Happy reading 🕊️
"UHUK!"
Terbatuk Azriel ketika mendengar pertanyaan Nyla yang begitu selamba itu. Hana turut terkedu.
Mujur tak terlepas Aahil yang berada di dalam dukungannya.
"Nyla..."
Suara Aayan seakan memberi peringatan kepada isterinya bersama kepala yang digelengkan. Wajah Nyla serta merta cemberut.
Kita nak tahu je!
"Jangan dengar apa yang Cik Puan cakap tu." Aayan berbicara perlahan.
Dia berjalan ke arah si isteri, kemudian pipi Nyla dicubit kegeraman. Hana yang melihat sekadar tersenyum kekok melihat kemesraan dua majikannya itu.
Faham.
"Tuan, kami minta diri dulu lah. Hana kena rest lagi."
"Tak nak!" Hana serta merta membantah.
"Kita baru sampai. Kau ni tak boleh sabar sikitlah!" Si gadis menyambung lagi. Marah benar nadanya kedengaran di cuping telinga Azriel.
Suara Hana turut meninggi sehingga membuatkan rengekan Aanayra kedengaran. Mungkin kerana terganggu dengan bunyi bising di sekitarnya.
"Perlahan sikit suara."
Terkedu masing-masing mendengar suara tegas Aayan yang begitu jelas. Jejaka itu beriak tenang sambil mendodoikan semula puteri kecilnya.
"Takpelah. Hana dengan Azriel baliklah bilik dulu. Saya nak susukan diaorang berdua. Nanti saya ajak Tuan pergi sana. Boleh?"
Nyla bertanya lembut. Tangannya tidak berhenti menepuk perlahan punggung Aahil apabila si kecil itu diberi semula kepadanya.
"Eh, tak perlulah Cik Puan. Bagi Hana berehat dululah. Cik Puan pun berehatlah dulu. Spend time dengan Tuan dulu."
"Tak perlu rushing melawat minah ni. Dia pun tak sihat mana lagi." Penuh menjengkelkan jelingan Azriel.
Entah kenapa, tapi dia sungguh menyampah melihat wajah Hana. Rasa nak tonyoh saja.
"Lah, Hana kata dah sihat... Kalau macam tu, pergi jelah. Elok elok Hana." Hana mengangguk perlahan. Mungkin kerana kantuk matanya tidak lagi boleh ditahan, jadi perasaan untuk memarahi Azriel akan ditunda.
Mungkin esok dia akan balas.
"Bye bye anak anak mummy Hana." Sempat pipi montel Aahil dicuitnya sebelum lengan bajunya ditarik kasar oleh Azriel.
"Sabarlah bengong!"
Nyla sudah tertawa kecil. Tidak boleh ketawa terbahak bahak, jahitannya masih belum kering lagi. Susah pula nanti.
[𑁍]
Azriel mengorak langkah perlahan. Bunyi tumit kasutnya yang berlaga dengan lantai marmar kedengaran bergema di seluruh pelusuk mansion.
Mansion itu dihadiahkan oleh Aayan sempena kejayaannya dalam mengetuai misi ketika ketidakberadaan jejaka itu selama beberapa hari kerana perlu menguruskan beberapa urusan mengenai hotel miliknya.
Hanya sebatang kara, tiada ibu atau bapa. Tiada juga adik beradik yang lain. Ibu bapa Azriel sudah lama pergi menghadap Ilahi ketika dirinya masih lagi memerlukan kasih sayang dan perhatian ibu bapa.
Adik beradik? Dia tidak tahu. Sejak peristiwa kemalangan maut yang meragut nyawa orang tuanya, Azriel terus terputus hubungan dengan kakak dan adik lelakinya.
YOU ARE READING
Azriel's Paramour
Action[ SLOW UPDATE ] © 2022 ❦︎ 𝐋𝐨𝐯𝐞𝐫 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥𝐮𝐦𝐞 2 "Terima kasih untuk tadi. Aku terhutang budi dengan kau." - AZRIEL EZRA "Aku tak harapkan balasan, jangan risau." - HANA ALHENA Pengenalan singkat Azriel Ezra dan Hana Alhena pada satu...