"Kita putus" berat ayat itu keluar dari bibir sang penyampai. Tapi ini sahaja jalan yg terbaik untuk hubungan mereka.
"Okay"
"Okay?"
"Yelah, kalau tu yang kau nak" Damia beriak biasa.
"Kau tak sedih?" Hairan dengan riaksi Damia yang tiada secalik pun kesedihan di wajahnya.
"Buat apa aku nak sedih?"
"Sebab aku mintak putus?" jawapan Faiz mengundang gelak sinis dari Damia.
"Sedih? Aku dah lama tunggu hari macam ni tiba" Faiz mengerut dahi.
"Dah lebih sepuluh kali aku nampak kau keluar dengan perempuan yang aku langsung tak kenal dan sekarang kau tanya kenapa aku tak sedih? Aku happy Faiz" sarkastik sahaja intonasinya.
"Damia... aku minta maaf"
"Ak- aku tak tahu" ucap Faiz dengan nada penuh kesal.
"Tak payah minta maaf, daripada awal hubungan kita. Aku tak pernah berharap lebih dari kau" mata yang terasa panas dia tahan dari mengalirkan air jernih.
Tipu, dia fikir Faiz lelaki yang lain dari lelaki yang dia pernah kenal sebelum ini. Tapi tekaannya salah, selepas sahaja mengikat tali pertunangan dia nampak Faiz di tempat awam sedang bermesra di khalayak ramai.
Cincin di jari manis dia tanggalkan dan tolak ke arah Faiz.
"Cincin tunang ni kau boleh lah jual, kalau nak bagi dia. Bagi yang lain, jangan bagi yang ni sebab aku dah pakai dulu dan dia akan jadi orang kedua yang menyesal kenal kau" badan dipusing ke belakang ingin pergi dari situ.
Hanya beberapa langkah, kaki tiba-tiba berhenti dan pusing ke arah Faiz kembali.
"Nanti khawin jangan lupa ajak aku " Damia tersenyum atau lebih tepat sinis sebelum pergi meninggalkan Faiz yang tidak mampu berkata apa-apa. Masih terkejut mungkin.