Tangisan Idris menangis pagi itu mengejutkan Hariz dari tidurnya, Hariz memandang ke arah katil melihat Alya tiada di katil. Hariz bangun dari katil cuba memujuk Idris tidur kembali, tak lama kemudian Alya kembali bersama botol susu di tangannya. "oh buat susu ke?"
"haah." jawab Alya pendek lalu menghulurkan botol susu kepada Hariz memandangkan Hariz sudah memegang Idris untuk melenakannya. Alya duduk di tilam bawah, sementara Hariz memberikan susu kepada Idris.
Mata Hariz tertangkap Alya asyik dengan telefonnya tersengih-sengih entah mengapa, "seronok betul. Chat siapa tu?"
terus hilang senyuman di wajahnya, "eh takdelah." Alya menutup telefonnya. Dia terus baring untuk kembali melelapkan matanya. Hariz terasa hampa dengan jawapan yng keluar dari mulut Alya seolah dia cuba menyembunyikan sesuatu darinya. Dia pandang Idris sayu.
"Cepat sikit. Ya free malam ni."
mendengarkan ayat itu seperti green light untuknya. Hariz yang tadi muka sayu saja terus bertukar bersinar, pantas dia menonggeng-nonggeng sedikit susu itu supaya cepat habis diminum Idris.
*****
Di rumah sewa mereka semua sedang bosan menghabiskan cuti. Masing-masing tak mahu balik walau cuti panjang, jadi melepak saja lah. Nak keluar duit pt dah habis. Redha!
Yasir ada di bilik bersama Wildan. Sementara Saiful dan Wan pula ada training setiap hari. Lagi lagi hujung minggu. Full saja jadual mereka. "Dan naan cheese jom. Aku teringin lah. Sedap tengok orang makan ni." Yasir terliur pula bila dok memandang telefonnya sampai terliur lah dikala orang makan itu.
Wildan sedang busy di hadapan laptop menyiapkan assignment. Dia dengar saja kata-kata Yasir tapi dia buat buat tak dengar kerana dia nak fokus buat kerja tanpa diganggu. "Dan." Panggil Yasir lagi tetapi masih tidak disahut Wildan.
"Bisakah...masih bisakah engkau hargai cinta ku lagi...ohh Warda..." sengaja part nama Warda itu dia kuatkan untuk meminta perhatian dari Wildan secara paksa. Ternyata trick itu menjadi jua. Mendengarkan nama Warda saja pantas Wildan membaling pen yang diatas meja baling tepat terkena dahi Yasir. "Aduh." Yasir mengerang sakit bercampur ketawa.
"Tahu pun pandang."
"Kau nak apa setan."
"Jom makan luar Dan. Aku lapar ni. Sedap oo dorang makan. Tengok ni." Yasir menunjukkan gambar di telefonnya. Ada manusia sedang menikmati naan cheese sehingga membuatkan Yasir terliur. Wildan pandang dengan pandangan kosong.
"Malas. Takde duit." Wildan kembali toleh ke arah mejanya. Cukup menunjukkan bahawa dia tidak berminat dengan ajakan Yasir. "Jom ahh aku belanja. Asal kau teman je. Aku malas lah pergi sorang."
"Malas."
"Jom lahh." Yasir merapati Wildan. Dipeluk lengan Wildan sambil memuncungkan bibir seperti hendak bermanja. "Jom awucks, tewmans kiteww." Yasir menambah tak kurang seperti rempit sahaja. Wildan gelak sahaja melihat kelakuan Yasir. Dia langsung menolak kepala Yasir untuk segera menjauhi dan jangan ganggu dia.
*****
Alya, Hariz, Adam dan Idris bergelak ketawa bersama menikmati cuti hujung minggu mereka. Hariz menggeletek mereka semua membuatkan mereka semua tergelak kerana cuba mengelak dari digeletek Hariz.
"Mana dia."
"Mana dia. Geletek ibu cepat." Arah Hariz kepada Adam dan Idris. Adam sahaja yang memahami. Idris pula tengok apa abang dia buat, dia pun ikut je.
YOU ARE READING
Kerana Adam Iskandar 2: Cinta Kita
DiversosSambungan kisah Kerana Adam Iskandar. Kerana Adam Iskandar 2 : Cinta Kita. Dua remaja yang sedang meningkat dewasa semakin diuji dengan berbagai ujian percintaan jarak jauh. Mampu kah mereka melawan segala hawa nafsu mereka? 273km jarak kejauhan...