mimpi?

7 2 0
                                    

Setelah pengakuan Alyssa, aku merasakan aku lah lelaki yang paling bertuah di dunia ini. Akhirnya, aku dapat perempuan yang selama ini aku kejar. Perempuan yang senyumannya sahaja cukup untuk menceriakan hati aku.

Tetiba, aku terbangun daripada tidur. Aku tetiba terdiam untuk seketika. Otak aku masih buntu. Tak sempat nak bercakap. Mulut ku seolah terkunci. Pergerakan ku seolah kaku membisu. Aku berfikir tentang apa yang alyssa katakan kepadaku.

Aku bangun daripada tempat tidur ku dan cepat-cepat bersiap untuk ke sekolah. "Aku kena jumpa Alyssa sebab aku tak ingat apa yang berlaku setelah itu berlaku" kata hati aku.

Setelah sampai ke sekolah, aku cepat-cepat mencari Alyssa di kelasnya. Tapi.. Alyssa tiada. Hari ku pada hari tu penuh dengan tanda tanya dan persoalan yang membuatkan aku sakit kepala.

"Macam mana apa yang dikatakan oleh Alyssa tu hanya mimpi?". "Macam mana apa yang aku fikir selama ni betul?". "Macam mana aku boleh terlupa apa yang jadi selepas percakapan Alyssa?" Pertanyaan yang bermain di otak aku.

Aku menghabiskan hari aku dengan persoalan yang terselindung dalam otak aku.

Keesokan harinya, aku mencari Alyssa di sekolah dan masih, Alyssa tiada dan tak hadir ke sekolah. Aku mulai risau dan khawatir yang Alyssa membenciku kerana tidak berkata apa-apa setelah percakapan kami berdua.

Hari demi hari berlalu dan pemikiran aku mulai tidak boleh terkawal. Aku mencari Alyssa di sekolah dan di tempat kami berdua selalu berjumpa. Dan kemudiannya alif dan samsul menenangkan aku untuk seketika. Otak aku mulai tak keharuan. Dan disebabkan oleh itu, aku tidak hadir ke sekolah selama 3 hari.

Semasa di rumah, alif dan samsul melawat aku. Mereka berdua masuk ke dalam bilik aku dan menemani aku untuk beberapa jam. "Danial, kau okay tak?" Alif bertanya. "Okay je alif" aku jawab.

"Danial hari tu aku dan samsul terjumpa kau di sekolah, terbaring atas lantai" Kata alif. "Ha apa?!" Aku terkejut. "Macam mana aku boleh terbaring di atas lantai tu? Lantai dekat mana kau dan samsul jumpa aku?" Aku bertanya. "Kebetulan, aku nak teman samsul ke sekolah sebab nak ambil barang dia yang tertinggal bawah meja. Masa nak pergi ke kelas, kami berdua terserempak dengan kau dan alyssa. Tapi masa tu kau dalam keadaan tak sedarkan diri" Alif menjawab. "Alyssa meminta pertolongan kami berdua sambil menahan tangisannya" samsul pula menjawab

"Eh betul ka?!" Aku tanya. "Betul danial, kami berdua terus jumpa alyssa untuk menenangkan dia dan bawa kau pergi ke klinik. Doktor cakap yang kau ade satu penyakit yang.." Alif terdiam. "Yang ape alif?". Aku tanya alif dan mendesaknya. Alif seolah tidak boleh meneruskan percakapannya dan samsul menyambung, "penyakit yang kronik yang boleh membawa kepada mati".

Aku terdiam untuk satu masa yang lama. "Ta-tapi macam mana aku boleh tak ingat apa yang terjadi dekat aku?" Aku tanya kepada mereka berdua. "Sebab penyakit tu datang daripada otak awak danial.." kata samsul

Aku diam terpaku dan tidak boleh   berkata apa-apa. "Awak terpaksa dibawa ke hospital dan doktor nak menahan awak untuk proses rawatan tapi mak awak taknak awak ditahan. Jadi mak awak upah seorang doktor peribadi untuk menjaga awak selama awak tidak sedarkan diri".

"A-ape? Aku tak sedarkan diri? Berapa lama?" Aku bertanya. "1 minggu" jawab alif sambil menahan tangisannya.

"A-alys.. haih.. alyssa tahu tak? Pasal aku?" Aku bertanya. "Tak danial.. tak" kata samsul. "Baguslah kalau macam tu. Aku taknak kamu berdua ceritakan kepada sesiapapun terutamanya Alyssa. Faham?". Kata aku kepada alif dan samsul. "Baik danial.. akan kami berjanji". Jawab mereka berdua. "Sekarang kau rehat dan tak payah terlalu berfikir tentang apa-apa pun boleh?" Tanya alif. Dia memandang aku dan sekelip mata mengetahui apa yang aku fikirkan. "Danial?? Jangan risau pasal Alyssa. Biar aku dan samsul tengok-tengokkan dia. Masa kau cari alyssa di sekolah, alyssa tak hadir sebab kawan dia kata yang alyssa demam. Mungkin disebabkan hujan. Jadi kau tak payah risau lah okay?" Kata alif sambil mengusap air mata aku menggunakan ibu jari dia.

"Kau rehatlah pastu makan ubat yang doktor kau bagi. Jangan terlepas waktu nak makan ubat. Dan banyakkan berdoa sebab ini adalah ujian daripada tuhan untuk kau, danial" kata samsul. Aku yang masih tidak menerima kenyataan, "aku cuba untuk menerima ujian ni".



You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 08, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Suatu Ketika Dahulu Where stories live. Discover now