Alyssa

12 1 0
                                    

Pagi yang dihiasi kabus subuh disamping keheningan suasana yang dipenuhi bunyi burung-burung bernyanyi antara satu sama lain, aku masih terimbau masa dimana alyssa dan aku bertatapan mata. Ya, mungkin kata hati ada benar mengenai perasaan yang aku rasai sekarang.

Terngiang-ngiang akan tatapan matanya, aku disimbah dengan air yang sejuk oleh ibu sambil berkata, "bangunlah, sudah-sudahlah bermain fikiran tu" aku lantas berkata sambil kesejukan, "Ish ibu ni, orang sejuk tau tak. Dahlah masih subuh. Sejuk tau sejuk". Ibu ketawa dan terus keluar dari bilik aku.

Setelah kejadian itu, aku terus bangun daripada dakapan selimut aku dan mengambil tuala aku untuk mandi pagi.

Habis sahaja aku bersiap-siap untuk bergerak ke sekolah. Ibu memberi aku kejutan dengan berkata, "Daniel! Oo Daniel, tu kawan perempuan kau ada dekat meja makan tu". Aku yang masih menyusun buku dalam bilik terus berasa hairan, "aku hanya ada 2 orang kawan itupun lelaki, sape pula kawan yang ibu aku cakap tu?".

Tanpa meninggalkan noktah yang tertinggal, aku terus turun ke bawah untuk bersarapan dan melihat siapa "kawan perempuan" yang ibu maksudkan itu.

Rupa-rupanya, Alyssa... Ya, Alyssa. Pelajar perempuan yang aku terlanggar di hadapan koperasi sekolah dan perempuan yang aku jatuh hati kepadanya.

Aku hairan dan gembira dalam masa yang sama. "Macam mana c Alyssa ni ada dalam rumah aku, ah takkanlah dia usya aku balik, eh takkan la ish daniel, daniel, daniel jangan fikir bukan-bukan" kata aku dalam hati. "Tapi cantiknya dia kan, dahlah cute ish, eh astaghfirullah zina hati" sambung aku dalam hati. Betul lah kata orang dulu-dulu, kalau dah jatuh cinta, semua pasal perempuan itu pasti cantik dan perfect dimata kita.

Aku dengan perasaan yang berdebar sambil menarik kerusi daripada meja pun bertanya, "eh alyssa, macam mana awak tau rumah saya ni". Alyssa menyambung, "ala daniel, hari tu saya terlanggar awak kat depan koperasi dan tak sempat nak minta maaf kan?".

"Bukan dia sdh minta maaf ke?" Kata suara hati aku. "Pastu saya rasa bersalah, jadi saya diam-diam ikut awak pulang ke rumah awak, just nak tau rumah awak kat mana supaya saya boleh minta maaf". Kata Alyssa.

Pastu aku bertanya sambil tergagapnya, "ta-tapi macam mana awak boleh masuk rumah saya ni? Awak santau ibu saya eh?". "Mangkuk kau santau, ibu jemput dia masuk, sebab dari tadi dia kat luar. Katanya nak minta maaf jadi ibu bawak la masuk, bahlul!" Kata ibu sambil merunggut terhadap aku. Dah kena bahlul pulak adeih.

"Aku nak bergurau je dah tak pasal-pasal kena bahlul ngan ibu aku" kata aku sambil mencapai roti. Alyssa kata sambil ketawa, "HAHA, comel la ibu awak ni".

"Aku tak comel?" Kata aku dengan niat untuk bergurau je. "Ala awak lain". Kata Alyssa. Aku terus menundukkan kepala sambil memakan roti kerana malu mendengar jawapan Alyssa namun..

"Awak memang comel pun", kata suara misteri sambil membisikkan jawapan tersebut di telinga aku.

Muka aku tetiba merah padam, hati aku berdegup kencang, "eh Alyssa cakap aku comel? Seriuslah?!" Kata aku dalam hati.

Bila aku menoleh ke sebelah tempat suara-suara misteri itu, rupanya... suara tu suara ibu aku yang baru sahaja keluar daripada dapur. Alyssa dan ibu ketawa besar kat aku sambil keduanya ber "highfive".

Perasaan aku seolah hancur bederai dan aku makin menundukkan kepala aku diatas meja kerana malu tahap dewa tambah-tambah lagi Alyssa berada depan meja.

"Ha cepatlah makan tu, ibu nak gi keje ni. Ibu tunggu dalam kete ye?". Kata ibu. "Okay ibu..." kata aku.

Setelah habis bersarapan, aku dan Alyssa terus bergerak daripada meja makan dan memakai stokin serta kasut. Sementara memakai kasut, dengan tiba-tiba Alyssa memberikan satu cebisan surat kecil dan dia menyuruh aku membukanya di dalam kereta.

Dalam perjalanan ke sekolah, aku berada di belakang tempat duduk sambil melihat cebisan kertas tersebut. Alyssa duduk di depan bersama dengan ibu aku. Bukan main sakan berboraknya.

Aku yang kebosanan mulai tertanya apa isi dalam kertas yang Alyssa bagi. Aku membuka cebisan kertas yg direnyuk oleh Alyssa itu dengan berhati-hati kerana taknak mengalihkan perhatian ibu dan Alyssa.

Dan dalam kertas itu ada tertulis,
"Awak memang comel pun dan lain dari yang lain hehe <3"


Suatu Ketika Dahulu Where stories live. Discover now