Ketika waktu rehat, aku masih menyimpan kertas yang Alyssa berikan dekat aku sambil berkata, "takkan lah Alyssa cakap macam ni dekat aku? Ke dia main-main? Ha ataupun dia nak sedapkan hati aku je? Ish malas aku camni".
PUP! pemadam sampai ke muka aku, rupanya dibaling oleh c samsul. "Oi kau pandang apa tu" kata samsul. "Oh takdelah.." kata aku sambil menyimpan kertas yang Alyssa bagi ke dalam poket. Ye la nanti habis c samsul ni sakat aku.
Masa cepat berlalu dan diakhir waktu persekolahan aku terserempak dengan Alyssa di kaki lima tempat yang sama aku terlanggar dia. Alyssa kata, "meh la, jalan sama-sama" sambil memandang aku.
HAH! Aku ni lelaki takkanlah aku akan terima pelawaan itu kan? HAHAHAHA. Aku kata, "Okay jom, hehe" ala crush aku kot, takkan nak tolak hehe
Pada mulanya, kami berdua seakan janggal dan bila nak memulakan perbualan, mesti bertembung kata. Pelik-pelik.
Aku memecahkan kebuntuan dengan bertanya tentang kertas yang Alyssa beri kat aku, "Alyssa, tenta-". "Oo kertas tu ke? Ha knpa" Alyssa memotong.
"Kau cakap aku comel? Mata kau ni okay ke tak?" Kata aku. Alyssa sambung, "Ha betul lah, takkan aku main-main pula. Kan fake hope tu". Aku sambung, "takkan comel je?" Saja menyakat dia. Alyssa kata dengan nada yang marah tapi lembut, "Ha ape lagi? Comel?cute?hensem? Semua lah, ish tak pandai bersyukur".
Aku sambung, "Hehe, terima kasih Alyssa yang comel lagikan cantik". Alyssa kata, "eh memang saya comel dan cantik pon". Sambil membetulkan tudung dia seakan menyelak rambut ke telinga dia. "Heh berlagak betul".
Setelah sampai kat pagar depan sekolah, alyssa memberikan aku sepucuk surat sebelum dia menaiki kereta yang dibawa oleh ayah dia.
Aku dengan perasaan yang gemuruh ingin mencuba membuka surat itu, tapi terpaksa dilupakan kerana samsul dan alif memanggil aku. "Takpelah di rumah je la aku baca" kata aku dengan nada kecewa.
Setelah sampai ke rumah, aku dengan tergesa-gesanya berlari ke dalam bilik aku kerana ingin membuka surat yang Alyssa bagi. Dan sekali lagi surat itu direnyuk oleh Alyssa.
"Budak perempuan ni tak pandai bagi surat kat aku dalam bentuk yang murni ke?" Kata aku sambil membuka surat tersebut.
Dalam surat tu, Alyssa kata,
"Senyumanmu seakan satu sinaran kebahagiaan terhadap seseorang, mungkin aku. Teruskan senyum kerana dengan senyumanmu itu, hidup seseorang menjadi lebih cerah dikala kesedihan yang dia alami. Senyumanmu menjadi memori yang sangat indah kepadaku"
Perasaan ku pada ketika itu seperti dunia seakan berhenti seketika, langit seakan berwarna warni, burung-burung bernyanyi walau di petang hari. Alangkah indahnya dunia pada ketika itu dan... PUFTT! Bantal sampai ke muka aku kerana dibaling oleh Ibu aku.
"Eish ibu ni potong stim betul" kata aku kepada ibu. "Dah kau berdiri atas meja belajar kau sambil ketawa, memang sampai lah bantal ni dimuka kau" kata ibu sambil mengangkat aku yang jatuh dari meja itu.
YOU ARE READING
Suatu Ketika Dahulu
RomanceThe day that you smile make me feel so much loves to keep your name in my heart. Cause the whole world stops and stares at you for a while and they are jealous at me cause having your soul, heart and love.... The day that I saw you in the school are...