Surat yang diberikan oleh Alyssa masih ku simpan hingga ke hari ni, istimewanya surat itu hinggakan aku ingin memotretnya di dalam sebuah bingkai gambar untuk dijadikan hiasan bermakna andai kata usia semakin meningkat tanpa memiliki sebarang memori untuk dikenang.
Seminggu sudah berlalu dari hari Alyssa memberikan surat ini kepadaku, aku masih kebingungan tentang mesej yang disampaikan oleh Alyssa daripada sepucuk surat. Banyak persoalan yang bermain di fikiran aku sehinggakan aku mandi tak basah, tidur tak lena, berangan pun tak tenang kerana sering diganggu oleh makhluk Allah yang bernama ibu dan samsul.
Aku cuba membalas surat kepada Alyssa. Yala, mana mungkin nyiru tidak disediakan talam. Jadi aku memberanikan diri untuk melawan perasaan malu dan takut. Aku takut persoalan yang ku berikan tidak dibalas dengan jawapan yang ku inginkan. Cinta pandang pertama ini memang menyeksa tapi sangat indah jika tidak asyik dikacau ibu dan samsul ketika ku berada di awang-awangan membayangkan perkara yang akan terjadi setelah itu.
Aku cuba berfikiran positif dan memulakan rentak untuk membalas pantun yang diberikan oleh Alyssa.
"Matahari dan Bulan amat mencemburui antara satu sama lain, dikala mentari menampakkan indahnya cahaya yang bergemerlapan selama 12 jam, disitu bulan menyibuk cuba untuk mengalihkan perhatianmu dengan sinaran cahaya yang memukau pemikiran. Terkadang ku berfikir kenapa matahari dan bulan saling bercemburuan. Setelah ku amati, rupanya engkau berada diatas bumi, senyumanmu membuatkan langit dan isinya terdiam untuk sementara kerana terpukau dengan senyumanmu, dikala pagi itu menyinari harimu disitu malam mulai menemani tidurmu. Jadi tidak hairanlah wanita seperti engkau, Alyssa membuat matahari dan bulan saling mencemburui antara satu sama lain sehingga masa semakin cepat berlalu kerana keduanya berebut berganti masa untuk memenangi hatimu. Jadi, senyum lah selalu kerana bukan matahari dan bulan sahaja yang cemburu antara satu sama lain, tapi aku la yang paling dicemburui oleh mereka kerana hari pagi dan malam ku dibayangi dengan dirimu yang nampak indah dengan senyuman serta tingkahmu yang mempesona".
Wah, macam karangan aku buat. Bila ku baca semula, macam geli pun ada tapi aku menolak tepi perasaan itu, kerana hati Alyssa ingin ku miliki.
Sambil ku membelek buku, Ibu secara tetiba masuk ke dalam bilik aku tanpa memberikan amaran langsung. Sudahlah anaknya ini kuat melatah ditambah pula dengan ibunya yang kuat menyakat. Haih ibu, ibu.
"Kau buat apa tu, danial?". Ibu bertanya. "Tengah cat kereta". Aku membalasnya dengan nada bergurau. "Tengah susun buku la, ish ibu ni" jawabku dengan jawapan yang betul kali ini. "Oo yeke, ibu rasa kan bagus dah niat kamu tu nak susun buku, tapi..." ibu terdiam. "Apa tapinya ibu?" Tanya ku dengan nada kehairanan. "Tapi.... esok kan cuti wahai anakku danial" jawab ibu sambil ketawa besar. "Eh Yaka!?" Aku yang baru tersedar dari dunia realiti penulisan surat. "Dah besar panjang, masih pelupa. Nanti dah kahwin, mesti lupa yang dia dah berkahwin adeh". Jawab ibu sebelum keluar dari bilik ku.
Apalah nasib ku ini, disakat oleh ibu ku sendiri, tapi kenyataannya sangatlah betul. Pelupa dan Tak pernah berfikir selepas terjadi satu perkara. Inilah realiti.
Aku dengan tidak sabarnya menutup pintu bilik yang ditinggalkan terbuka oleh ibu aku. Dan mencari kertas yang ku tulis dengan kata-kata pujangga bak semerah padi. Dan aku merenyukkan kertas tu atas dasar nak balas dendam kepada Alyssa kerana sering merenyukkan kertasnya sebelum memberikannya kepada ku.
"Cepat la cepat!! Penat nak blushing sorang-sorang ni. Cepatlah hari isnin haih." Kata suara hati ku.
Semoga harapan sesuai dengan ekspetasi ku. Untuk merebut hati Alyssa.
Mentari pagi Isnin mulai menyinari hari aku untuk memberikan kertas yang ku renyukkan kepada Alyssa. Tanpa membuang masa, setelah ku sampai ke sekolah, aku mencari sosok Alyssa dikelasnya.
"Ha tu Alyssa" kata aku sambil melihat Alyssa bermain-main dengan pensel tekan-tekannya. Haih umur dah 17 tapi perangai macam 13, pelik-pelik.
Aku terus pergi kepadanya, mengambil kerusi dan duduk dihadapan mejanya dan dia dengan perasaan terkejut tetiba melempar pensel itu ke muka aku. Nasib aku belajar ilmu silat. Segala teknik ku belajar untuk berhadapan dengan situasi yang tiba-tiba berlaku. Tapi... bukan kali ini, pensel tu sampai ke muka aku dan Alyssa dengan cepatnya meminta maaf. "Eh sory wak!!!" Katanya. "Awak kenapa tetiba muncul dan duduk depan saya ni? Nasib tak kena buku lima, lebam muka awak lepas ni". Katanya lagi.
"Takdelah saya nampak awak asyik bermain dengan pensel pink tu, taknak la kacau. Tak tau pula jadi macam ni" kata aku sambil menahan tangisan kerana dibaling dengan pensel pink tu. "Ha awak nak apa?" Kata Alyssa sambil membetulkan tempat duduknya.
"Takdelah, erm, erm, erm.. sa-saya.." "ape sa-saya?" Katanya memotong cakap aku. Aku mulai mengorak langkah dengan memberanikan diri. "Nah, ambiklah" kata ku sambil menghulurkan kertas renyukkan tu.
Belum sempat Alyssa bertanya, aku telah satu langkah kehadapan dengan meninggalkannya kerana malu dan takut dengan responnya selepas ini. Aku berlari-lari anak sambil menutup muka aku kerana malu. Telah sampai ke kelas, tetiba kelas menjadi sunyi. Yang tadinya huru hara kini menjadi senyap. Aku menoleh ke kanan dan ke kiri. Semua orang dalam kelas itu memandang ku dengan pandangan yang berlagak dan kehairanan. Aku cuba memecahkan kebuntuan dan cuba menyelidik apa yang terjadi dengan melihat keadaan sekeliling.
Setelah sekian lama ku menyelidik, rupa-rupanya aku tersalah masuk kelas sebelah. Habis jatuh air muka aku. Digelakkan oleh budak kelas sebelah dan gelakkan mereka itu didengari sampai blok kelas Alyssa.
Aku keluar dari kelas itu dengan perasaan yang hancur lebur dan malu yang teramat. Dan masuk ke dalam kelas aku yang betul. Dan disitu aku dihukum jalan itik kerana lambat masuk kelas. Nasib malang masih menyelubungiku. Macam mana aku nak teruskan dengan Alyssa lepas ni? Haih.
YOU ARE READING
Suatu Ketika Dahulu
RomanceThe day that you smile make me feel so much loves to keep your name in my heart. Cause the whole world stops and stares at you for a while and they are jealous at me cause having your soul, heart and love.... The day that I saw you in the school are...