Kenyataan

4 2 0
                                    

Keesokan harinya, Alyssa memanggil aku untuk berjumpa di kaki lima depan koperasi sekolah. Aku berasa gemuruh dan tak tentu hala kerana takut dengan jawapan yang akan Alyssa berikan kepada aku berkenaan surat yang aku beri kepada dia.

Pada pukul 2 petang, semua pelajar telah pulang ke rumah masing-masing, hanya aku dan Alyssa sahaja yang masih belum pulang. Hujan renyai-renyai membasahi dedaun yang gugur diatas tanah yang lembab. Aku dan Alyssa berjumpa di tempat yang dijanjikan.

Alyssa secara tiba-tiba berdiri di depan aku, dan kami berdua tertatap mata selama 3 saat sebelum Alyssa mengalihkan matanya daripada aku. Alyssa memecahkan kebuntuan, "Danial, awak ingat tak masa awak pernah berlanggar dengan saya depan koperasi ni?".  Aku balas, "Takkan la saya terlupa, tu kejadian malang pertama untuk saya dekat sekolah ni". Alyssa ketawa dan berkata, ""Masa tu kan, awak masih pelajar baru dekat sekolah ni dan untuk pengetahuan awak, saya awal setahun daripada awak. Saya baru je pindah ke sekolah ni tahun lepas". Sambung Alyssa.

"Saya baca surat yang awak bagi tu, saya rasa terharu dan berterima kasih dekat awak" Alyssa kata. Aku bertanya, "kenapa awak terharu dan berterima kasih?". Alyssa jawab, "untuk pertama kali, ada seseorang yang menghargai diri saya walaupun hanya sebatas senyuman. Danial.. awak.. tak kenal saya dengan begitu dalam tapi awak memberikan satu kata-kata yang menyenangkan hati saya". Dalam hati aku, "uish, aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa adakah ini kenyataan??!!".

Aku berkata kepada Alyssa, "Alyssa, setiap perkara yang bermula didahului dengan perkara yang kecil. Dan itu apa yang saya nampak daripada awak. Melihat awak senyum dan happy, cukup untuk mengembirakan hati saya".

Tetiba Alyssa menarik tangan aku dan membawa aku untuk melihat langit yang kini dihiasi oleh pelangi hujan. Alyssa memandang ke atas dan berkata, "Pelangi tersebut cantik bukan?". Dan aku kata, "Ya, ianya cantik ditambah dengan senyuman awak".

"Awak...." Alyssa memanggil aku. "Ye saya?" Aku menjawab sambil menoleh kearahnya dan alangkah terkejutnya aku melihat dia memandang aku terlebih dahulu. "Saya tahu, ape awak buat selama ini" kata Alyssa yang membuatku terdiam. "A-ape yang awak tau?". Jawab aku tergagap-gagap.

"Awak selama ni nak berkenalan dengan mendalam tentang saya kan?". Seketika jantung aku berdebar dengan sangat laju, jam ditanganku seolah berputar laju, burung-burung berkicauan dan masa tu hanya tuhan yang tahu perasaan gemuruh aku macam mana.

Aku menarik nafas sedalam-dalamnya dan menghembus secara perlahan-lahan. "Ya, betul ape yang awak cakap. Tapi macam mana awak ta-". "Macam mana saya tahu kan?" Alyssa memotong.

"Saya tahu awak buat macam tu, sebab...." alyssa terdiam. "Sebab ape alyssa?" Aku tertanya-tanya. "Sebab saya pun selama ni nak berkenalan dengan awak secara mendalam". Anak mata aku membesar, alyssa menatap mata aku dan aku merasakannya.

Alyssa kata, "saya tahu yang selama ini saya tak silap untuk mengenali awak secara diam-diam". Aku berkata sambil melihat pelangi yang kian nampak warnanya, "saya pun merasakan perkara yang sama".

Alyssa membalas sambil tersenyum, "awak... saya suka awak.. hehe". Aku terdiam dan tidak dapat menahan keterujaan aku. "Alyssa, saya pun suka awa-". Tiba-tiba...

Suatu Ketika Dahulu Where stories live. Discover now