart!" arahnya dengan lantang. Suaranya bergema menyebabkan Adelisa hampir pengsan mendengar arahan itu. Lelaki ini memang gila!
"Mario." Adelisa memanggil bersama getaran dalam nadanya. Raja Mario yang mendengar terus membeku.
"Jangan cabar aku."
"Am I testing you, darling?" Raja Mario mendekati Adelisa sebelum mencengkam pipi Adelisa yang terkoyak itu. Kulit yang sudah bersatu dan bernanah itu dirobek kasar sehingga cecair merah pekat memercik ke tanah.
"Don't tell me what to do, Adelisa. Kau tak layak!"
PANG!
Adelisa mengetap bibir. Pipinya, kepalanya, semuanya terasa sakit! Dia tidak tahu apa lagi yang mampu untuk dia lakukan. Macam mana lagi dia hendak jatuhkan lelaki kejam ini?
Ya Allah, kurniakan aku kekuatan.
"Wait wait wait, I know..." Raja Mario memetik jari. Idea gila apa pula yang lelaki itu dapat kali ini?
"I don't have to do this to you."
Adelisa dan beberapa orang yang mendengar bingung seketika. Sewel ke dia ni? Tadi cakap lain, sekarang cakap lain.
"Maybe I should to this to your people." Raja Mario beriak teruja.
Apabila dia menoleh kembali pada Adelisa, ternyata wajah sakit tadi bertukar berang. Barangkali kemarahan gadis itu sudah berada di puncak yang tertinggi.
Raja Mario ketawa terbahak-bahak, sungguh dia suka melihat wajah Adelisa yang kemerahan akibat amarah yang membuak.
"Arahkan tentera kita ke Hagron. We have business to be done!" Raja Mario mendepakan tangan seluas-luasnya seakan tidak lama lagi dia akan menakhluki dunia.
"Jangan cabar aku, Mario."
Keras.
Nada itu sangat keras.
YOU ARE READING
SECRET
Mistério / Suspense[COMPLETED] Start : 7 April 2022 End : 18 July 2022 Sekian lamanya Hagron L Casa tidak mengangkat sesiapa menjadi pemerintah, akhirnya Adelisa Noor mengumumkan pertabalannya sebagai permaisuri Hagron. Namun, rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati...