Setelah aku memberikan surat balas kepada Alyssa, aku merasakan satu perasaan yang amat mengelirukan aku. Ya, terkadang aku tidak faham dengan perasaan aku sendiri tapi mungkin itu yang akan terjadi apabila kita cuba mendapatkan hati seseorang terutamanya perempuan yang kita suka.
Selepas peristiwa yang memalukan maruah aku di sekolah, aku cuba untuk menenangkan diri aku dengan tetap berlakon gagah dihadapan pelajar lain walaupun hakikatnya satu sekolah telah mengenali aku kerana tersalah masuk kelas. Cerita tu sangat heboh sampai ke telinga kawan baik aku samsul dan alif.
Namun, alif dan samsul tidak mengetahui perkara yang sebenarnya kerana aku merahsiakan perasaan aku terhadap Alyssa daripada mereka berdua. Yala kami bertiga dah janji untuk tidak mempunyai apa-apa hubungan sebelum berumur 25 tahun. Macam-macam perancangan yang kami ingin lakukan sebelum berumur 25 tahun.
Tapi aku kalah dengan perasaan aku kerana hati aku tidak boleh dimanipulasi oleh fikiran aku untuk menafikan perasaan aku terhadap Alyssa. Aku takut Alyssa menjadi milik orang lain, aku takut Alyssa dijaga oleh orang lain dan aku takut semua perkara yang aku takut menjadi kenyataan. Dan aku harap sangat yang semua ketakutan aku itu hanyalah imaginasi semata.
Entah apa yang Alyssa santau aku hingga aku tersuka dia sampai tahap dewa macam ni. Nak ingatkan peristiwa hari isnin tu, tersangatlah memalukan sampaikan aku menjadi rajin untuk menyiapkan semua kerja sekolah aku, membasuh tandas sekolah walaupun itu bukan tugas aku, membalas panggilan sayang daripada makcik kantin dan menjadi pembaca khutbah jumaat walaupun dihari biasa. Bak kata orang dulu-dulu "angau bercinta".
Keesokan hari selepas aku memberikan surat itu kepada Alyssa, dia seolah memulaukan aku dan tidak bercakap dengan aku, aku pun hairan, "kenapa Alyssa macam pelik je hari ni?". Semasa aku berjalan dekat kantin sekolah, aku ternampak Alyssa sedang berjalan menuju ke kelas dia. Aku pun dengan hati yang remuk, cepat-cepat berlari ke arah dia untuk meminta maaf berkenaan dengan surat semalam, "mungkin isi dalam surat tu terlalu cringe agaknye" kata aku dalam hati sambil berlari ke arah Alyssa.
Semakin ku mendekati Alyssa, semakin ku pelik kenapa Alyssa pakai tudung satin macam cikgu sekolah aku. Tapi tu bukan alasan untuk aku meminta maaf kepada Alyssa, "aku kan lelaki, ala biasalah perempuan mesti rasa tak selesa". Alyssa pada masa itu sedang menjawab pertanyaan oleh rakan-rakannya. Bila aku memanggil dia, dia tak menjawab dan malah memulaukan aku. Aku rasa sakit hati dan kecewa dengan diri aku. Tapi bukan danial la kalau tak romantik. Aku cepat-cepat memegang tangannya dan memalingkan tubuh Alyssa ke arah aku.
Semasa aku pegang tangan Alyssa tu, aku rasa pelik kenapa macam tangan orang tua, aku bersangka baik, "mungkin Alyssa suka buat kerja-kerja lelaki di rumah dia kan? Sb tu kasar je tangan".
Dan bila aku nak bercakap dengan Alyssa, rupa-rupanya itu adalah cikgu baru sekolah aku. Ya, danial! The king of memalukan is back. Aku berlari ke kelas aku dan Tiba-tiba......
Aku terbangun dari tidurku yang tersangatlah lena di atas katil dalam bilik aku. Rupa-rupanya itu hanyalah mimpi....
YOU ARE READING
Suatu Ketika Dahulu
RomanceThe day that you smile make me feel so much loves to keep your name in my heart. Cause the whole world stops and stares at you for a while and they are jealous at me cause having your soul, heart and love.... The day that I saw you in the school are...