BAB 3

185 6 1
                                    

Busyairi ligat memikirkan cara untuk memujuk kembali isterinya. Sudah tiga hari mereka berdua tidak bertegur sapa melainkan bercakap hal anak-anak. Rasa bersalah yang menyelubungi hatinya tidak dapat dibendung lagi. Entah kenapa hatinya kuat untuk menyuruh Hanisah berhenti kerja supaya dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada rumahtangga mereka. Busyairi takut kalau ada lelaki lain yang cuba memikat isterinya memandang Hanisah masih lagi muda. Kalau orang lain tengok dia pasti mereka ingat Hanisah masih belum berkahwin lagi, padahal anak dah masuk tiga!

"Sayang, sampai bila kita nak macam ni?" tanya Busyairi yang sudah duduk di sebelahnya isterinya.

"Entah." balas Hanisah acuh tak acuh. Seperti malas nak melayan suaminya.

Busyairi duduk semakin rapat dengan Hanisah. Hanisah tidak mampu bergerak lagi. Kalau dia gerak juga boleh jatuh katil dibuatnya. Hanisah menghela nafas panjang. Tajam anak matanya memandang suaminya yang membuat muka mengada-ngada itu. Tapi langsung hatinya tidak rasa tercuit ataupun senyum. Jauh lagi tergelak. Hatinya masih panas dan terasa dengan kata-kata suaminya tempoh hari.

"Sayang, malam-malam pun buat kerja juga ke? Abang ni siapa nak layan?" Busyairi sudah melentokkan kepalanya di bahu Hanisah. Hanisah tidak pula menghalangnya.

"Saya banyak kerjalah. Awak pergilah tidur." Hanisah masih tidak berminat hendak melayan Busyairi. Busyairi pasrah.

"Hmm, esok abang hantarkan Hanis pergi kerja eh?" Busyairi masih tidak mahu mengalah.

"Tak perlu. Saya boleh drive sendiri. Nanti awak lambat pula pergi sekolah saya pula yang dipersalahkan." Hanisah masih lagi dengan egonya yang menggunung.

"Sayang masih merajuk dengan abang ke? Abang minta maaf ya?"

"Okay." balas Hanisah sepatah.

"Kita berbaik macam dulu boleh? Abang rindu nak dengar gelak tawa sayang. Usikan sayang. Nanti kalau abang dah takde disisi sayang, abang tak menyusahkan sayang dah..." sayu Busyairi meluahkan kata-katanya. Terkejut Hanisah bila mendengar ungkapan suaminya. Rasa hendak marah saja.

"Asalkan nak pujuk saya je nak bermadah pujangga bagai. Sebut pasal matilah apalah. Memang itu je ke modal abang nak pujuk saya? Memang kena buat ayat sedih-sedih macam tu? Nak saya rasa bersalah seumur hidup saya? Abang ni kenapa eh?" Hanisah mengemaskan meja kerjanya dan terus kembali ke katil untuk tidur.

Busyairi menarik badan Hanisah untuk menghadap ke arahnya. Hanisah masih lagi mengeraskan badannya. Busyairi berasa bersalah lagi sebab melukakan hati isterinya seperti sebelum ini. Tujuannya untuk memujuk saja sebab tu buat ayat sedih-sedih. Tak tahu pula Hanisah marah seperti ini. Busyairi mengharukan kepalanya yang tidak gatal. Aduh dia tersalah kata lagi!

Sudah jam dua pagi dia masih lagi tidak dapat melelapkan matanya. Mengiring ke kiri ke kanan, bangun berjalan, melayari sosial media dan pelbagai lagi, namun Busyairi masih gagal melelapkan matanya. Salah dia juga sebab minum kopi sebelum tidur tadi. Sekarang kena tanggunglah azabnya. Busyairi memandang ke arah Hanisah, lena betul isterinya tidur. Rambut yang menguraikan itu dibetulkan. Lama mata Busyairi menatap wajah cantik dan berseri Hanisah.

"Abang minta maaf sayang. Abang dah lukakan hati sayang. Abang harap sayang maafkanlah abang ya. Abang sayangkan Hanis sepenuh jiwa raga abang. Hanis nyawa abang. Kalau Hanis pergi marilah separuh jiwa abang. Kalau abang pergi, abang akan bawa cinta Hanis sampai ke liang lahad. Tak tertanggung rasanya cinta abang pada Hanis. Maafkan abang ya sayang..." hampir menitis airmata Busyairi bila mengungkapkan kata cinta. Benar apa yang dilafazkan itu adalah lahir daripada hatinya. Busyairi akhirnya lena dalam dakapan isterinya.

***********************************

"Cik Hanisah! Cik! Cik!" berkali-kali Fahrin memanggil Hanisah. Hanisah melajukan langkahnya kerana tidak mahu berjumpa langsung dengan lelaki itu.

SUAMIKU GURU DISIPLIN 2Where stories live. Discover now